CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: himun_hino

[Idea] Tazkirah kompak

  [Copy link]
Post time 3-7-2019 08:15 AM | Show all posts
Berjabat Tangan (Bersalaman) Mendapat Keampunan Allah SWT

Daripada al-Barra` bin Azib RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim yang bertemu kemudian saling berjabat tangan, kecuali dosa keduanya akan diampuni sebelum berpisah.” Abu ‘Isa berkata hadith ini hasan gharib (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 2727, Abu Dawud, No. 5212, Ibn Majah, No. 3703, Ahmad, No. 17813, 17950)

Matan Hadith:

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا.

وقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

]سنن الترمذي , كتاب الاستئذان والآداب , باب ما جاء في المصافحة , حديث رقم2727 , عن البراء رضي الله عنه[

Pengajaran Hadith :

1) Islam adalah agama yang sempurna, mengatur seluruh aspek kehidupan manusia. Dasarnya adalah aqidah yang benar, binaannya adalah amalan kebaikan dan hiasannya adalah akhlak yang mulia. Antara akhlak yang mulia ialah amalan berjabat tangan ketika berjumpa sesama Muslim.

2) Sunnah berjabat tangan ialah dengan menggenggam tapak tangan kanannya ke atas tapak tangan kanan saudaranya sambil senyum memandang kepada wajahnya.

3) Berjabat tangan adalah amalan yang disyariatkan dan adab mulia para sahabat RA ketika mereka berjumpa. Antara amalan lain yang disunatkan semasa berjabat tangan seperti yang disebut dalam beberapa buah hadith adalah :
        i-Memuji Allah SWT (اَلْحَمْدُ لِلَّهِ) (HR. Abu Dawud : 5211)

                ii- Mengucapkan istighfar (يَغْفِرَ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ) (HR. Abu Dawud : 5211)
       iii-Mendoakan (اللّهُمَّ آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) (HR. Ibnu Sunniy)

      iv-Berselawat kepada Nabi SAW (HR. al-Haithami dalam Majma’: 17987)

   4. Berjabat tangan mempunyai fadhilat yang besar seperti dapat meredakan permusuhan dan kedengkian, memperteguhkan kasih       sayang,  mengeratkan tali silaturahim sesama Muslim, mendapat rahmat daripada Allah SWT serta menggugurkan dosa sebagaimana            gugurnya daun-daun kering di musim kemarau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2019 08:16 AM | Show all posts
Zakat Satu Kefardhuan

Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk serta untuk menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Oleh sebab itu, sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka jadilah ia zakat fitrah yang diterima. Sesiapa yang menunaikannya sesudah solat hari raya maka jadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.” (Hadith riwayat Abu Daud, No.1609, Ibn Majah, No. 1827, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, No. 7513, al-Daruqutni dalam sunannya, No. 2042)


Matan Hadith:



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَال :فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ .

]سنن أبي داود , كتاب الزكاة , باب زكاة الفطر , حديث رقم 1609 , عن ابن عباس رضي الله عنه[


Pengajaran Hadith :

1) Zakat daripada sudut bahasa adalah keberkatan, kesucian, kebaikan dan berkembang. Dinamakan zakat kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya daripada segala kerosakan dan kebinasaan.

2) Antara hikmah disyariatkan zakat ialah, pengurusannya mampu memperbaik kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah satu tubuh. Selain dari itu, ia juga dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil. Ia juga merupakan benteng keamanan dalam sistem ekonomi Islam dan jaminan ke arah kestabilan dan kesinambungannya.

3) Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat, bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan dia hendaklah diminta supaya bertaubat. Adapun orang yang enggan membayar zakat tetapi masih tetap mengakui kewajipannya, maka dia berdosa kerana tindakannya itu. Walau bagaimanapun dia tidaklah sampai terkeluar dari agama Islam. Oleh yang demikian, pemerintah wajib mengambil zakat hartanya secara paksa sekaligus menjatuhkan hukuman takzir (pengajaran).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 06:57 PM | Show all posts
*Tiga hal yang membawa penyakit :*
1) ﺍﻟﻜﻼﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
1. Banyak bicara
2) ﺍﻟﻨﻮﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
2. Banyak tidur
3) ﺍﻷﻛﻞ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
3. Banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﺷﻴﺎﺀ ﺗﻬﺪﻡ ﺍﻟﺒﺪﻥ :

