CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: himun_hino

[Idea] Tazkirah kompak

  [Copy link]
Post time 23-10-2018 08:17 PM | Show all posts
Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan | Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu. Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.

Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…

“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….

Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….

Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!

Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..

Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….

Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….In Shaa Allah…

Orang sombong je tak mahu share ni
..   Allah TuhanKu
..   Islam Agamaku
..  Quran KitabKu
..   Masjid Rumah Ku
❤❤❤❤❤❤❤
Siapa Islam tolong copy dan post
Tidak sampai 2 minit pun
I ❤ islam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 08:35 PM | Show all posts
Fwd dari fb- Pendapat saya, kita tidak perlu ada kawan rapat berlainan jantina hingga tahap perlu kerap sangat berhubung.

Apatah lagi setelah bernikah, ada pasangan yang setianya hanya untuk kita serta anak-anak yang sedang sangat-sangat memerlukan perhatian.


Suka atau tidak, perbualan yang awalnya mungkin sekadar hal remeh-temeh mungkin akan berlanjutan menjadi melampaui batas. Mungkin akan mula mengimbau detik manis kenangan silam hingga kemudiannya bercerita tentang aib dan kekurangan pasangan, serta mengadu keluh kesah jerih perih berumahtangga yang sepatutnya kita hanya kongsikan dengan pasangan kita.


.


Ustaz kata, kadang punca kecurangan dan zina terjadi semudah dari pandangan, senyuman dan mesej "hai, hai" sahaja. Namun, oleh kerana terjebak ikhtilat, akhirnya menjadi semakin rapat, kerap berhubung, bertemu, bergurau senda. Malah akhirnya mungkin akan mula rasa sayang (nafsu yang disalah tafsir oleh godaan syaitan).


Sebab itu, tuntutan menjaga ikhtilat (pergaulan) ini sebenarnya bermula sejak bujang lagi. Inilah hikmahnya. Supaya tiada 'kisah silam' yang bakal menggoncang tiang seri rumahtangga.


Tiba-tiba datang semula 'kawan baik' yang mengadu kisah peribadi rumahtangga. Mula-mula sekadar simpati, namun sudah terlalu banyak terjadi kes sebegini yang akhirnya terjerumus ke lembah kecurangan dan penzinaan. Nauzubillah min zaliq.


.


Bila kata zina, jangan hanya ingat syaitan menggoda orang yang masih bujang sahaja. Bahkan setelah nikah asbab pergaulan bebas dari sebelum nikah akhirnya menjadikan jalan untuk berzina bahkan lebih mudah kerana tak risau tentang 'pak sanggup' kerana si dia memang bersuami. Tak takut kalau mengandung kerana sudah memang sudah jadi status isteri. Astaghfirullah, nauzubillah min zaliq.


"Alaaa... suka-suka je.. kami kawan lillahi ta'ala." Kalau sebegitu, jadikan mereka kawan baik pasangan kita kerana mereka sejantina. Tak perlu kita terjebak ikhtilat tanpa keperluan. Beringat dari awal adalah lebih baik.


.


Sejak akhir-akhir ni, banyak terbaca confessions dan berita suami yang tahu isteri berzina dengan bekas teman lelaki, kawan sepejabat, teammates. Astaghfirullah. Yang menyedihkan, si suami mungkin kerana jahil sekadar mendiamkan kerana terlalu sayang. Walhal, sebenarnya hal sebegini perlu dirujuk kepada pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.


JANGAN LUPA, DALAM ISLAM HUKUMAN BAGI PENZINA YANG TELAH BERKAHWIN IALAH REJAM SAMPAI MATI.


Dayus bagi seorang lelaki membiarkan isteri melakukan kemungkaran hatta sekadar mendedahkan aurat rambut kepada bukan mahramnya. Apatah lagi hingga ke tahap berzina! Astaghfirullahal adzhim.


.


