|
Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi yang mengatakan ada keretakan hubungan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim.
Memetik laporan Utusan Online, ini termasuk ada pihak tertentu mengatakan Tun Mahathir tidak akan membantu presiden PKR itu ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Kredit foto: carian internet
Namun, agaknya ramai akan rasa terkejut apabila Tun Mahathir memaklumkan bahawa Isnin depan akan turun untuk membantu kempen di Port Dickson.
"Macam-macam orang sebut mengenai saya dan Anwar, kata saya bergaduh dengan Anwar dan tidak sokong Anwar."
"Saya dan ketua parti PH akan berada di sana untuk berkempen pada 8 Oktober ini (Isnin)."
Kredit foto: www.utusan.com.my
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Kuala Lumpur siang tadi.
Tambah Tun Mahathir, satu majlis besar-besaran akan diadakan bagi membantu kempen Anwar dan beliau berharap pengundi luar akan pulang serta memberikan undi kepada Anwar.- CARI |
|