*Empat hal yang merusak badan :*
1) ﺍﻟﻬﻢ
1. Duka
2) ﺍﻟﺤﺰﻥ
2. Sedih
3) ﺍﻟﺠﻮﻉ
3. Lapar
4) ﺍﻟﺴﻬﺮ
4. Tidak Tidur Malam
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺰﻳﺪ ﻓﻲ ﻣﺎﺀ ﺍﻟﻮﺟﻪ ﻭﺑﻬﺠﺘﻪ :

*Lima hal yang menambah cerah wajah :*
1) ﺍﻟﺘﻘﻮﻯ
1. Taqwa
2) ﺍﻟﻮﻓﺎﺀ
2. Jujur
3) ﺍﻟﻜﺮﻡ .
3. Pemurah
4) ﺍﻟﻤﺮﻭﺀﺓ
4. Jaga Kehormatan

5. Pemaaf
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺠﻠﺐ ﺍﻟﺮﺯﻕ :

*Empat hal yang menarik rezeki :*
1) ﻗﻴﺎﻡ ﺍﻟﻠﻴﻞ
1. Qiyamul Lail
2) ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﺑﺎﻷﺳﺤﺎﺭ
2. Banyak istighfar waktu 2/3 malam
3) ﺗﻌﺎﻫﺪ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ
3. Biasa Bersedeqah
4) ﺍﻟﺬﻛﺮ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻭﺁﺧﺮﻩ
4. Berdzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻭثلاثة ﺗﻤﻨﻊ ﺍﻟﺮﺯﻕ

*Tiga hal yang menjauhkan rezeki :*
1) ﻧﻮﻡ ﺍﻟﺼﺒﺢ
1. Tidur waktu pagi
2) ﻗﻠﺔ ﺍﻟﺼﻼﺓ
2. Sedikit sholat
3) ﺍﻟﻜﺴﻞ
3. Malas
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻛﻠﻤﺎ ﻫﻤﻤﺖ ﺑﻔﻌﻞ ﻣﻌﺼﻴﺔ ﺗﺬﻛﺮ ﺛﻼﺙ ﺁﻳﺎﺕ :

*Setiap kali ingin membuat maksiat* *ingat*
*tiga ayat :*
1-" ﺃﻟﻢ ﻳﻌﻠﻢ ﺑﺄﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺮﻯ "
"Tidakkah dia mengetahui bahwa Allah sedang melihat"

2-" ﻭﻟﻤﻦ ﺧﺎﻑ ﻣﻘﺎﻡ ﺭﺑﻪ ﺟﻨﺘﺎﻥ "
"Siapa yang takut kepada kedudukan Tuhannya baginya dua syurga"

3-" ﻭﻣﻦ ﻳﺘﻖ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻪ ﻣﺨﺮﺟﺂ “
"Siapa yang bertaqwa kepada Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ﻻ ﺗﺒﺨﻞ ﺑﻬﺬﻩ ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ﻋﻠﻰ ﺍﺻﺤﺎﺑﻚ ﻭﺍﺣﺒﺎﺑﻚ .. !!

*Jangan pelit membagikan  tulisan ini kepada teman-teman kita ..... !!!!!*

💌semoga bermanfaat *Assalamu'alaikum...*

          Bukalah dan bacalah
         

          Allah SWT telah berfirman.

          Bunyinya :

          *"Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".*

          *Biar mereka semua tahu bahwa Mu'jizat Allah itu ada !!!*         

Allah berfirman : *"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa saja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"*

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalan hidup kita ini.

*Kuatkan berfikir utk akhirat*.
Karena dunia ini akan kita tinggalkan.

*Subhanallah...* 😫😭

Ringan-ringankanlah tangan untuk membagi berita  ini. Akan mendapat  pahala mengingatkan saudara Islam...

Kirim _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 01:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 10:56 AM | Show all posts
Semoga bermanfaat..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 11:46 AM | Show all posts
30 Kebaikan
---------------------------

"Barangsiapa mengucapkan Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis 30 kebaikan untuknya dan digugurkan 30 dosa darinya."

