View: 1505|Reply: 8
|
Peraturan Baru Persembahan Pentas, Terengganu Asingkan Wanita Lelaki
[Copy link]
|
|
Bagi penggiat seni yang ingin mengadakan persembahan di Terengganu wajar ambil perhatian tentang berita berikut.
Memetik laporan Malaysiakini yang ambil sumber daripada The Star, Jabatan Pelancongan Terengganu akan menguatkuasakan garis panduan baru yang membabitkan 11 peraturan untuk penganjuran persembahan pentas dan muzik.
Kredit foto: www.malaysiakini.com
Antaranya acara persembahan pentas hanya boleh melibatkan penyanyi dan penari lelaki sahaja manakala persembahan penyanyi atau penari wanita hanya dibenarkan untuk tontonan wanita sahaja di tempat tertutup.
Selain itu, percampuran terlampau di antara lelaki dan wanita di atas pentas ketika persembahan juga dilarang.
Akan tetapi persembahan kanak-kanak di antara lelaki dan perempuan di atas pentas adalah dibenarkan.
Penganjur juga disyaratkan supaya memastikan para penonton lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak bercampur dengan bebas.
Kredit foto: carian internet
Dalam pada itu, persembahan muzik hanya dibenarkan selepas solat Isyak dan tidak boleh melepasi jam 12 tengah malam.
Persembahan pada waktu siang hari pula perlu tidak bertindih dengan waktu solat.
Di samping itu, penganjur juga dilarang membuat persembahan pentas pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ye pon nak asing elak maksiat patut mula kat hotspot mcm karok, cinema, hotel2, rumah tumpangan, tmpt rekreasi etc.. manade org beromen atas pentas |
|
|
|
|
|
|
|
pas ni ada la tu undang2 bungkus orat. pakai tudung la aku balik ganu pas ni. Ma, anak mu pulang berhijab Ma. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah negara Terengganu semakin maju ke hadapan membenteras haurat lelaki vs haurat wanita!
KUALA TERENGGANU - Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang juga pemilik produk jamu dan Rosalinda dikir barat tidak dibenar membuat persembahan pada Soho Festival yang akan bermula hari ini, hingga Sabtu di Stadium Negeri Terengganu, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengenai beberapa orang artis yang banyak menimbulkan kontroversi tidak dibenarkan membuat sebarang persembahan di negeri.
“Mengikut rekod sebelum ini, Kak KM dan Rosalinda tidak memenuhi syarat persembahan yang telah ditetapkan kerajaan negeri dan sebab itu mereka tidak dibenarkan membuat persembahan sama ada di atas dan di bawah pentas, mereka boleh datang hanya untuk menjual produk sahaja.
“Kita akan meletakkan penguatkuasa di tempat persembahan nanti dan sekiranya berlaku pelanggaran sya*rat persembahan, kita akan hentikan serta merta kerana penganjur sudah dimaklumkan sebelum ini mengenai syarat berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
Manakala berhubung gegantung Soho Festival yang telah pun dibuang MBKT adalah kerana ia tidak menunjukkan sepertimana gegantung yang diberi ketika penganjur memohon permit.
Anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Kak KM terkenal dengan ‘trademark’ yang mengghairahkan manakala artis dari Kelantan, Rosalinda pula hebat dengan persembahan dikir baratnya yang melalaikan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...bahan-1.887237
__________________
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Terengganu tiada sebarang ujibakat rancangan realiti hiburan kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|