“Proses bedah siasat dilanjutkan, sehubungan itu kita akan menunggu sehingga ahli patologi selesai menjalankan bedah siasat. Sebaik selesai, kita akan kebumikan semula jenazah."
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu pesanan Whatsapp kepada media berkata, Jenazah Allahyarham Nazrin akan dikebumikan semula minggu depan, bukan hari ini seperti dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Selasa lalu.
Kredit foto: The Sun Daily
Jasad Nazrin digali keluar dari kuburnya di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara pada Isnin lalu bagi membuat bedah siasat kedua atas permintaan adiknya, Dr Malek Hassan.
Menurut laporan, Nazrin ditemui mati di rumahnya di Kota Damansara pada Jun lalu akibat kebakaran selepas telefon bimbit meletup ketika dicas di bilik tidurnya.
Kredit foto: NSTP
Polis, kemudian mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh selepas bomba menemui kesan petrol di bilik tidur Nazrin. - CARI |