View: 2052|Reply: 12
|
Sembilan Pelajar Termakan Biskut Bercampur Abu Mayat Manusia
[Copy link]
|
|
Seorang budak perempuan didakwa membawa biskut yang bercampur abu mayat neneknya ke sekolah dan memberikannya kepada sembilan rakan untuk dimakan.
Kredit foto: https://metro.co.uk
Memetik laporan Berita Harian, pelajar yang tidak dinamakan itu sendiri mendedahkan bahawa biskut yang diberikan kepada rakan sekolahnya bercampur abu mayat manusia.
Menurut Leftenan Paul Doroshov, kejadian yang berlaku di Academy Da Vinci di Davis menyebabkan sesetengah pelajar termakan biskut itu tanpa mengetahui bahan tambahan terbabit.
Tambah Doroshov, dakwaan pelajar itu boleh dipercayai kerana terdapat pelajar lain yang sedar terdapat bahan tambahan namun tetap makan biskut terbabit.
Manakala seorang pelajar, Andy Knox memberitahu stesen televisyen tempatan KCRA, dia dalam perjalanan ke kelas apabila seorang pelajar muda tidak dikenali menawarkan biskut itu mengatakan ia mengandungi ‘bahan istimewa.’
“Saya ingatkan dia memasukkan dadah atau sesuatu. Justeru saya bertanya jika ia biskut ganja atau apa? Pelajar perempuan itu membalas tidak dan mengatakan ia abu mayat datuknya sebelum ketawa. Saya amat terkejut,” kata pelajar lelaki itu.
Polis sedang menyiasat insiden tersebut, menurut beberapa laporan media, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap pelajar terbabit.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Davis Joint Unified School District berkata, pelajarnya selamat dan ‘tiada risiko kesihatan’ terhadap sesiapa yang terbabit.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada yang reveal kah rasa biskut tu macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
kecik kecik dah psyco budak ni..harap siasat and bagitau mak ayah suruh bawak pergi hospital.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika budak ini diasah dengan baik, dia pasti akan menjadi seorang chef yang berjaya kelak.
Biasanya chef2 terkenal hari ini pandai membuat resipi2 yang unik dan luar biasa sewaktu zaman kanak-kanak. |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya pedajal kat orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pendek umor.....
Hidup pun mendatangkn masalah pd org lain |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt budak ni dah ada ciri2 masalah mental...besar esok lagi dasat dia boleh buat... |
|
|
|
|
|
|
|
macam pernah dgr biskut mayat org sebut. maybe biskut cream crackers tu eh.. tapi nie gila abu mayat betul dia letak dlm biskut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti mgamuk parents budak budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
mcm sewel budak permepuan itu
mesti forummer cari yang tingtong ituuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
banyak tukang masak jenis gila babi sebenarnya. ada kes letak bungkusan katak dalam periuk. sampai berbulan2 depa guna kata yang sama. khasiat pun dah hilang.
hanat sungguh laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
kesian la pulak, kecik lagi..mental kot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|