CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: himun_hino

[Idea] Tazkirah kompak

  [Copy link]
Post time 29-7-2019 05:36 PM | Show all posts
Kelebihan Bagi Orang-Orang Yang Bersedekah

Sedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)


Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pada harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang banyak dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang banyak dan melimpah ruah. Hayatilah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…”

(Hadis Riwayat Muslim)


Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, marilah bersama kita meringankan tangan untuk bersedekah semampu yang mungkin, menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran ataupun saudara segama kita dan sebagainya. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh nabi s.a.w yang bermaksud:


“Sesiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad & At-Tirmizi)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2019 09:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


                                 

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:24 PM | Show all posts
FIKIR-FIKIRKANLAH

‎"Mata kepala kita hanya nampak benda yang ada di depan. Besar, kecil, jauh, dekat boleh nampak dengan mata kepala. Tetapi halal haram tidak boleh nampak dengan mata kepala, ia hanya boleh nampak dengan mata hati. Sebab itu ada orang yang cerah mata kepala, tetapi tidak kenal halal haram kerana buta mata hati..."
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 08:09 AM | Show all posts
Ingat, kita kejar akhirat kita akan dapat dunia dan akhirat insyaallah.
Tapi kalau kita kejar dunia sahaja, akhirat belum tentu kita dapat.

Hidup perlu seimbang, dan itulah gunanya Allah bagi Quran utk kita buat pedoman dan tunjuk ajar buat kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
4 orang yang tidak disentuh api neraka:

1.  HAYYIN - Tenang jiwa
2.  LAYYIN - Lemah lembut dan santun tuturnya
3.  QARIB - Ramah dan suka senyum
4.  SAHL - Memudahkan setiap urusan orang lain

HR At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2019 09:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kompak itu apa benda pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 01:31 PM | Show all posts

compact








Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:07 PM | Show all posts
Jenis-jenis tidur​

Syekh Sulaiman bin Mansur (Ulama Mazhab Syafi'i wafat thn 1204 H), menjelaskan tentang pelbagai jenis tidur  :

​Tidur Ada Tujuh Macam​
1. Tidur lalai
2. Tidur celaka
3. Tidur laknat
4. Tidur siksaan
5. Tidur senang (istirehat)
6. Tidur rahmat
7. Tidur rugi

(Penjelasan):

1) Tidur lalai ialah tidur di majlis zikir/ilmu
2) Tidur celaka ialah tidur saat masuk waktu solat
3) Tidur laknat ialah tidur di waktu Subuh
4) Tidur siksaan ialah tidur sesudah Fajar
5) Tidur senang (istirehat) ialah tidur sebelum Zohor
6) Tidur rahmat ialah tidur setelah Isyak
7) Tidur rugi ialah tidur awal pada malam Jumaat...seharusnya berzikir dan berselawat.

(Kitab Hasyiah Jamal Juz I Hal. 274)
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:08 PM | Show all posts
kompak paa pulak ini nanti semua orang athu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:32 PM | Show all posts



    BAGAIMANA MAJIKAN BERAKHLAK DENGAN STAF: Penting Tapi Ramai Meremehkannya
    Dr. Naemah Hamzah

    Hasil kajian ini boleh membantu merungkai kemelut antara majikan dan pekerja yang berlaku di mana-mana asal di situ ada ketua dan ada pekerjanya.
    Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 2015 telah menghasilkan dapatan yang cukup baik untuk diamalkan agar suasana di tempat kerja menjadi lebih harmoni. Keharmonian tidak bermakna staf tidak berkualiti, disiplin terabai dan produktiviti menurun.
    Namun, kita ingin melihat satu situasi yang sejahtera bukan terpaksa dan paling penting segala yang berlaku mengikut prosedur pekerjaan yang ditetapkan. Lebih bahagia apabila slogan UTM My Home diterapkan dan disebarluaskan untuk menghidupkan keharmonian dan keselesaan bahkan kita akan sayang pekerjaan kita sepenuh jiwa raga.
    Hasil kajian tesis bertajuk “Aplikasi Amalan Fiqh Sains Rumah Tangga dan Kerjaya dalam kalangan Akademik Wanita Cemerlang (2015)” menunjukkan dapatan ciri-ciri pentadbir cemerlang seperti berikut:

        1. Bertegur sapa, bertanya khabar
        2. Berterus-terang
        3. Toleransi
        4. Disenangi ramai
        5. Memahami
        6. Anggap seperti satu keluarga
        7. Menegur, menasihati
        8. Menerima seadanya
        9. Menjaga hati, tidak menyakiti perasaan
        10. Berkarisma, bijak mentadbir
        11. Pemurah
        12. Mendengar, membantu selesaikan masalah
        13. Tegas
        14. Tidak berkira, tolong-menolong, bekerjasama
        15. Dapat mengawal emosi/sifat marah
        16. Tidak mudah terpengaruh
        17. Respect, hormat-menghormati
        18. Mendapatkan sokongan staf
        19. Simbiosis, saling-memerlukan
        20. Contoh yang baik
        21. Positif

    Sarjana Islam menambah beberapa ciri dan sifat baik yang patut diamalkan oleh majikan iaitu:

        Ithar (mengutamakan saudara lebih dari dirinya sendiri).
        Berbuat baik pada diri dan membaiki orang lain (Mohd Ismail, 1999).
        Amanah dan bertanggungjawab (al-Qardawi, 1999).
        Bersungguh-sungguh dan bersifat ihsan (al-Syazli, 2012; al-Qardawi, 1999).
        Menepati masa (al-Syazli, 2012, al-Ghazali, 1990).
        Tekun bekerja, menepati janji, tidak mencuri waktu bekerja, tidak menipu, tidak menerima rasuah, menghulurkan bantuan apabila diperlukan, menghadiri jemputan dan majlis keramaian, menziarahi orang sakit dan kematian; memberikan nasihat yang baik (al-Syazli, 2012).
        Berilmu dan bertakwa.
        Ikhlas dan adil, jujur dan setia.
        Berpegang kepada prinsip hidup yang sama.
        Mencari persefahaman dan penyesuaian cita rasa.
        Memahami tabiat ahli keluarga.
        Percaya-mempercayai.
        Hormat-menghormati.
        Sabar, penyayang.
        Pemaaf.
        Bertolak-ansur dan bertimbang rasa.
        Muafakat dan kerjasama.
        Menunjukkan dan tidak menyalahkan.
        Membantu dan tidak membebankan.
        Menghargai dan tidak mengeji.
        Belas ihsan dan tidak mendera (Abu Malik Kamal, 2012; Abdul Rahman, 2001).

    Menurut Muhammad Syafii (2011), sifat yang dilarang adalah mengadu domba, iri hati, memfitnah, marah dan menghina.

        Oleh kerana itu, para salaf al-salih menganggap bahawa budi pekerti yang baik umpama sebutir buah yang memberi manfaat kepada orang disekelilingnya (al-Ghazali, 1990).

    *Dapatkan kertas kerja “Model Ciri-ciri Pentadbir Cemerlang Universiti Awam di Malaysia” dari Konvensyen Pentadbir UTM 2017.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073139 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list