View: 4093|Reply: 15
|
"Lagu 'Pujian Kepada Tuhan Sebelum Kedatangan Islam', Tenang Macam Al-Quran
[Copy link]
|
|
Tidak dinafikan, K-Pop memiliki kumpulan peminat fanatik terbesar di dunia. Malah, banyak berita tidak enak pernah terpampang di dada akhbar mahupun portal berita mengenai peminat fanatik selebriti dari Korea Selatan itu.
Terbaru, salah seorang peminat fanatik K-Pop memuat naik status yang sangat mengganggu di laman Twitter apabila dia mengajak umat Islam mencari ketenangan dengan mendengar 'lagu pujian kepada Tuhan sebelum kedatangan Islam'.
"Tak berdosa, malah boleh dapat ketenangan dengar lagu ini sama macam zikir dan ayat al-Quran," dakwa gadis itu.
Individu berkenaan berkata demikian dipercayai selepas tersalah tafsir mengenai penjelasan daripada penceramah Dr Zakir Naik berhubung maksud 'Hallelujah'.
'Seruan' individu berkenaan bagaimanapun mendapat kecaman orang ramai yang berang dengan tindakannya mengeluarkan kenyataan mengelirukan sedemikian.
Dia ni okey ke, tak?
"Orang obses macam ni yang boleh buat orang makin benci K-Pop.
"Jangan buat orang keliru dengan kenyataan awak. Bahaya main hentam cakap je, dikhuatiri jatuh murtad," komen netizen.
Beraninya samakan lagu ni dengan ayat suci al-Quran
"Banyak-banyak zikir, kenapa nak guna Hallelujah?" selar netizen.
Selepas diselidiki akaun Twitternya, ternyata gadis berkenaan seorang peminat fanatik yang sudah tahap 'menipu diri sendiri' apabila dia 'percaya' dirinya sedang bercinta dengan salah seorang artis popular K-Pop, Seung Ri.
Kredit foto: Twitter
Gila, bahaya betul peminat fanatik tahap kronik begini! Pernahkah anda berdepan dengan K-Poppers macam ini? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Buat malu persatuan kepop je. |
|
|
|
|
|
|
|
jarum2 halus kpop aleluya |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis penyembah retis macam kat benang budak oren tu |
|
|
|
|
|
|
|
pelik betul budak2 zmn skrg....dlu zmn aku gila dgn boy band mat saleh bsb....westlife..nysync xdelh sampai mainkn agama mcm ni...lek2 je hafal lagu...kumpul poster kumpul sticker xde plak aku nk smkan lagu dieorg dgn zikir...skadar duk karok sorang2 dlm bilik je |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya smpai camnie sekali budak nie boleh pegi.. taksub sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 15-10-2018 04:29 PM
Bodoh.
Hallelujah tu maksudnya PUJI TUHAN (PRAISE THE LORD), lebih kurang sama dengan pengertian ALLAHUAKBAR (ALLAH MAHA BESAR = kata2 pujian terhadap Allah).
Hallelujah @ Haleluya tu berasal dari bahasa Ibrani, ia bukannya lagu.
Jika lagu Hallelujah yang dimaksudkan dalam thread ini adalah lagu dendangan asal Leonard Cohen yang dah berjuta kali dicover umat manusia seluruh dunia, ia sama sekali TAKDA KAITAN DENGAN PUJI-PUJIAN TERHADAP TUHAN. |
|
|
|
|
|
|
|
beraninya buat statement macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pooperzzz |
|
|
|
|
|
|
|
ko dah kenapa dik noonnn.. mak kpopers jugak tapi xde la bengap mcm ni.. giler.. nak tau xorg korea ni sebahagian mmg plastik dan ada yang rasis. Ni mesti xpernah pergi Korea lagi.. indah kabar dari rupa diorg ni dik non.. |
|
|
|
|
|
|
|
kepalo hayah eh budak ni..kang ckp bangang bengap marah...elok ko ni tendang je masuk gaung...haihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
k poopers mmg ada masalah camni setiap masa ka? hari tu kan kecoh kpoopers islam berhijab buat tahlil baca kitab ayat2 suci kpoop masa sapa ntah mati bunuh diri tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon perasan benda sama, kwn aku minat bts sampaikn bertuhankan bts aku tgk
|
|
|
|
|
|
|
|
i pun minat kpop... but please ..., berpijak pada bumi nyata k.. |
|
|
|
|
|
|
|
artis malaysia pun ada jugak.
mentang2 artis tu berhijab,bergelar hajjah
dah tak boleh dicuit waima se sentimeter ya.
habis kecoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|