Kes penderaan majikan ke atas pembantu rumah bukanlah perkara yang baru.
Baru-baru ini, seorang majikan tidak berhati perut dihukum penjara selepas merakam pembantu rumahnya yang terjatuh dari tingkat tujuh tanpa memberi sebarang bantuan.
Memetik laporan Mirror.UK, paparan video insiden yang berlaku di Kuwait itu jelas menyaksikan mangsa dipercayai warga Ethopia menjerit berulang kali meminta pertolongan daripada majikannya yang juga seorang wanita.
Dalam masa sama, majikan yang merakamkan insiden tersebut memanggil pembantu rumahnya 'gila' dan memberitahu supaya 'datang kembali'.
Wanita itu kini dipenjara selama setahun dan lapan bulan kerana merakamkan cubaan pembantu rumahnya menyelamatkan diri.
Polis Kuwait menahan wanita berkenaan kerana tidak berusaha untuk menyelamatkan pekerjanya yang berpaut pada tingkap.
Kredit foto: keratan video Youtube
Dalam kejadian itu, tangan pembantu rumah berkenaan yang berpaut pada tingkap terlepas sebelum terjatuh pada atap, sekali gus mengurangkan impak insiden.
Mangsa hanya mengalami patah tangan dan beberapa kecederaan ringan lain.- CARI
Post time 6-10-2018 03:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dani-rox replied at 5-10-2018 09:11 PM
bukan dah tersohor ka, bangsa ereb racist dgn kulit hitam. dia org suka panggil black africans nih m ...
Dah anak2 leluhur Abraham @ Nabi Ibrahim, sama macam Yahudi. Of course perangai lebih kurang adja. But Yahudi better kot di Israel itu ramai jah Muslims takda pon persecuted unlike non Moslem di Ereb Saudick.
Darfur pogrom berlaku sbb bangsa perasan superior~ ini lah. arab janjaweed muslim peduli apa dgn black africans wpun sesama islam, kulit ko hitam jd automatik stended ko tarap debu2 di padang pasir jah.
Post time 6-10-2018 07:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Maid iols dulu kerja delat uae. Dia cakap beza sangat orang malaysia layan dia dengan diorang. Kat sana anak anak diorang balik letak bag kat luar orang gaji angkat semua masuk. Memang semua orang gaji buat.
semitics bukan ke termasuk ereb and jews. pernah tengok news/docu mengenai ethiopian jews being treated like second class citizens in israel sebab mereka black tak diiktiraf pure blooded jews ke cenggitu.. sama je la...