CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8655|Reply: 79

[Tempatan] Terpaksa GADAI barang kemas dan BERHUTANG sana sini sebab kena KENCING lebih RM1

[Copy link]
Post time 7-10-2018 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 8-10-2018 06:40 PM

Katerer pakej lebih RM13,000 cabut lari, keluarga pengantin terpaksa gadai barang kemas
Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2018 7:39 PM


PETALING JAYA: Impian untuk bergelar raja sehari hampir berkecai apabila dikejutkan dengan khabar pihak katerer 'cabut lari' 24 jam sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Ketika itu dunia Nur Azidah Mat Ali, 23, dan pasangannya Muhammad Faris Kamil, 25, kelam seketika apabila menerima panggilan daripada seorang pembekal katerer yang memintanya datang ke balai polis pada Jumaat.

"Pemilik butik yang menjadi pembekal katerer itu memberitahu ada masalah besar dan minta saya segera ke balai polis.

"Di situ, baru saya tahu yang pemilik katerer dah lari dan ada beberapa pasangan lain juga tengah buat laporan polis," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.



Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di Jasin, Melaka pada pagi Sabtu dalam majlis yang sederhana.

Kata Nur Azidah, dia yang mengalami kerugian sebanyak RM7,708 terpaksa meminjam wang daripada keluarga untuk mencari katerer lain dalam tempoh 24 jam.

"Kakak saya sanggup gadai barang kemas untuk pastikan kenduri pada Sabtu tetap berlangsung seperti yang dirancang.

"Ahli keluarga lain turut meminjamkan duit untuk tampung bayaran kepada katerer baharu sebanyak RM11,000," katanya yang terpaksa bersanding dengan keadaan mata bengkak akibat menangis.



Nasib Nur Azidah agak beruntung kerana membuat bayaran berasingan kepada pemilik butik pengantin berbanding membayar secara penuh kepada katerer tersebut.

Sementara itu, seorang bakal pengantin, Siti Nurul Fatihah Rozizan, 21, mungkin menjadi mangsa penipuan seterusnya apabila katerer sama menghilangkan diri selepas nasib yang menimpa beberapa pelanggan tular di media sosial.

Menurut Siti Nurul Fatihah, dia tidak menyangka katerer yang terkenal dan mempunyai banyak cawangan di beberapa negeri itu tergamak menganiayai pelanggan yang menggunakan khidmat mereka.

"Saya ambil pakej dengan mereka sebab ada dua saudara yang pernah menggunakan khidmat katerer itu dan semuanya berjalan lancar.

"Nampak mereka macam meyakinkan kerana ambil artis terkenal jadi duta. Walaupun pada mulanya rasa ragu-ragu sebab lokasi pejabatnya yang tersorok di Kampung Melayu Subang," katanya kepada mStar Online.



Siti Nurul Fatihah mendakwa, dia telah membuat bayaran penuh sebanyak RM13,240 kepada katerer terbabit untuk majlis yang akan diadakan pada November depan.

Pakej tersebut meliputi bayaran untuk makan pengantin dan tetamu, jurugambar, pelamin, peralatan dewan serta sistem pembesar suara.

Wanita tersebut yang menubuhkan grup WhatsApp 'Mangsa M******* I*****' dan disertai oleh 103 pasangan pengantin lain itu mendakwa, jumlah kerugian semua mangsa dianggarkan melebihi RM500,000.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama caterer tu? MI for?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 7-10-2018 09:42 PM
Apa nama caterer tu? MI for?

Mahligai impian dear..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilaka.mahligai neh..
Iols teringat lagu yang xdak kena mengena
Kaubina mahligai...dari air mata...yang jatuh berderai...di wajah sepi kuuu...
Tp ni pengantin yangkena...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Katering MI ni satu msia kan? Tak silap iolss adik kwn iolss pny majlis amik katering ni la. Problem jugakkk..adik dia tu kenduri kt belah kuantan ke pekan ntah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 10:39 PM | Show all posts
saya penah pegi kenduri kawin keluarga daif, makan nasi putih dan ikan kering. tu pun meriah dan happy. i think itu berkat namanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2018 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Minggu ni memang citer hot psl wedding planner durjana ke?dari vid puaka smpai caterer terhanat kot..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ot jap.ak xtaw nape org melayu punya wedding kena buat besar2an. Br2 ni tgk drama familiar wife scene wedding tu just ada keluarga n teman rapat. Duduk kt meja bench dlm 20 org (yela nk buat besar2 kena upah extra bnyk) tp still nmpak cm majlis kawin. Tp ape2 pun katerer tu klu x reti niaga, jgn meniaga. Mendajalkan org je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak wt majlis kawin skrg ni.mmg Kene ada 2 plan.
Budjet tu kena bahagi dua tuk plan B.klu tk cukup,wt skdar yg mampu tuk wt syarat sudah.
Nabi pn dh pesan seekor kambing pn oke.

yelah
Manalah tau tukang masak tetiba mati mengejut..atau satu team mati kebakaran,dh tertangguh katerer majlis tu

Dlm zmn skrg.rmai katerer menipu.lari bwa duit.pening nk pkir plan B

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah lak caterer nie ambil
Adik aku hari tu rm15k untuk katering jer
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lecehnya bila ade org masuk industri semata2 nk tipu duit org.
Kalu tipu buat bday party ke xpe la..ni tipu kenduri kwen..gila.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya dugaan chuolls..moga Allah ganti dengan lebih baik nanti.sabarlah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau package murah tu, dah tentu-tentu scam..
yang kelakar, nak buat majlis gah tapi dalam akaun takde duit rm20k ke apa sampai orang lain pulak bergolok gadai keluar simpanan semata-mata tak nak majlis ko rosak..
habis majlis korang laki bini nak hidup cam mana?
menumpang rumah mak bapak sampai dapat gaji?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak tapis nama bongok???
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-10-2018 12:56 AM
kalau package murah tu, dah tentu-tentu scam..
yang kelakar, nak buat majlis gah tapi dalam akaun t ...


Begitulah gamak nya.

A few saudara i sampai sekarang dok ngan mak pak. Sekarang maksud i dah 5-6 tahun masih dok ngan mak pak.

Pelamin setup macam kat kayangan. Lepas kawin dok ngan mak pak. Pelamin lagi mahal dari katil.

Dari berabis pelamin bagai baik beli katil tilam harga riban2 hari hari selesa membuta.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by borne at 8-10-2018 01:53 AM
sambaldurian replied at 7-10-2018 11:19 PM
Ot jap.ak xtaw nape org melayu punya wedding kena buat besar2an. Br2 ni tgk drama familiar wife scen ...


Mak bapak aku kwen 70s dulu pon grand jugk.  Bapak aku ambik la tukg masak istana.  Last2 habis sume orang cirit-birit..

Mak aku buntig pelamin lebih kurg maka trlahirlah aku..  Adekah krn berkat cherryberry tersebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
celaka punya yahudi!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
abis cm tu je repot polis meratap pas tu bergolok gadai trus kn majlis sdg kn si penipu dh kenyang lari bwa duit klau berterusan cm ni smpi kak hasanah mampos la korg kna tipu idup2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kdg benda murah mmg x logik.catering 1000 pax lauk mcm2. pelamin,sistem audio lgik apa lgik rm12000. catering saja pun pling murah rm 10 sekapala dh skang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 07:24 AM | Show all posts
x selamat mana hidup org yg menipu ni
x guna betulll...
balasan ttp ada
tp kesian la dgn pengantin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.220218 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list