CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8255|Reply: 19

Senarai Penginapan Unik Di Malaysia, Nak Rasa Tidur Dalam Rumah Mongolia Pun Ada

[Copy link]
Post time 1-10-2018 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda Malaysia juga mempunyai tempat penginapan yang unik ?  Kebanyakan tempat penginapan ini biasanya diinpirasikan dari alam semula jadi dan   juga kreativiti. Jika masih  ada yang ragu-ragu dan tidak tahu akan kewujudan tempat unik  ini, mari kita lihat antara  tempat penginapan  unik dan wujud do Malaysia. Antaranya:



1. SEKEPING SERENDAH RETREAT, Serendah Kuala Lumpur




Jika anda mahu suasana yang lain, cuba bermalam di Sekeping Serendah. Anda akan tidur di dalam bilik yang dibina dari container di tengah-tengah hutan. Dindingnya adalah tingkap kaca yang boleh dibuka dan ditutup. Lokasi yang sesuai untuk bercuti dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Mereka juga menyediakan kolam renang dan juga tempat untuk BBQ. Di sini juga sesuai untuk anda yang mencari ketenangan dari kesibukan kota kerana anda hanya dikekelingi tumbuhan penuh kehijaun



2. BELUM RAINFOREST RESORT, Tasik Banding, Gerik Perak








Begitu juga dengan Belum Rainforest Resort boleh menjadi pilihan yang sempurna apabila anda ingin melarikan diri dari kepadatan bandar. Salah satu bilik di sini menyediakan kolam renang di tengah-tengah hutan. Bila anda di sini, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti berkayak,berakit, memancing atau menaiki boat  mengelilingi tasik atau menginap di houseboat kerana kawasan ini dikelilingi Tasik Royal Belum yang sangat luas.     


Website : https://www.belumrainforestresort.com/

3. TERRA TREE HOUSE , Camerons Higlands , Pahang



Tree House terletak jauh ke rantau gunung Cameron Highland. Untuk memelihara tanah yang indah dengan penuh ketenangan ini, kawasan ini dibina menggunakan bahan semula jadi dan bukanlah  mesin atau batu-bata. Tempat ini dibina kepada pengunjung yang ingin lebih dekat dengan alam semula jadi dan ianya dibina betul-betul menjadi rumah pokok dengan citarasa  penuh kehijaun.  



Website :http://www.cameronhighland.net/terra-tree-house.htm   


4. TIME CAPSULE RETREAT , Sungai Lembing, Pahang



Time Capsule Retreat adalah sebuah hotel yang diperbuat daripada paip pembentung. Time Capsule Retreat mempunyai lapan paip pembetung konkrit yang dipanggil bilik kapsul dan setiap bilik kapsul disediakan katil bersaiz Queen, lampu , soket, penghawa dingin dan pemandangan yang amat indah.  Ianya juga terdapat bilik parrallel yang mana mempunyai keunikan dan kreativitinya yang tersendiri. Tempat penginapan di sini sangat sesuai kepada anda yang ingin bermula madu atau bercuti bersama rakan-rakan tetapi menginginkan tempat yang lebih santai dan menyenangkan.





5. HOTEL PELANTAR MINYAK , Sabah




Seaventures Dive Resort  yang terletak di kupulauan Sipadan ialah hotel pertama yang dibina di atas sebuah  pelantar minyak yang diubah dan merupakan platform untuk peminat SCUBA. Hotel ini juga sesuai untuk anda yang ingin merasakan pengalaman menginap di hotel di dalam pelantar minyak yang berada di tengah lautan dan menikmati keindahan laut


Website : http://seaventuresdive.com


6. CAPSULE TRANSIT HOTEL, KLIA 2







Hotel ini terletak di Level 1 KLIA 2, pelanggan boleh memilih sama ada hendak menggunakan kapsul ini 3, 6 atau 12 jam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Terdapat kemudahan seperti  bilik mandi bagi mereka yang mahu kembali segar. Capsule Transit Hotel ini memang berkonsepkan khas untuk anda yang ingin mengejar penerbangan , delay,  atau sekadar mahu refresh diri sebelum meneruskan perjalanan.  

Website : https://www.capsuletransit.com/   




7. TIME CAPSULE HOTEL, Penang










Hotel  seperti berada dalam kapal UFO ini, menyediakan kemudahan tempat tidur  seperti  cermin, plug , meja kecil dan SMART TV. Selain itu, terdapat satu ruang yang mana anda boleh selesaikan kerja dengan lebih selesa dalam suasana yang menyenangkan dengan kemudahan WIFI percuma disediakan. Bagi anda yang ingin merasakan  kelainan di sinilah tempatnya.  
Website : https://www.myboutiquehotel.com/en/boutique-hotels-george-town/time-capsule-hotel.html


8. HOTEL TUBOTEL , Langkawi, Kedah





Jika destinasi anda ketika melancong adalah Langkawi, tempat tinggal unik yang anda perlu tinggL adalah Tubotel. Bilik-bilik di sini adalah tiub berwarna-warni dan terus menghadap ke laut. Sesuai untuk penginapan anda bersama sahabat atau berbulan madu yang tidak mewah tetapi masih kekal romantis dan eksklusif.
Website : https://www.tubotel.com/


9. THE MONGOLIAN YART, Kundasang Sabah






The Yurt Mongolia yang terletak di Sabah,  sangat sesuai untuk pelancong yang suka alam semula jadi. Tempat tinggal ini adalah tinggi, gunung dan pokok adalah pemandangan. Anda boleh memilih, tinggal di dalam bilik khemah atau pondok.

