Sebelum ini ramai yang membuat spekulasi tentang Anita Sarawak yang menghilangkan diri daripada industri seni sejak tahun 2011.
Ada yang kata, Anita atau lebih mesra dipanggil Kak Nita telah bercerai dengan suaminya Mahathir.
Foto: Google
Ada juga yang mengatakan kini Kak Nita menderita kerana menghidap penyakit kanser.
Namun menurut adiknya, pelakon Noorkumalasari, semuanya adalah tidak benar.
???Semua khabar angin mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi adalah tidak benar,??? katanya kepada Harian Metro.
Foto: Google
Tambahnya lagi, Anita Sarawak ada menghubungi kakaknya namun tidak dirinya kerana sebab-sebab yang tertentu.
???Dia tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya. Jadi, dia banyak menghubungi kakak saya.
???Kakak sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri."
Foto: Google
Anita dan suaminya kini menjalankan perniagaan jual beli hartanah dan masih menetap di Amerika Syarikat tapi bukan di Las Vegas.
???Daripada apa yang diberitahu oleh kakak saya, mereka sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat."
Noorkumalasari juga memberitahu Anita mahukan kehidupan normal seperti orang lain.
Noorkumalasari, Foto: Utusan Online
???Mungkin di sini, mereka tidak dapat privasi kerana ke mana saja, mesti akan mendapat perhatian orang ramai. Itu adalah lumrah sebagai artis.
???Jadi, mungkin kehidupannya di sana lebih mudah dan rasanya, dia sendiri pun sudah puas dengan zaman kegemilangannya." -CARI |