View: 2046|Reply: 8
|
[Tempatan]
[Update] Wanita Vietnam MANGSA dera MENGANDUNG 14 minggu dalam keadaan TRAUMA te
[Copy link]
|
|
Edited by Kentang.Goreng at 11-10-2018 09:32 PM
Tiba-tiba keluar teksi!
WANITA tiba-tiba keluar dari teksi dan meluru ke arah anggota polis trafik meminta diselamatkan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhampiran Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, hari ini.
Dalam kejadian 10.15 pagi itu, tindakan wanita itu mengundang tanda tanya pelbagai pihak terhadap apa yang berlaku.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, anggota polis trafik yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh.
"Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai melarikan diri akibat didera. Pemeriksaan di bahagian badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru.
"Mangsa adalah warganegara Vietnam berusia 33 tahun dan berkahwin dengan lelaki rakyat Malaysia dia mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun dan sedang mengandung 14 minggu," katanya ketika dihubungi di Petaling Jaya, hari ini.
Mohd Zani berkata, mangsa dipercayai menaiki teksi di kawasan Puchong tetapi tidak memberitahu pemandu teksi ke mana hendak pergi sebelum teksi itu berhenti di lampu isyarat.
"Mangsa bertindak keluar dari teksi apabila melihat kenderaan polis. Setakat ini mangsa tidak menjawab soalan pegawai penyiasat polis.
"Bantuan jurubahasa dari Kedutaan Vietnam di Kuala Lumpur akan diperolehi esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Katanya, polis juga sudah mengambil keterangan pemandu teksi berkenaan.
"Siasatan berhubung perkara sebenar kejadian masih berjalan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018
Woman dashes out of taxi, runs towards police car to seek help in Sri Damansara
Thursday, 11 Oct 2018 3:07 PM MYT
PETALING JAYA: A highly distressed woman, who was believed to be in a traumatic state, ran out of a taxi to a passing police car in search for help.
District OCPD Asst Comm Mohd Zani Che Din said that the woman, believed to be of Thai descent, went towards the patrol car as it was at a traffic light junction in Sri Damansara at around 10.15am Thursday (Oct 11).
"The woman called for help and the police called for an ambulance to take her to the Sg Buloh Hospital.
"The on-duty D11 (Sexual, Women and Child Investigations Division) investigating officer has been sent to the hospital to gather further information," he said when contacted.
ACP Mohd Zani said that the statement of the taxi driver will also be taken.
"Her identity has not been confirmed," he said.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahu mengandung kahwen dgn Malaysian etc itu siapa yg bagitahu sebab katanya tak menjawab pertanyaan polis.
Ke reporter sesaja tambah plot cerita untuk kasi lagi umpp berita heshe |
|
|
|
|
|
|
|
kan ada bgtau dibawa utk rawatan di hsptl sg. buloh. mgkin pihak hsptl la yg bgtau
|
|
|
|
|
|
|
|
Laa....aku tgok gambor dia terbaring tu ingatkan style mcm tengah viral tu....
terbaring sebelah keta, berterabur brg semua....
nasib baik aku baca sampai habis, bkn tengok gambar, terus komen..... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 11-10-2018 08:15 PM
Laa....aku tgok gambor dia terbaring tu ingatkan style mcm tengah viral tu....
terbaring sebelah ...
Hahaha...terus aku scroll blk naik ats
Tgl xde barang berterabur sj...kalau x, mmg sebijik |
|
|
|
|
|
|
|
Kedingnya peha dan kepala botak ? Kalau betul kena dera sila cekup jantan ta guna tu |
|
|
|
|
|
|
|
Chinese suka sapu amoi vietnam biasanya...napa botak |
|
|
|
|
|
|
|
klu chinese malaysian kawen org vietnam,diorang ckp english ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|