CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3584|Reply: 30

Kehadiran Anwar Ibrahim Di Dewan Rakyat Curi Tumpuan Media

[Copy link]
Post time 15-10-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang bermula hari ini menjadi tumpuan apabila persidangannya dimulakan dengan acara angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kredit foto: www.utusan.com.my



Berita Harian melaporkan, upacara dijadualkan jam 10 pagi itu diadakan selepas presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, semalam dengan majoriti besar 23,560 undi.


Selain itu ia juga bakal menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membentangkan belanjawan sulung mereka iaitu Bajet 2019.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijadual membentangkan Bajet 2019 pada 2 November ini dan ia dijangka memperlihatkan penstrukturan semula kedudukan perbelanjaan negara oleh kerajaan PH.




Kredit foto: http://channelw.my/



Sebelum ini beliau dilaporkan menyifatkan bajet berkenaan sebagai ‘belanjawan korban’ sekali gus membayangkan sejauh mana peruntukan yang bakal ditentukan sama ada ia lebih daripada Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion dibentangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula dijadual membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas pada 18 Oktober ini.


Mesyuarat kedua sidang Dewan Rakyat itu dijadual bersidang mulai hari ini hingga 11 Disember depan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 11:38 AM | Show all posts
menjeling abg pengiring tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ele...melayu sokong ka??melayu mana da sokong ph..cina dapiig ja sokong anwart ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 15-10-2018 12:02 PM

Alhamdulillah  .. pasni kita akan lihat sidang rakyat kita lebih berakal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 11:59 AM | Show all posts
24 jam...serta merta...harga minyak turun....tak sabaq...wakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:01 PM | Show all posts
pendubuq

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 15-10-2018 11:59 AM
24 jam...serta merta...harga minyak turun....tak sabaq...wakakakakakakkaka

Belom PM bro.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:05 PM | Show all posts
PORT DICKSON: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sekali lagi menegaskan kejadian kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Bekas pembantu peribadi kepada Ketua Umum PKR itu berkata, beliau sudah bersumpah tiga kali bagi mempertahankan dakwaan berkenaan.

“Saya sudah membuat laporan polis, bersumpah tiga kali, sekali di Masjid Wilayah Persekutuan, di Makkah dan di mahkamah, namun Anwar tidak pernah sekali pun bersumpah.

“Memang benar kes liwat itu berlaku,” katanya dalam ceramah kelompok pertamanya di Kampung Teluk Pelanduk di sini, malam tadi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
KarimAboo replied at 15-10-2018 12:05 PM
PORT DICKSON: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari A ...

sumpahnya ada beserta dalil tidak??
kalau tidak..  ianya amalan munafik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:08 PM | Show all posts
dess402 replied at 15-10-2018 12:06 PM
sumpahnya ada beserta dalil tidak??
kalau tidak..  ianya amalan munafik.

mahathir fitnah atau anwar peliwat?
saiful fitnah atau anwar peliwat?



Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
semuanya bergantung pada bukti.
minta gunakan akal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:12 PM | Show all posts
#AnwarPeliwatAtauMahathirPemfitnah? #20tahunRakyatKenaKencing

credit to tobby

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:27 PM | Show all posts

saya tau..tapi saya tak sabaq...wakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:34 PM | Show all posts
Sebelum ini beliau dilaporkan menyifatkan bajet berkenaan sebagai ‘belanjawan korban’ sekali gus membayangkan sejauh mana peruntukan yang bakal ditentukan sama ada ia lebih daripada Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion dibentangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.


agak2 belanjawan defisit atau belanjawan surplus yang sembang pasai korban ni...harap mana2 Pencacai Harapn boleh sembang secara ilmiah.....wakakakkakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:45 PM | Show all posts
KarimAboo replied at 15-10-2018 12:08 PM
mahathir fitnah atau anwar peliwat?
saiful fitnah atau anwar peliwat?

Kesianlah ko ni.  Sejak kemaren sampailah ke hari ini,ko ulang2i  lagi soalan yg sama.  Beriye2 benor nak cari jawapan dn mcm tak senang hidup kalau jawapan tak menyebelahi Anwar.  Whatever....Anwar sudah terima akibatnya shnga dia dipenjarakan.  Samada Anwar dipenjara  sbg akibat drp dosanya atau ujian Allah kpdnya, Allah yg maha tau. Allah itu maha pengampun dn Allah benci kpd manusia yg suka memcanangkan aib orang bertalu2.



Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:48 PM | Show all posts
nolya replied at 15-10-2018 12:45 PM
Kesianlah ko ni.  Sejak kemaren sampailah ke hari ini,ko ulang2i  lagi soalan yg sama.  Beriye2 be ...

hancur sodom n gomorah. mati semua. jadi batu. bila masa Allah memaafkan pelaku sodomi sesama jenis?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 12:52 PM | Show all posts
KarimAboo replied at 15-10-2018 12:48 PM
hancur sodom n gomorah. mati semua. jadi batu. bila masa Allah memaafkan pelaku sodomi sesama jeni ...

Biarlah Allah menghukum mereka secara dan pada ketika yg Allah mau kerana Allah itu maha mengetahui. Ko tak payah melebih2lah negalahkan kau adalah saksinya no.1.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:57 PM | Show all posts
nolya replied at 15-10-2018 12:52 PM
Biarlah Allah menghukum mereka secara dan pada ketika yg Allah mau kerana Allah itu maha mengetahu ...

dan kita hanya terus membaca kisah dalam quran tentang kemurkaan Allah terhadap sex sejenis sambil memberi sokongan padu kepada pelaku sex sejenis?












Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 01:00 PM | Show all posts
Sampai sekarang Atok tak pernah menarik kenyataannya yang di dalam video mahupun di dalam buku. Sebab tu kemenangan Abg Non di PD bukanlah berita gembira buat sebilangan besar pentaksub Atok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 01:06 PM | Show all posts
KarimAboo replied at 15-10-2018 12:57 PM
dan kita hanya terus membaca kisah dalam quran tentang kemurkaan Allah terhadap sex sejenis sambil ...

Sudah2lah tak perlu nak perpanjangkan isu yg mengaibkan ini.  Manusia berbuat dosa dan Allah tetap memberi peluang kpd mereka bertaubat nasuha.  Asyik menyebut aib orang tak sudah2 jgn lupa kalau pada satu ketika nanti aib itu terpalit kpd anak-cucu-menantu lelaki sendiri. Apa yg Allah maktubkan dlm al-Quran, ramai orang pun tau: orang UMNO tau, orang PAS tau, orang PH tau, orang tak berparti juga tau, malah orang kafir pun tau.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.322242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list