(HR.Ahmad 2/302)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2019 06:11 PM | Show all posts
Fwd- Khutbah Jumaat Masjidil Haram Jumaat lepas.

DADAH HANDPHONE TEMAN DI KUBUR

*Teks khutbah* imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, lepas tu bagilah pandangan berkaitan dgn apa yg sedang dibincang ini.

MUSIBAH AKHIR ZAMAN ?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:

“Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta’ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih WhatsApp, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian-yang di share di WhatsApp.

Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui WhatsApp saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

Namun bukan begini tatacara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.

Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?

Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.

Wallahu a’lam…

Semoga Bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 06:38 AM | Show all posts
ISTIGHFAR UNTUK ORANG-ORANG BERIMAN
------------------------------------------------------------

Termasuk Sunnah Nabi adalah memohon ampunan untuk orang-orang beriman yang telah meninggal ataupun yang masih hidup.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda...
"Barang siapa yang beristighfar untuk orang beriman laki-laki dan wanita maka Allah akan catatkan kebaikan untuknya sebanyak jumlah orang-orang beriman laki-laki dan wanita."
(Hadis dalam Sohihul Jami')

Lafaz istighfar tersebut boleh berupa:-
Robbighfirli wa lil mukminiin wal mukminaat.

Boleh juga berdoa dengan bahasa sendiri yang kita faham, misalnya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan seluruh orang beriman laki-laki dan wanita."

Namun yang terbaik adalah susunan kalimatnya mirip dengan yang dibaca Nabi Nuh dengan urutan istighfar untuk:
1-Diri sendiri
2-Kedua orang tua
3-Seluruh orang beriman baik laki-laki dan wanita
Dengan kalimat
"Robbighfirlii wa lil waalidayya wa lil mukminina wal mukminat"
Atau sama makna dengannya.

Wallahu A'lam
-----------------------

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2019 11:43 PM | Show all posts
*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim*  *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa*  *memperoleh rahmat dari Nya.*

*آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

Terima kasih Sahabat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 08:38 AM | Show all posts
Kelebihan Mempelajari al-Qur’an dan Mengajarkannya

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)


Matan Hadith :



عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ.

تخريج : [صحيح البخاري , كِتَاب فَضَائِلِ الْقُرْآنِ , بَاب خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ, حديث رقم 5027].



Pengajaran hadith :

1) Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.

2) Umat Islam dituntut mempelajari al-Qur’an sama ada untuk memperbetulkan bacaannya atau memahami isi kandungannya sebagai pedoman dalam kehidupan.

3) Apabila seseorang Muslim mempelajari al-Qur’an maka Allah SWT akan mengurniai kemuliaan dan kelebihan yang besar. Manakala bagi mereka yang mahir dengan al-Qur’an dituntut mengajarkannya kerana Allah SWT akan memberikan kepadanya kemuliaan sebagai ahli al-Qur’an.

Sumber rujukan :

1. Kitab Sahih al-Bukhari
2. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani

3. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 08:38 AM | Show all posts
Apa Erti Kekayaan?

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)


Matan hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.

]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[

]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051[


Pengajaran Hadith :

1) Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta. Kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya, sentiasa berusaha untuk menambah hartanya.

2) Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.

3) Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 08:39 AM | Show all posts
Tuntutan Membaca ‘Bismillah’ Sebelum Makan

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia menyebutkan nama Allah SWT. Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah SWT pada awalnya, hendaklah dia mengucapkan:            بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ (Dengan nama Allah pada setiap permulaannya dan pengakhirannya)."                                                                     (Hadith riwayat Abu Dawud, No. Hadith : 3767, At-Tirmizi, No. Hadith : 1858, Abu ‘Isa berkata : Hadith ini adalah hassan sahih).


Matan Hadith :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهَاأَنَّ رَسُولَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ.

