Kongsi Tular
ADVERTISEMENT

Cari-Azza Lv.14

Fav
Fighter | Credits 28524   





Majlis perkahwinan adalah saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan, terutamanya pengantin perempuan. Maklumlah saat pengantin diraikan bak Raja Sehari di pelamin indah antara momen abadi. Namun, siapa sangka pengantin perempuan ini terpaksa bertongkat di majlis perkahwinannya dek kerana seekor kucing.


Siti Naqiah bersama suaminya melangsungkan ijab kabul pada 22 September dan majlis resepsi dijadualkan pada awal Oktober. Namun, nasib tidak menyebelahi Naqiah kerana lima hari sebelum majlis,  dia terjatuh selepas menyelamatkan kucing kesayangannya dari dilanggar kereta mengakibatkan kakinya mengalami kecederaan distal fisbula fracture.


Bagaimanapun, majlis yang dirancang tetap berjalan lancar walaupun Naqiah terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda. Ramai netizen terharu dengan kebaikan hati Naqiah serta sikap positifnya walaupun tampil tidak sempurna di majlis persandingannya.






Kredit foto: IG





Lebih menarik, pengantin lelaki, Dr.Amirul Arif pula adalah adik kepada Dr.Halina (isteri angkasawan negara, Sheikh Muszafar Shukor). Menurut Dr.Halina, majlis tersebut berlangsung lancar dengan setiap khalayak dewan memberi sepenuh perhatian kepada pasangan pengantin ini yang masuk ke dewan menggunakan kereta buggy. Kemudian Arif mendukung Naqiah ke pelamin dan akhir sekali Naqiah menggunakan tongkat selepas majlis sanding.



"Nasib baiklah Naqiah quite 'portable', jadi Arif angkat saja dia. Welcome to the family."


Kredit foto: IG



Dengan penampilannya yang sentiasa tersenyum, Naqiah dipuji oleh mereka yang terlibat menatariasnya kerana bersikap profesional.



  






Malahan, Dato Sri Salmah Ismail sebagai pencinta kucing juga dalam statusnya mengucapkan tahniah kepada Naqiah kerana keberaniannya mempertaruhkan nyawa sendiri untuk menyelamatkan kucing.




Begitu juga dengan netizen yang turut memuji Naqiah kerana wanita ini bukan sahaja cantik malahan juga berhati mulia.






Kredit foto: IG




Hanya mereka yang benar-benar menyayangi kucing sahaja akan bertindak sedemikian walaupun terpaksa bergadai nyawa. Biarpun bertongkat di majlisnya, Naqiah sentiasa tersenyum sepanjang majlis berlangsung. Semoga cepat sembuh! - CARI

18.8K Views
34 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


putriTS Lv.8 2#

Honour | Credits 2400   
Ohh...i went to this wedding yg kat bangi punya but left early sbb ada nak pegi wedding lain.xtau pulak yg bride were injured.

drivethru Lv.10 3#

Survivor | Credits 6655   
Lebih tertarik dengan pelamin. Cantik nyerrrr

itams Lv.9 4#

Adventurer | Credits 4464   
simple juga baju pengantinnya..
nampak sweet dan cantik
Follow Us

Artemesiaa Lv.17 5#

Superior | Credits 57949   
Biasa je lihat pengunaan togkat nak2 bila majlis golongan oku berkahwin so taklah nampak pelik pun bila dia mengunakannya akibat kecederaan tu

haryatie Lv.13 6#

Challenger | Credits 17151   
org nya cntik
nmpak sweet jerk

nazzse Lv.14 7#

Fighter | Credits 24684   
Quote: drivethru: Lebih tertarik dengan pelamin. Cantik nyerrrr


Reka teemor, confirmlah cantik

ADVERTISEMENT


rigorsamsa Lv.7 8#

Revolutioner | Credits 1894   
bagus idea balut tongkat bagi bling bling sikit

Nurul8001 Lv.13 9#

Challenger | Credits 15168   
Nama siti naqiah je ke?
Gorgeous betul pengantin..

SPM 11 A tahun bila ni..?

PandaSaka Lv.9 10#

Adventurer | Credits 4245   
Lawa pengantin..tahniahh

selyusi Lv.9 11#

Adventurer | Credits 3905   
Memang cantik..tak jemu aku tengok gambar2 kahwin dia, tapi tak perlu kot reputz buat artikel...Reputz cari mesti jumpa kat insta kan? hadoiii taraf reputz cari sangatttt

riantika Lv.8 12#

Honour | Credits 3214   
selamat pengantin baru!! pengantin cantik!

Meiizu Lv.12 13#

Defender | Credits 11296   
tak jemu tengok..cantik manis orangnya

Foxey Lv.20 14#

Legenderer | Credits 111044   
wow... she is sooooo pretty...

husband pun romantic, dukung ke pelamin. semoga  bahagia sentiasa hingga ke akhir hayat

abangadek Lv.10 15#

Survivor | Credits 5825   
dr harlina ni lawak2 sikit kan, humble pun iye gak.. rilek je balas komen2 marhean

ADVERTISEMENT


gam_gajah Lv.11 16#

Highlander | Credits 9205   
dia ni anak Kay, ex wife Sudirman kan

gam_gajah Lv.11 17#

Highlander | Credits 9205   
Quote: Nurul8001 replied at 5-10-2018 07:49 PM
Nama siti naqiah je ke?
Gorgeous betul pengantin..

SPM 2008

blh google nama dia Siti Naqiah Mohammad Azhar


sk8er Lv.9 18#

Adventurer | Credits 4846   
Quote: gam_gajah replied at 8-10-2018 03:15 PM
dia ni anak Kay, ex wife Sudirman kan

Ooo ya ke

Can anybody share kay's latest photo?  Teringin nk tgk

gam_gajah Lv.11 19#

Highlander | Credits 9205   
Quote: sk8er replied at 8-10-2018 03:34 PM
Ooo ya ke

Can anybody share kay's latest photo?  Teringin nk tgk

ada kat ig putraaziz_cosry

sori tak reti tempek gambar

ada gmbr dia pegang tgn mak dia


sk8er Lv.9 20#

Adventurer | Credits 4846   
Quote: gam_gajah replied at 8-10-2018 03:38 PM
ada kat ig putraaziz_cosry

sori tak reti tempek gambar

Thx a lot!
Kay hasnt changed a bit.  Malahan semakin cantik.  Tengok dia automatic teringat sudirman
12Next