Setelah bertahun-tahun berhempas pulas akhirnya hajat Wak Doyok menukarkan sebuah rumah kayu buruk ibunya menjadi banglo tercapai.
Dia berasa bersyukur dengan apa yang dikecapinya selama ini kerana sempat menunaikan impian tersebut semasa ibunya berumur 76 tahun.
Hidup Wak Doyok bersama ibunya begitu susah dahulu hingga rumah kayu tersebut telah dimakan anai-anai sedikit demi sedikit. Mereka telah melalui hidup yang perit sebelum Wak menempa kejayaan dalam perniagaan.
Video yang dimuat naik bukanlah berniat untuk menunjuk malah untuk berkongsi rasa gembiranya dari hidup susah hinggalah berjaya mengubah nasib keluarga.
Foto: IG Wak Doyok
Video Wak memberi inspirasi kepada netizen untuk lebih berusaha mencapai apa yang diingini dalam hidup serta menggembirakan orang tua.
Hebat Wak Doyok. Sejuk perut ibu mengandung. Moga Wak sentiasa murah rezeki dan tidak lokek untuk berkongsi nikmat diberi. - CARI
bukan ke dulu pn dia penah post pasal uma banglo bagi kat mak pak dia ke masa dia tgah on ngan janda Sultan Brunei tu??brape kali nak up citer ni??sendoooo much kah??
khueeennn
yg stok2 asal miskin ni mcm ni la yg selalunya mmg poyo
yg old money tak peghak pun
retis2 yg mmg dr family oldmoney mcm azhar sulaiman, ako mustapha tak poyo pun.rileks2 jah