Hanya kerana sebuah iklan dari aplikasi perkhidmatan kereta, Grab berkenaan penghantaran makanan untuk memudahkan para isteri, menyebabkan ramai netizen berbalah isu gender.
Dengan kapsyen "ada Era Malaysia Baharu, ibu ada pilihan untuk tidak masak" inilah yang dipersoalkan. Kaum lelaki dinasihati memilih isteri dari era Malaysia lama yang memasak untuk keluarga berbanding isteri era Malaysia baharu yang banyak kemudahan penghantaran makanan.
Ia membuatkan kaum wanita berasa hati kerana seolah-olah lelaki meletakkan peranan memasak di bahu mereka, sedangkan isteri sama-sama bekerja bagi membantu ekonomi keluarga.
Foto : Twitter
Bagi suami, isteri WAJIB pandai memasak.
Bagi majoriti wanita alaf baru pula, pendapat tersebut melampaui batas. Ini kerana suami dan isteri sebenarnya berperanan sama banyak di era ini. Jadi adalah tidak tepat apabila soal memasak hanya diserahkan kepada isteri semata-mata.
Jadi, mereka juga menasihati kaum sejenis supaya memilih suami rajin meringankan beban di rumah, bukannya lepak di Twitter mencari salah isteri sahaja.
Foto : Carian Internet
Bagi wanita ini, status suri rumah juga bukan alasan para suami untuk melepaskan segala kerja rumah kepada isteri. Ini kerana bukan mudah untuk menguruskan rumah bersama anak-anak yang masih kecil.
Bagaimanapun, tidak semua lelaki bersetuju dengan pendapat hanya perempuan sahaja memasak. Ini kerana dengan masing-masing bekerja membuatkan tugas perlu dibahagi sama rata.
Foto : Carian Internet
"Lagi pula, apa lah salahnya suami menolong isteri di rumah. Jika tidak mampu, kan ada food delivery. Happy wives=Happy Family."
Ada juga yang memerli suami sebegini untuk mencari jodoh wanita era Malaysia lama dengan hujah padu.
Ada juga yang berpendapat memasak bukanlah satu-satunya cara untuk mengikat hubungan. Ini kerana ramai yang bahagia walaupun dapur mereka tidak berasap. Lagi pula kepenatan bekerja membuatkan masing-masing lesu untuk memasak, jadi beli bungkus adalah penyelesaiannya.
Foto : Carian Internet
Disebabkan ramai wanita dan lelaki bertegang urat, ada juga netizen yang mencadangkan supaya ...
"Sebenarnya ini salah grab"
Jadi, mulai sekarang didik anak-anak sama rata dalam membuat kerja rumah.
Foto : Carian Internet
Wah! bukan politik sahaja yang menggunakan istilah Malaysia Baharu dan Malaysia Lama, tetapi konteks perhubungan juga turut terkena tempiasnya. Walau apa pun, pasti ramai suami era masa kini sedar dengan bebanan yang dipikul oleh isteri. Jadi, penghantaran makanan sekadar alternatif untuk menikmati makan malam. Yang penting kedua-dua pihak boleh bertolenrasi. Apa kata anda? - CARI
|