Website : http://mongolianyurt.mrsabah.com
Ada yang pernah menginap di antara penginapan yang dinyatakan di atas? Kongsikan pengalaman anda. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 02:36 PM | Show all posts
Penah stay kat Mongolian Yurt kat sabah tu
mmg menarik cumanya malam2 sejuk bangat
jalan nak naik pi yurt ni tinggi gilos
harga pun on agak $$$
takleh tgk view mt.kinabalu dari yurt ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
azradiza: Penah stay kat Mongolian Yurt kat sabah tummg menarik cumanya malam2 sejuk bangatjalan nak naik pi yurt ni tinggi gilosharga pun on agak $$$ takleh tg ...


Ooo..x nampak mount kk ye? Ala x menarik la kalao mcm tu. Tp okla kan kalao nak try.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:39 PM | Show all posts
serawadurian replied at 1-10-2018 03:34 PM
Ooo..x nampak mount kk ye? Ala x menarik la kalao mcm tu. Tp okla kan kalao nak try.

ha'ah, mt kinabalu dok belah belakang yurt ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm takut pulak tak boleh tidur bila mlm ni{:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:18 AM | Show all posts
Info yang berguna, boleh diguna pakai apabila mahu pergi bercuti bersama keluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2018 07:04 PM | Show all posts
TonyCaruso replied at 1-10-2018 09:02 PM
Mcm takut pulak tak boleh tidur bila mlm ni{:childlike

hahaha. terfikir jugak macam tu.. dalam hutan pulak tu. hahahah. Tapi serius cantik tempat-tempat. Saya dah pernah pergi rainforest tu dulu. Bukan dalam hutan sangat kawasan dia. Tapi atas pulau & tasik keliling.  Kawasan tu jalan utama dari gerik nak ke kelantan. Jalan Pantai Timur
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 09:07 PM | Show all posts
azradiza replied at 1-10-2018 06:36 AM
Penah stay kat Mongolian Yurt kat sabah tu
mmg menarik cumanya malam2 sejuk bangat
jalan nak naik  ...

nak naik atas tu teruk tak jalan? naik apa? kalau bawak org tua ok tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2018 08:27 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 2-10-2018 09:07 PM
nak naik atas tu teruk tak jalan? naik apa? kalau bawak org tua ok tak?

dari main road nak masuk ke kawasan yurt tu jalan agak mendaki
kitorang naik pakai alza dengan 5 org kat dlm tu, tak lepas
terpaksa la driver sorang drive half way , then baru kitorang masuk balik kereta naik sampai atas
nak menapak dari bawah sampai ke atas tu agak banyak effort
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
azradiza replied at 1-10-2018 02:36 PM
Penah stay kat Mongolian Yurt kat sabah tu
mmg menarik cumanya malam2 sejuk bangat
jalan nak naik  ...

Kundasang tu memang sejuk kan.. lagiler mlm2
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 05:49 PM | Show all posts
nampak menarik gak kat sini...
sekali tengok macam rumah hantu..

Awan Mulan, Negeri Sembilan


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 01:07 PM | Show all posts
wauu menarik!!

tp kalo dgn anak kecik kurang sesuai kot kan.. sorang ke berdua oke la kot

yg kaca tu nampak luar tu memalam mau x leh tido.. kalo iols laah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 03:51 PM | Show all posts
menariknya, tapi...mesti mahal kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 07:45 AM | Show all posts
Awan Mulan tu sangat menarik dan simple.

https://www.malaysiatravelforum. ... el-unik-di-malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2018 03:12 PM | Show all posts
korokure replied at 14-10-2018 07:45 AM
Awan Mulan tu sangat menarik dan simple.

https://www.malaysiatravelforum.com.my/forum/airline-and ...

Nice jugak tempat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 04:04 PM | Show all posts
azradiza replied at 1-10-2018 06:36 AM
Penah stay kat Mongolian Yurt kat sabah tu
mmg menarik cumanya malam2 sejuk bangat
jalan nak naik  ...

Ramai cakap sbb tempat ni mcm lembab, bau ada sikit kuat
Betul ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 05:14 PM | Show all posts
lelaiskandar replied at 18-10-2018 04:04 PM
Ramai cakap sbb tempat ni mcm lembab, bau ada sikit kuat
Betul ke tak?

iyer betul
especially bilik air
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 09:56 AM | Show all posts
azradiza replied at 18-10-2018 09:14 AM
iyer betul
especially bilik air

I see .. okay dear. Tq for that info.

Maksudnya kalau hidung x tahan, jgn buat pasal hihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 01:59 AM | Show all posts
banyak sebenarnyatempat nama sekeping ni.

ni pun ade sekeping tenggiri. Sekeping Tenggiri
Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, Kuala Lumpur
Harga: Serendah RM220 Semalam

credit https://destinasipercutian.com/t ... wa-pasangan-part-1/
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 03:41 PM | Show all posts
tq for sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.720956 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list