Sejak sebelum berkahwin dengan Putera Harry lagi, Meghan Markle sering menerima serangan dan dipermalukan abang dan kakak tirinya, Samantha, Thomas Jr serta bapa mereka, Thomas.
Kredit foto: People Magazine
Terbaru, Samantha, 53, dilaporkan terbang ke United Kingdom (UK) untuk bersemuka dengan Duchess of Sussex itu.
Bagaimanapun, hasratnya gagal apabila dia dilaporkan dilarang masuk ke kediaman Harry dan Meghan selepas kehadirannya tidak dijemput.
Samantha yang mengalami penyakit saraf multiple sclerosis (MS) ditemani pasangannya ke kediaman pasangan diraja itu.
Samantha, menerusi beberapa gambar menunjukkan dia berada dalam situasi memalukan apabila dihalang melepasi bahagian keselamatan di Istana Kensington.
Kredit foto: Mirror
Berang diperlakukan begitu, Samantha dilihat meninggalkan kawasan itu selepas menyerahkan nota kepada pengawal keselamatan di Istana Kensington.
Memetik Mirror, Samantha berkunjung ke UK selepas pegawai istana menerima surat mengatakan dia akan berkelakuan lebih agresif sekiranya mereka tidak mengatur pertemuan dua beradik itu.
Menurut sumber, kejadian itu merupakan konflik terbaru di istana membabitkan keluarga Markle dan ia adalah tindakan paling berani ditunjukkan kakak Meghan dalam usaha untuk bersemuka dengannya.
Kredit foto: E! Online
Menurut sumber, Samantha 'mengugut' pihak istana untuk mengatur pertemuan dengan Meghan bagi menyelesaikan konflik keluarga mereka. Jika tidak, sesuatu buruk bakal berlaku kepada bapa mereka yang kini dikatakan sedang sakit. - CARI |