Sedang rakyat Indonesia dalam ketakutan apabila Sulawesi digegar gempa bumi, ada pula cerita tidak enak didengar apabila terdapat pihak mendakwa bencana yang melanda negara jiran itu berpunca akibat kegiatan maksiat yang berleluasa.
Pencetus Ummah Amin sebelum ini memuat naik kenyataan yang mencetuskan provokasi di Twitter, sekali gus menyinggung perasaan orang ramai.
Kredit foto: IG PU Amin
Ramai tidak bersetuju dan terkilan dengan kenyataan PU Amin termasuk penyanyi rap Caprice.
Menurutnya, kita sepatutnya menghormati sensitiviti keluarga yang telah kehilangan orang tersayang dalam bencana terbabit.
"Tweet PU mengundang spekulasi di kalangan netizen yang memandai tambah cerita mendakwa kawasan terbabit dilanda Tsunami kerana mengadakan 'pesta LGBT'.
Kredit foto: IG Caprice
"Macam mana kalau mereka salah. Kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan mereka," ujarnya di Instagram.
Sementara itu, pelakon Natasha Hudson menerusi IGnya turut mempersoalkan tindakan pihak terbabit membuat dakwaan bencana yang berlaku adalah berpunca akibat maksiat yang berleluasa.
"Kita tiada hak menyuarakan pendapat yang kononnya kita tahu mengapa sesebuah negara dilanda bencana.
Kredit foto: IG Natasha Hudson
"Adakah kita Tuhan? Tidak, jadi diam-diam sudah. Jangan timbulkan spekulasi atau berlagak seperti Tuhan," katanya. - CARI |