View: 1921|Reply: 8
|
Leka Sebentar Saja, Anak Maut Bawah Treadmill
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh atas mesin berlari 'treadmill' ketika bermain berhampiran mesin berkenaan.
Gambar Hiasan
Memetik The Associated Press, kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa di Whitehall, Pennsylvania pada jam 11 pagi Ahad, waktu tempatan.
Hasil pemeriksaan mendapati Ashim Gurung, 5, maut akibat kesan tekanan pada leher.
Jurucakap polis berkata, mangsa bermain berhampiran treadmill yang sedang bergerak sebelum terjatuh di atas mesin berlari itu, sementara ibu bapanya meninggalkan Ashim sebentar untuk mengambil makanan untuknya.
Ashim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kredit foto: WPXI
Sementara itu, WPXI melaporkan kejadian dipercayai berlaku selepas Ashim terjatuhkan mainannya dekat dengan treadmill berkenaan.
Ketika cuba mengambil mengambil mainan berkenaan, mangsa bagaimanapun terjatuh dan terperangkap di bawah mesin itu.
Polis menyifatkan kematian mangsa sebagai kemalangan tragis dan tiada tuduhan jenayah akan difailkan.
Terdahulu, anak perempuan peninju Mike Tyson, Exodus, 4, turut disahkan meninggal dunia pada 2009 selepas terjatuh dan lehernya terbelit pada kabel mesin treadmill di rumah. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jadi lah nk beli.. takpe lah aku jogging jer kat taman... budak2 walau dgr kata pun, kadang2 tersilap sikit bwk padah. |
|
|
|
|
|
|
|
uih... macamana leh jatuh bawah mesin tu. bahaya gak mesin ni bila ditinggalkan 'running' macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nana_Man replied at 3-10-2018 11:19 AM
Tak jadi lah nk beli.. takpe lah aku jogging jer kat taman... budak2 walau dgr kata pun, kadang2 ter ...
Curiousity killed the cat gituh |
|
|
|
|
|
|
|
sementara ibu bapanya meninggalkan Ashim sebentar untuk mengambil makanan untuknya
Budak tu tinggal sorang ker kat rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
oak.balustrade replied at 3-10-2018 12:29 PM
Curiousity killed the cat gituh
Dah ajal budak tu jgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Nana_Man replied at 3-10-2018 02:18 PM
Dah ajal budak tu jgk...
Betul tu. Asbab aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
sanak saudara prabal gurung? |
|
|
|
|
|
|
| |
|