CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7374|Reply: 39

Awas Kaki Melancong! 10 Teknik Penipuan Paling Top Ketika Di Luar Negara, No 5

[Copy link]
Post time 16-10-2018 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Sebagai pengembara atau pelancong yang berpengalaman, anda mungkin manyangka anda sudah faham selok-belok dan teknik penipuan yang biasanya akan dihadapi apabila berada di luar negara. Tapi malang selalu tidak berbau, walaupun anda sudah menduga pelbagai kemungkinan, tetapi pasti ada masanya anda lalai dan masuk ke dalam perangkap, termasuk penulis sendiri!


Kredit Foto: Fashion Beans






Pasti ada sahaja penipu atau scammer yang menunggu masa anda lalai seketika. Sama ada pemandu teksi yang nampak peramah, atau mak cik penjual cenderamata yang bagi tawaran menarik atau tukang gambar yang menawarkan perkhidmatan percuma.

Berikut 10 teknik penipuan yang paling kerap berlaku ketika anda melancong ke dalam atau luar negara;

1. Penipuan Teksi atau Pengangkutan





Kredit Foto: Southern Cross Travel Insurance




Pemandu teksi akan mengatakan meter rosak dan mengenakan harga tetap. Bila anda tiba di sesebuah tempat pada kali pertama, anda akan ditawarkan harga yang tinggi. Atau pemandu teksi yang memasang meter tetapi sengaja mengambil arah jalan yang lebih jauh. Di Manila, ada penarik beca mengenakan harga USD20 dollar untuk berkeliling bandar selama 2 jam tetapi apabila selesai anda akan dikejutkan dengan harga yang 'sebenarnya' ialah USD20 untuk 30 minit, jadi anda terpaksa membayar USD80!

2. Hotel Penuh
Pemandu teksi akan mendesak anda untuk menukar hotel yang dituju, katanya tutup atau penuh. Mereka akan mencadangkan penginapan lain, di mana mereka akan mendapat komisyen dari tuan punya penginapan atau milik keluarga mereka sendiri. Lebih malang, jika penginapan tersebut lebih mahal daripada bajet asal anda.


3. Pegawai Menyamar (Polis, Imigresen, Hotel)



Kredit Foto: Youtube






Anda akan ditahan di tengah jalan dan diarahkan menunjukkan dokumen pengenalan. Ada yang meminta untuk memeriksa barangan anda dan kemudian meninggalkan barangan haram seperti dadah. Atau anda dituduh melanggar peraturan dan hanya akan dilepaskan jika membayar denda.

4. Tempat Pelancongan Ditutup



Kredit Foto: Bernard The Traveller




Anda sedang berjalan menuju ke arah tempat pelancongan kemudian seorang warga tempatan yang ramah menghampiri anda dan menyampaikan khabar buruk: Tempat pelancongan ditutup sementara, akan dibuka petang nanti dan mencadangkan anda ke tempat tarikan pelancong lain contohnya  kedai barangan kemas di mana anda dipaksa membeli atau membayar dengan harga yang lebih mahal.

5. Dihampiri Orang OKU / Anak Kecil / Ibu Mengandung / Orang Tua



Kredit Foto: Fantoosy




Mungkin OKU yang menghampiri anda bukan OKU sebenar dan tidak mengalami sebarang kecacatan. Atau anak kecil yang dipergunakan untuk mengemis. Kadang-kadang, pengawal kanak-kanak ini melihat dari jauh, hanya ingin mengetahui di mana anda menyimpan duit sebelum mengambil langkah seterusnya. Ada juga yang akan memberikan anda sesuatu katanya 'percuma', tetapi apabila anda berlalu pergi mereka memaksa bayaran dan mengatakan anda salah faham dan cuba menipunya.

6. Membantu Mengambil Gambar atau Mengangkat Barang



Kredit Foto: 9Gag




Anda menyerahkan kamera berharga dan tanpa disedari mereka melarikan diri sebelum sempat anda berposing. Ada juga yang menawarkan untuk mengangkat barang ketika turun daripada bas atau keretapi dan kemudian meminta bayaran atau melarikannya ketika anda berpaling seketika.

7. Kerosakan atau Kehilangan Kenderaan Sewa



Kredit Foto: Business Wire




Anda menyewa kenderaan dan apabila ingin memulangkannya, tiba-tiba pemilik menunjukkan pelbagai kerosakan 'muncul' sana-sini yang bukan salah anda. Anda dipaksa membayar pampasan. Di Laos, kecurian basikal dan motosikal sewa sering berlaku apabila anda parkir kenderaan semalaman di hotel, akan ada pemilik yang sengaja mengalihkannya dengan kunci pendua di tengah malam. Keesokannya anda akan membayar gantirugi yang mahal atas kehilangan tersebut.

