Majlis dihangatkan dengan persembahan Hael Husaini dan kemunculan duta Sahajidah Hai-O Marketing, Nur Fazura Sharifuddin dalam sesi penyampaian anugerah kecemerlangan dan hadiah kepada pemenang peraduan Min Cha x Fazura Tumbler Giveaway.
Fazura yang ditemui pada majlis itu teruja kerana dapat bersama dengan Sahajidah Hai-O Marketing untuk tahun kedua.
“Saya teruja bersama keluarga besar Sahajidah Hai-O Marketing. Usahawannya sangat berusaha keras, mempunyai visi tinggi untuk mencapai kejayaan dan optimistik dalam kerjaya terutama wanita.
“Kita dapat saksikan hari ini (semalam) ramai usahawan yang menaiki pentas dan anugerahkan dengan pangkat CDM adalah wanita.
“Sebagai duta, saya sepatutnya memberi inspirasi kepada wanita ini, tetapi sebaliknya mereka yang memberi semangat dan inspirasi kepada saya,” katanya yang teruja dengan kejayaan usahawan Sahajidah Hai-O Marketing.
Min Cha teh bermutu tinggi
Sebagai penggemar teh, Fazura mengakui Min Cha adalah teh berbeza di pasaran kerana sangat tinggi antioksiden, diperbuat daripada teh hitam bermutu tinggi, premium dan paling istimewa kerana memiliki garam buloh asli Korea yang membantu metabolisme dan mencegah penyakit.
Semalam, Fazura turut tampil dengan kasut jenama Infinence Sahajidah Hai-O Marketing yang diperbuat daripada kulit asli. Kasut terbabit bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi menurutnya sangat selesa apabila dipakai.
full article: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/496693/sahajidah-hai-o-perkukuh-kedudukan