]سنن أبي داود, كتاب الأطعمة , باب التسمية على الطعام, حديث رقم 3767[

]سنن الترمذي, كتاب الأطعمة , باب التسمية على الطعام, حديث رقم 1858, قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[


Pengajaran Hadith :

1) Setiap Muslim adalah disunnahkan memulai setiap perbuatan dengan membaca ‘Bismillah’ terutama pada waktu makan dan minum kerana mengambil keberkatan memulai sesuatu perkara dengan nama Allah SWT. Bahkan disunatkan membacanya dengan suara yang kuat (bertujuan mendengarkan dan mengingatkan orang lain juga untuk membacanya).

2) Jika seseorang meninggalkan bacaan ‘Bismillah’ di permulaan pada waktu makan dan minum kerana sengaja atau lupa atau dipaksa atau tidak mampu mengucapkannya kerana suatu alasan, lalu dia mampu mengucapkan di pertengahan waktu makan, maka hendaklah dia mengucapkan : بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ(Dengan nama Allah pada setiap permulaannya dan pengakhirannya)."

3) Apabila dimulai makan dan minum dengan menyebut nama Allah SWT maka syaitan tidak dapat makan bersama pada hidangan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 04:37 PM | Show all posts
Malu Sebahagian Daripada Iman

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman."

(Hadith riwayat al-Bukhari, No. Hadith : 9 ,Muslim, No. Hadith : 35)


Matan hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الإيمَانِ.متفق عليه.

]صحيح البخاري,  كتاب الإيمان,  باب أمور الإيمان, حديث رقم 9[

]صحيح مسلم , كتاب الإيمان , باب بيان عدد شعب الإيمان وأفضلها وأدناها وفضيلة الحياء وكونه من الإيمان, حديث رقم [35


Pengajaran hadith :

1) Iman adalah terdiri daripada amalan hati, anggota badan dan lidah. Daripada  keimanan juga akan terpancar sifat-sifat yang baik seperti sentiasa bersedekah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berdakwah kepada Allah SWT.

2) Cabang iman yang paling utama adalah perkataan, لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah), manakala sifat malu pula merupakan sebahagian daripada darjat-darjat iman.

3) Sifat malu yang dimiiliki oleh orang beriman lahir apabila melihat kepada nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepadanya dan betapa dia merasakan dirinya amat sedikit dalam mensyukuri nikmat-nikmat tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 04:40 PM | Show all posts
💜 *SURAH AL-IKHLAS* 💜

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"

*Keberkatan Surah Al-Ikhlas*

Ketika *Memulakan Kerja*
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum *Masuk Ke Rumah*
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah *bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

*Ketika Sakit*
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

*Khatam al-Quran*
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

*Pahala Membacanya*
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• _Qul Huwallahu Ahad_ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• _Allahhus Somad_ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• _Lamyalid walam yuulad_ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• _Walam yakullahu kufuwan ahad_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ : 

✔
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman :

Sesungguhnya dikalangan hamba hambaKu ada yang keadaannya itu baik dalam keadaan kaya, kalau Aku menjadikannya miskin akan rosaklah keadaannya, dan ada pula antara hambaKu yang keadaannya itu baik jika dalam keadaan miskin,  kalau Aku menjadikannya kaya akan rosaklah keadaannya, dan ada dari hamba hambaKu yang keadaannya baik jika dalam keadaan sihat, kalau aku menjadikannya sakit akan rosak keadaannya, dan ada dikalangan hamba hambaKu yang keadaannya baik jika dalam keadaan sakit, kalau aku menyembuhkannya akan rosaklah keadaanya.

( Riwayat Abi Dunya dan Baihaqi )

Jika kita mahukan sesuatu dan telah berusaha keras namun tiada hasil ketahuilah hanya Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang tahu akan rahsia disebaliknya,

Seperti kanak2 kecil yang menginginkan pisau namun tidak diberi oleh ibubapa kerana takut cedera, begitu juga kasih Allah pada kita, Dia tidak akan pernah memberikan sesuatu yang akan memudaratkan kita, sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 08:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2019 10:03 AM | Show all posts
▪Jika engkau menginginkan sesuatu kenikmatan itu terus padamu, maka perbanyaklah mensyukurinya.

▪Jikalau engkau merasa rezeki itu datangnya lambat, maka perbanyaklah istighfar.

▪Jikalau engkau ditimpa kesedihan, maka perbanyaklah mengucapkan :

لا حول و لا قوة إلا بالله

Laa hawla walaa quwwata illaa billaah.