8. Minum Dengan Wanita Menarik


Kredit Foto: Budaphest Travel Guide





Anda minum bersama-sama dengan seorang wanita menarik. Tiba-tiba kawannya datang atau beberapa ahli keluarganya dan mereka sesuka hati memesan makanan. Seketika kemudian mereka semua berlalu pergi, dan anda terpaksa menanggung bayaran untuk semua makanan dan minuman mereka! Lagi teruk, ada yang menjadi mangsa rompak selepas minuman mereka dicemari dengan dadah hingga pengsan!


9. Tolak dan Ragut



Kredit Foto: Youtube




Paling kerap berlaku di luar negara. Ketika sedang bersesak menaiki pengangkutan awam, peragut akan menolak anda dan pada yang sama menyeluk dompet dari beg anda. Kadang-kadang teknik ini lebih canggih, di mana seorang akan cuba berbual dengan anda bertanyakan sesuatu dan pada masa yang sama seseorang dari belakang akan menyeluk dompet anda tanpa disedari.


10. Penipuan Tukaran Wang



Kredit Foto: Breinbart




Anda diberikan tukaran yang tidak cukup dan anda tidak mengira wang selepas dikembalikan. Atau ketika anda berpaling, mereka menukar wang anda kepada wang palsu kemudian dan memulangkan kepada anda wang palsu tersebut.



Jadi adakah anda pernah mengalami penipuan seperti ini?


Orang kata tidak sah jadi kaki travel jika tidak pernah kena tipu. Jadi jangan biarkan pengalaman ditipu menghalang anda untuk merancang percutian sepenuhnya. Yang penting, jadikan pengalaman ditipu sebagai pengajaran bagi anda supaya lebih berhati-hati di masa akan datang!     -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2018 11:44 AM | Show all posts
Saya selalu berhati-hati ketika travel oversea apa lagi seorang diri.

Tapi pernah kena No 9. Handphone kena copet dalam beg belakang ketika bersesak-sesak naik train.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Pernah kena kat Milan, I tgh jalan2 tiba2 dia grab tgn bagi mknn burung kat kita. Maka berkerumun la burung dkt i and nnt dia paksa2 mintak duit.

1) I naik grab kat Thailand, dia tak ikut pon GPS. Then drop kita 500m dr destinasi sbb dia malas pusing jln one way yg tak jammed. Language barrier, malas gaduh. Redha jela menapak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 12:07 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 16-10-2018 12:02 PM
1) Pernah kena kat Milan, I tgh jalan2 tiba2 dia grab tgn bagi mknn burung kat kita. Maka berkerumun ...

Yg grab tak ikut GPS tu mesti seram kalau seorang2 kan? Mana tau dia ada niat lain?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-10-2018 12:07 PM
Yg grab tak ikut GPS tu mesti seram kalau seorang2 kan? Mana tau dia ada niat lain?

Yg ni dgn akak sekali...  Tak penah lagi sorg2 naik cab atau grab kat tempat org. Setakat bas atau tren okay lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:25 PM | Show all posts
Betul tu bila gi overc kena sentiasa alert dan berhati2 selalu dan jangan mudah percaya dengan orang yang baru kita kenal atau jumpa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 12:33 PM | Show all posts
ada satu negara ni kalau naik teksi kena duduk tepi driver sebab kaka kena tipu dia tukar duit kaka dengan duit palsu.

dah geram sangat punya pasal kaka jerit minta tolong , by the way kaka simpan no.siri duit note kaka, jadi spot check kat driver tu jumpa duit asli kaka punya.

kesilapan kaka duduk seat belakang menyebabkan penipu tu berani pau kaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 12:38 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 16-10-2018 12:33 PM
ada satu negara ni kalau naik teksi kena duduk tepi driver sebab kaka kena tipu dia tukar duit kaka  ...

Negara mana tu kakak? Sy selalu duduk belakang kalau naik grab/teksi
Berani juga Kakak minta tunjuk nombor siri?

Kalau muka texi driver bengis semacam bagus halalkan sahaja nanti kena rogol

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 01:12 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-10-2018 12:38 PM
Negara mana tu kakak? Sy selalu duduk belakang kalau naik grab/teksi
Berani juga Kakak minta tunj ...

guangzho. nak tukar money changer tukar kt malaysia, tukar kt china report pun xguna negara komunis. even kt malaysia ada je scammer duit palsu sebaiknya tukar kt shopping complex dan register dengan BNM
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:38 PM | Show all posts
Kawan aku pernah kene kat Hanoi.. adalah mokcik ni kandar sayuran pastu dia rehat dia letak la kandar dia tu sebelah dia jadi kawan aku ni konon nak ambik gambar la denagn kandar dia tu so mintak kebenaran.. mokcik tu angguk sambil senyum jadi member aku ni angkat le kandar tu pastu member sorang lagi snap gambar.. lepas je settle alih2 mokcik tu mintak 15dollar member aku cam terkejut la.. hampir nak bergaduh kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:45 PM | Show all posts
no 5 kat indon bersepah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 04:46 PM | Show all posts
buragazz replied at 16-10-2018 04:38 PM
Kawan aku pernah kene kat Hanoi.. adalah mokcik ni kandar sayuran pastu dia rehat dia letak la kanda ...

