Ayam penyet, ayam bakar dan ayam balado mungkin kita dah biasa makan. Namun pernahkah anda merasai ayam gepuk, makanan berasal dari Jogjakarta, Indonesia ini?
Foto:Facebook
Di Batu 5, Gombak terdapat sebuah gerai yang menghidangkan ayam gepuk dan sambalnya dikatakan berapi dan mantap sungguh! Sesiapa yang tak tahan pedas memang tak disarankan untuk mencubanya.
Foto:Facebook
Tapi bagi sesiapa yang sanggub menyahut cabaran Pak Gembus, datanglah cepat ke sini kerana kebiasaannya barisan beratur memang panjang. Namun bagi penggemar makanan pedas, mereka mendakwa tahap kesedapan ayam gepuk ini memang berbaloi untuk beratur dan tunggu.
Foto:Facebook
Ada yang pernah pergi hingga tiga kali dan kali ketiga baru dapat makan kerana sebelum itu rezeki tidak menyebelahi.Tak perlu kami celoteh panjang lebar lagi.
Foto:Facebook
Anda datanglah sendiri ke alamat di bawah dengan kadar segera. Jangan lupa kongsikan pengalaman pedas anda bersama kami!
Foto:Facebook
Ayam Gepuk Pak Gembus
108-134,jalan gombak,53100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11am-10pm
Cepat bawa kawan-kawan berkongsi kepedasan bersama anda! -CARI
|