▪Jikalau engkau takut pada sesuatu makhluk, maka ucapkanlah :

حسبنا الله و نعم الوكيل

Hasbunallaah wa ni'mal wakiil.

▪Jikalau engkau kagum terhadap sesuatu, maka ucapkanlah :

ماشاء الله لا قوة إلا بالله

Maasyaa Allaah laa quwwata illaa billaah.

▪Jikalau engkau dikhianati, maka ucapkanlah :

و أفوض أمري أمري إلى الله إن الله بصير بالعباد

Wa ufawwidhu amrii ilallaah innallaaha bashiirun bil 'ibaad.

▪Jikalau engkau ditimpa kegundahan hati, maka ucapkanlah :

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minadzdzoolimiin.

(Sayyidina Ali Zainal Abidin bin Husein RA)🍃💕

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 08:33 AM | Show all posts
Tazkirah Pagi - Gembirakan Orang Lain

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 03:27 PM | Show all posts
MERUBAH TAKDIR

Suatu hari, Malaikat Maut mendatangi Baginda Nabi Ibrahim As lalu bertanya,

Malaikat: “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”.

Nabi Ibrahim: “Itu tadi sahabatku dan juga anak muridku”.

Malaikat: “Ada apa dia datang menemuimu?”.

Nabi Ibrahim: “Dia ingin menyampaikan berita bahawa dia akan menikah pada esok hari”.

Malaikat: “Wahai Ibrahim, sayang sekali umur anak muda itu tidak akan sampai pun esok pagi”.

Habis berkata seperti itu, Malaikat Maut pun pergi meninggalkan Nabi Ibrahim.

Hampir saja Nabi Ibrahim As tergerak hati untuk memberitahu anak muda tersebut untuk menyegerakan pernikahannya malam itu juga dan Nabi Ibrahim ingin memberitahu tentang kematiannya.

Tetapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim As memilih untuk tidak memberitahunya kerana kematian itu tetap menjadi rahsia ALLAH.

Esok paginya, Nabi Ibrahim As ternyata melihat dan menyaksikan anak muda tersebut melangsungkan pernikahannya.

Hari pun berganti, minggu berganti, bulan berganti dan tahun pun berganti.

Nabi Ibrahim As melihat anak muda tersebut panjang umurnya sehingga usianya 70 tahun.

Nabi Ibrahim As pun bertanya kepada Malaikat Maut: “Kenapa Malaikat berbohong tempoh hari, menyampaikan bahawa anak muda itu akan mati pada esok pagi? Ternyata tidak mati, bahkan umurnya panjang”.

Malaikat Maut: “Diriku memang hendak mencabut nyawa anak muda tersebut tetapi ALLAH menahannya dan kenapa ALLAH menahan tanganku untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu?

Ketahuilah wahai Ibrahim, bahawa di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan 7 dirham untuk anak-anak yatim, lalu anak-anak yatim itu mendoakannya.

ALLAH menggantikan setiap 1 dirham yang didermakan oleh anak muda itu dengan dipanjangkan umurnya sebanyak 10 tahun dan aku diperintahkan oleh ALLAH untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut sebelum usianya mencecah 70 tahun.

Dan, dengan sebab anak muda itu menderma sebanyak 7 dirham itulah yang membuat ALLAH memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup”.

Kematian memang di tangan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, justeru itu mempercepatkan dan melewatkan kematian juga adalah hak ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Dan, ALLAH memberitahu melalui kalam Rasulnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang itu.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan sedekah. Dan, mari kita mulakan sedekah kita ini dengan mengirimkan kisah yang bermanfaat ini, baik kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kita.

Selamat bersedekah dengan tulisan ini dan moganya dicatatkan sebagai ibadah.

Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala merahmati kita semua.

In Sha Allah. Aamiin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 01:08 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 28-7-2019 12:13 PM


Soalan :


Assalamualaikum ustaz. Harap ustaz sihat sentiasa.Apa itu qailulah dan bilakah waktunya. Sebab saya lihat ada pekerja saya sebelum waktu rehat mesti tidur. Jam 12 lebih tidur dah.Kadang-kadang terlajak sampai jam 3 petang baru bangun. Mohon pencerahan ustaz.


