Diselamatkan dari gua, kini muncul dalam rancangan bual bicara paling popular di dunia!
Kredit Foto: Twitter
Seluruh dunia terpaku menonton siaran TV pertengahan tahun ini apabila operasi penuh drama dan suspen ketika pasukan penyelamat cuba mencari dan membawa keluar 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam sebuah gua yang dipenuhi air yang dalam dengan struktur kompleks di Chiang Rai, Thailand.
Kredit Foto: tooFab
Kini pasukan mereka yang digelar Wild Boars muncul di siaran TV lagi, tapi kali ini dalam suasana yang berbeza sebagai tetamu dalam program temu bual Ellen DeGeneres.
Kredit Foto: Twitter
Dalam satu pengumuman di Twitternya, Ellen memberitahu bahawa pasukan bola itu akan muncul minggu ini. 'Tidak ada berita yang lebih hangat tahun ini selain operasi menyelamat pasukan bola Thailand ini yang terperangkap dalam gua' katanya. Ellen juga memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan pasukan itu tersenyum megah dengan jersi khas jenama Ellen dalam studionya yang terletak California.
Kredit Foto: Twitter
Turut bersama-sama dengan mereka ialah pemain bola dari Sweden, Zlantan Ibrahimovic yang pernah bermain untuk pasukan Mancester United tetapi telah berpindah ke LA Galaxy.
Ini adalah temu bual berprofil tinggi yang pertama mereka sejak operasi menyelamat yang berlangsung pada awal Julai lepas di Gua Tham Luang, Chiang Rai selepas terperangkap[ selama dua minggu. Selama beberapa bulan pihak berkuasa Thailand meminta media untuk menghormati privasi mereka semasa menjalani rawatan. Malahan, sebuah komiti khas telah ditubuhkan oleh kerajaan Thailand untuk memantau projek-projek melibatkan mereka dan kawalan ke atas akses media.
Bagaimanapun kawalan ketat itu kini semakin dilonggarkan. Sehingga kini mereka sudah terlibat dalam beberapa pameran interaktif mengenai operasi menyelamat anjuran Kementerian Kebudayaan Thailand di Bangkok bulan Ogos lepas. Beberapa projek pembikinan filem dan dokumentari juga telah diberikan kelulusan awal. Sabtu lalu, pasukan ini terlibat dalam satu perlawanan persahabatan dengan pasukan River Plate dari Argentina selepas menghadiri upacara pembukaan Youth Olympic di Buenos Aires.
Kredit Foto: Waterloo Cedars Falls Courier
Nampaknya tidak lama lagi bakal muncul sebuah filem Hollywood yang akan menceritakan kisah penuh suspen melibatkan 12 budak Thailand ini. -CARI
Ellen DeGeneres scored the first TV interview with Coach Ake and the 12 players of the Wild Boars soccer team from Chiang Rai, Thailand, since their dramatic rescue last summer after being trapped in a flooded cave for 18 days.
And the boys’ soccer idol, L.A. Galaxy star Zlatan Ibrahimović, surprised the team — and hailed them as “probably the best team in the world.”
“These kids, this team is more braver than me,”he said. “They showed their collective teamwork and had patient faith and believed in others.”
Kann..orang2 Siam ni..satu je la aku perasan...sejahat2 semafia2 mana pun muka derang..still respek org..dia nya salutation angkat tgn letak kat dada tu smbil ckp sawadekaaa tu very sopan..aku ada 2-3 orang kawan Siam masa belajar..memang la baik..kalau bercakap tu mak aih..tak dengar sorang cam berbisik aku rasa..pernah kawan Siam derang buat presentation..lg sorg mmbr Siam masuk lambat..bukak2 pintu pun dia siap tunduk hormat kt kawan dia yg bg presentation tu smbil letak tgn kat dada cm nak ckp sorry la dia lambat..org kita? ah lantak kau la aku lambat trus je masukk..hahahah..since that..aku mmg suka org Siam..pada aku derang mmg sopan..cam malu2..timid gitu...baik laki baik pomp..mostly la yg aku kenal..kau tgk la raja dia mangkat aritu..kawan aku kat opis menangis teresak teruk gila..tak pernah aku tgk dia nanges macam tu..dia ckp raja dia baik..semua org sayang..kita sini kot raja mangkat..takde la feel sgt smpai mcm tu kan..