Mahalnya sampai 15 dollar!

Tak tanya dulu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 04:50 PM | Show all posts

Pernah naik bas jarak jauh di Indon yang ada penjual turun naik tu kemudian letak makanan jualan di pangkuan kita. Kalau sentuh dia ingat kita nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:56 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-10-2018 04:46 PM
Mahalnya sampai 15 dollar!

Tak tanya dulu ke?

Dah tanya Mokcik tu angguk dan senyum takde pulak dia kata kene charge ke hapa.. alih2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 05:03 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-10-2018 04:50 PM
Pernah naik bas jarak jauh di Indon yang ada penjual turun naik tu kemudian letak makanan jualan d ...

i is scary tengok orang2 sekitar jalan cihampelas
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer ( sewa motor, Aonang Krabi)

Benda ni jadi pada aku semalam (15/10). Aku sampai aonang 14/10. Lepas check in hotel, aku terus sewa motor melalui hotel tapi company luar. Aku dapat motor baru dan berkeadaan baik. Lepas check semua dan ambil gambar motor, aku terus guna seharian. Last aku guna pukul 8 malam pegi dinner. Aku park tepi jalan depan hotel area McD.

Esok pagi nye, aku guna motor pegi breakfast area masjid. Balik breakfast aku terus bagitahu hotel nak pulangkan motor. Lepas budak motor tu datang, dia terus check motor. Punya lah aku terkejut babi, seat motor tu patah kat klip bahagian hujung seat. Jadi seat tu boleh tercabut. Aku yakin bukan salah aku. Sbb sebelum balik dinner aku ade isi minyak. Seat tu ok lagi. Balik dinner sebelum park tepi jalan dpn hotel, aku ade bukak seat tu ambil barang dan simpan helmet. Kenapa pagi tu jadi patah plak.

Aku syak malam tu, budak2 company sewa motor tu datang dan sabotaj motor aku. Dorang tukar dgn seat yg rosak. Sbb passport aku dorang pegang, aku kena byr gantirugi 1500baht (RM195) untuk ganti seat baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 16-10-2018 05:26 PM
Scammer ( sewa motor, Aonang Krabi)

Benda ni jadi pada aku semalam (15/10). Aku sampai aonang 14/ ...


Kesiannya. Memang kena tipu

Masa you ambil gambar bike tu mula2 ada banding tak warna or shape or scratch seat ? Mana tau ada beza, sah kena tukar
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-10-2018 06:31 PM
Kesiannya. Memang kena tipu

Masa you ambil gambar bike tu mula2 ada banding tak warna or shap ...

Gambar seat mmg x ambil. Sbb xde cacat cela. Ambil gambar bahagian yg bercalar dan gambar keseluruhan motor. Mase dia bising2 pasal seat tu, aku perasan ade lubang kecik kat seat bahagian atas. Sebelum tu x pernah nampak. Tapi x boleh nak argue sbb xde bukti bergambar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Scarynya pengalaman masing2.....takut pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 09:33 AM | Show all posts
kat bandung mmg pgemis dia mcm lintah follow kita n siap tarik2 baju..kita jegil mata pn buat xtau..smpai tahap dia pegang mak sy, terus sound dia jgn pegang2..pekedai ms mbeli tu dah bg signal dah jgn bg duit kt diorg..pastu dia ckp dia lapar la ape la kita org Islam lah..bagi dia mknan dia xnak makan, terus tengking dia 'eh tadi kata lapar, makan!' terus dia makan bawak baby tapi silap2 baby tu sewa je n baby tak bgun tido maybe diberi ubat batuk or alcohol

kat Kashmir kan berbatu2..so ms tgh turun tu nnt ade budak2 hulur tgn nk tlg kita..tau2 nnt mtk duit..shikara boat plak mmg free naik utk ulg alik g hsboat tp bley bwk round2 klu nk..tp ktorg xnak, tau2 ms hari last dia nk bwk ktorg gak, ktorg ckp 'no, we don't want, already late' tp dia insist gak..trus call org hsboat, dr jauh org tu mrh2 pakcik ni..die dah start nk mgayuh arah lain dh..hbs berbakul2 kena marah..duit tips pn ktorg kurgkan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.132731 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list