Jawapan :


Assalamualaikum.Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.


Qailulah merupakan perkata bahasa arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu manzur qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. (Rujuk Lisan al-Arab, 11/572).


Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. (RujukSubul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 2/396)


Maksud qailulah boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda :


مالي ولِلدُّنيا إنَّما مَثَلي ومَثَلُ الدُّنيا كمثل راكبٍ قالَ في ظلِّ شجرةٍ ثم راحَ وتركها


Maksudnya :” Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.”

Riwayat al-Tirmizi (2377), Ibnu Majah (4109)


Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW.

Baginda bersabda :

قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ

Maksudnya :” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”

Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat


Secara ringkasnya, qailulah bermakna berehat sebentar walaupun tidak tidur.


Para fuqaha berbeza pandangan mengenai bilakah waktu untuk qailulah. Kami nukilkan di sini pandangan-pandangan tersebut. Antaranya :


Al-Khatib Al-Syarbini menyebut bahawa waktu qailulah adalah sebelum gelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu zohor. Sunat bagi orang yang melazimi tahajjud untuk tidur sebentar sebelum zohor.Ianya adalah persediaan untuk qiamullail. Qailulah sebelum masuk waktu zohor adalah seperti waktu sahur bagi orang yang berpuasa.(Rujuk Al-Iqna’ Fi Hilli Alfaz Abi Syuja’,1/106). Pandangan ini dikemukakan oleh beliau di dalam kitab Al-Mughni Al-Muhtaj ( Rujuk Al-Mughni Al-Muhtaj, 3/167)


اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ ، وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ

Maksudnya :” Kuatkan puasa di siang hari dengan makan sahur dan qailulah untuk bangun malam.”

Riwayat Ibnu Majah (1693)


Al-Munawi menyebut qailulah ialah tidur pada waktu tengahari ketika gelincir matahari atau waktu yang hampir dengannya sama ada sebelum gelincir atau selepasnya (Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir,7/256)


Al-Bujairimi menyebut bahawa qailulah ialah berehat pada waktu sebelum gelincir matahari walaupun tidak tidur. Dan pandangan yang masyhur qailulah ialah tidur sebelum atau selepas gelincir matahari (iaitu selepas waktu zohor). (Rujuk Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Al-Khatib, 6/453)


Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa qailulah ialah tidur pada waktu tengahari.

Rujuk Tahrir Alfaz al-Tanbih (1/290)


Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim Al-Abadi menukilkan perkataan Ibnu Qutaibah. Kata Ibnu Qutaibah : Tidak dinamakan Ghada’ (makan tengahari) dan qailulah selepas daripada gelincir matahari.

Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud (25/23)


Sheikh Dr Wahbah Al-Zuhaili menyebut bahawa qailulah ialah berehat pada waktu tengahari walaupun tidak tidur. Sama ada pada musim sejuk atau panas.

Rujuk Al-fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu (1/414)


Ada pandangan yang menyebut bahawa waktu qailulah adalah selepas gelincir matahari. Ini berdasarkan kenyataan Sahl. Kata beliau :

مَا كُنَّا نَقِيلُ وَلَا نَتَغَدَّى إِلَّا بَعْدَ الْجُمُعَةِ

            Maksudnya :” Tidak kami berehat dan makan kecuali selepas solat Jumaat.”

Riwayat Al-Bukhari (839) dan Muslim (2028)



Ini memberi maksud bahawa waktu qailulah adalah selepas daripada solat jumaat yang mana solat jumaat didirikan pada waktu zohor.


Kesimpulannya, kami lebih cenderung kepada pandangan bahawa qailulah adalah berehat atau tidur sebentar sebelum gelincir matahari iaitu sebelum masuknya waktu zohor. Kami menasihatkan agar mereka yang bekerja, gunakanlah masa rehat yang diperuntukkan untuk melakukan qailulah agar lebih bersemangat untuk menyambung tugas. Akan tetapi jangan berlebihan,. Rehatlah sekadarnya dengan masa yang telah diperuntukkan. Ini kerana kita terikat dengan amanah kerja.Jangan dikhianati amanah tersebut.


Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Wallahu’alam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.403091 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list