CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4648|Reply: 26

Minimalism, Gaya Hidup Baru Alaf Kini - Bagaimana Ingin Memulakannya?

[Copy link]
Post time 15-10-2018 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Apabila mendengar perkataan minimalism pasti yang pertama bermain di minda kita ialah hidup dengan serba ringkas dan mempunyai barang-barang yang terhad. Ya, untuk tahap yang pertama memang itulah definisi hidup secara minimalism. Namun sebenarnya ada falsafah yang lebih besar di sebalik gaya hidup yang serba sederhana ini.



Gaya hidup minimalism ini adalah pilihan. Maknanya sesiapa sahaja berhak dan boleh mengamalkan gaya hidup ini. Kaya atau biasa-biasa sahaja. Rumah besar atau rumah kecil. Kerja gaji besar atau cukup-cukup makan. Kerana apa yang penting ialah bentuk pemikiran seseorang yang mengamalkan itu.





Oleh itu, amat penting untuk peringkat pertama seseorang yang ingin mengamalkan minimalism mempunyai minda yang mahukan keringkasan dan tak suka berserabut dengan perkara-perkara remeh.


Berikut antara tips untuk pemula yang mahu mengamalkan gaya hidup minimalism:


  • Buang sahaja barang yang sudah tidak digunakan dan tidak berharga. Lagi cepat buang lagi bagus. Tidaklah asyik teringat-ingat di kepala.
  • Hapuskan barang yang ada dua contohnya stapler atau baju sejuk. Ada banyak cara untuk hapuskan barang itu iaitu buang, derma atau beri kepada kawan.
  • Mempermudah segala aspek dalam kehidupan contohnya diet pemakanan, barang-barang rumah, pengurusan kewangan, penjagaan kesihatan dan lain-lain.


Kuantiti barang yang sedikit memudahkan susun atur dan letak barang. Sumber: Google




Menjadi seorang minimalist tidak boleh berubah secara mendadak. Harus bermula kecil-kecilan dan sedikit demi sedikit. Kerana yang paling penting ialah set pemikiran. Belajar untuk tahan diri daripada membeli dan menaiktaraf kehidupan dari sudut material.



Ingat! Apa yang penting, setkan dulu minda untuk menjadi minimalis dan banyakkan membaca tentangnya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Daku da start amalkan dari last year.. cume skrg, baju jek masih xblh nak kurangkan.. mmg da kurang membeli.. tp baju xblh la nak had kan p opis 7 helai jek.. tak kan tiap minggu nak pakai baju yg sama jek.. hmm

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 06:46 PM | Show all posts
i pun nak join club minimalist ni la..
baru la ade kelas...

(tp sejujurnye sbb budget kecik..
wahahhaa....)
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
LostStar: Daku da start amalkan dari last year.. cume skrg, baju jek masih xblh nak kurangkan.. mmg da kurang membeli.. tp baju xblh la nak had kan p opis 7 hel ...

Sama let {:run
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak reti nak mininalism especially dapur..semua barang macam penting walaupun guna setahun sekali....

Any idea macam mana nak start?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:05 AM | Show all posts
kena byk declutter and jgn jadi hoarder..
tapi bila nak buat declutter..ade je mende yang syg nak buat cam ne tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey replied at 16-10-2018 09:05 AM
kena byk declutter and jgn jadi hoarder..
tapi bila nak buat declutter..ade je mende yang syg nak b ...

x boleh ada attachment pada benda2 ...kalau x memang rasa sayang nak buang.

utk yg baru nak mencuba, tips dia start small dulu, tackle 1 area at a time barulah rasa x terbeban.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybucuk: Tak reti nak mininalism especially dapur..semua barang macam penting walaupun guna setahun sekali....Any idea macam mana nak start?

Boleh...mulakan dengan membeli dengan kuantiti  yang lebih kecil.. contoh: kicap cair botol kecil, cuka botol kecil..and if tiba2 oit of stock kita cuba kurangkan kuantiti dalam masakan.. xde kicap cair also makanan boleh jadi sedap juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey replied at 16-10-2018 09:05 AM
kena byk declutter and jgn jadi hoarder..
tapi bila nak buat declutter..ade je mende yang syg nak b ...

Samalah..tapi ami paksa juga masuk dalam beg plastik. Once dah buang terus tak ingat..settle
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 11:58 AM | Show all posts
ingat nanti da duduk umah sendiri meollss nak jadi minimalist la..la ni dok uma parents meollss xtau nak stat camne..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 03:36 PM | Show all posts
sekarang ni pun dah stop membeli, kalau dulu suka sgt beli perhiasan rumah, sekarang ni mmg beli benda perlu sahaja!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 11:18 PM | Show all posts
tabiat membeli i dah ok koy sekarang cuma bila ada anak ni membeli barang anak pulak.. Entah bila nya nak minimalist aku pon xtau
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:58 AM | Show all posts
huuu... dari sehari ke sehari nak buat spring cleaning my wardrobe.... tak jugak buat.

macamana eh kita nak buang rasa sayang nak buang barang ni?

i hope i am not on the path to be a successful hoarder
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 11:15 AM | Show all posts
susah nak jadi minimalis kat malaysia ni, negara kita panas banyak peluh

baju at least 3 kali tukar sehari

mau rabak baju asik dok basuh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 18-10-2018 10:58 AM
huuu... dari sehari ke sehari nak buat spring cleaning my wardrobe.... tak jugak buat.

macamana e ...

You nak i tolong? I boleh come over to rumah you.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 04:48 PM | Show all posts
i pulak mmg tak byk barang kt rumah, baju2 pun asik recycle sebab tak suka shopping.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yesss.. sedang ke arah itu. Starts with decluttering the bedroom. Rasa lapang jah. Barang/baju yg masih elok iols sedekah jah kat orang. Yang selebihnya iols buang. Buku2 jah yang iols simpan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Fokuslah pada minimalist fashion style dulu..baru barang barang
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2018 01:44 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau nka gaya minimalis maknanya kena bogel lar kan...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 02:16 PM | Show all posts
AceHand replied at 21-10-2018 01:44 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau nka gaya minimalis maknanya kena bogel lar kan...?

ini dah extreme sangat ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.650037 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list