Bagi para suami pula, sekiranya benar-benar mampu, maka teruskanlah dengan pernikahan (yakni berpoligami) tanpa perlu terjebak berzina dan menzalimi hak isteri yang sedia ada, mengabaikan nafkah anak isteri kerana leka mabuk cinta. Allahuakbar.


Islam tidak zalim. Islam sangat menjaga kebajikan dan hak para suami pun isteri, namun kebanyakan dari kita yang sendiri menzalimi diri sendiri kerana kejahilan dan terlalu bertuankan nafsu.


Jangan ambil Islam ikut apa yang kita suka. Ambil separuh, buang mana yang tidak selari dengan nafsu dan lifestyle kita. Astaghfirullah.


.


Selebihnya sentiasa ingatkan diri, apa niat bernikah dahulu?


Kerana Allah, kerana agama, mahu ada teman penguat semangat mengejar syurga Allah. Lalu muhasabah semula, kini jalan yang sedang dilalui seiring atau tidak dengan niat dan matlamat tadi?


Para suami...


Ada ajar anak isteri hal agama?
Ada ingatkan anak isteri jaga maruah, aurat dan solat?
Ada imamkan solat anak isteri atau tidak?
Cukupkah nafkah dan tarbiyyah anak isteri selama ini?


Semua ini sentiasa perlu diingatkan. Begitu jugalah dengan isteri sebagai ibu rumahtangga. Jangan sibuk leka dengan pujian lelaki ajnabi yang sebenarnya melekakan dan sengaja menduga keimanan. Terus block hal sebegini dan sibukkan diri dengan hal-hal ibadah supaya terhindar dari godaan.


Niat yang baik menjadikan komitmen pernikahan kukuh. Kita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha melakukan yang terbaik buat pasangan dan keluarga. Kerana pada kita, mereka adalah lubuk pahala kita.


.


Hormatilah ikatan nikah kalian. Begitu besarnya ikatan ini, sehingga Al Quran menyebut akad nikah sebagai mitsaqon ghaliza, atau perjanjian yang berat.


Dalam Al-Quran, ayat 'mitsaqon ghaliza' hanya disebutkan 3 kali iaitu;

(+) ketika Allah SWT menyatakan hubungan pernikahan (surah an-Nisa' : 21)
(+) ketika Allah SWT mengangkat Bukit Tsur di atas kepala Bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (surah an-Nisa' : 154)
(+) ketika Allah SWT membuat perjanjian dengan para Nabi dan Rasul Ulul Azmi (surah al-Ahzab : 7)


Cukuplah kalam ini menjadi peringatan untuk kita muhasabah kembali. Pasangan kita bukannya tunggul, sekadar mesin ATM, amah atau hamba abdi. Mereka adalah amanah dan antara jalan kita ke syurga. InsyaAllah.  


.


#selfreminder
#intandzulkefli
#notabaitulmuslim


Bacaan tambahan bagi yang masih belum tahu.
Irsyad Al-Fatwa SS Mufti HUKUM SUAMI MEMBIARKAN ISTERI BERZINA; http://www.muftiwp.gov.my/ms/art ... biar-isteri-berzina

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 05:59 AM | Show all posts
Fwd-*FORMULA HIDUP 99..*

🏡Dikisahkan ada seorang Raja yang sedang termenung melihat taman di depan istananya.


Ia gelisah kerana tak pernah merasakan ketenangan dan sulit sekali menemukan kebahagiaan...


Kesihatannya menurun, dia mulai susah tidur kerana beban fikiran yang mengganggu..
padahal selama ini ia tidur didalam kamar yang mewah dan tilam yang empuk.


Ditengah lamunannya, sang raja melihat seorang tukang kebun yang sedang bekerja sambil tertawa.
Setiap hari ia datang dengan senyuman dan pulang dengan keceriaan. Gajinya hanya cukup makan dan rumahnya pun begitu sederhana.
Tak pernah tampak kesedihan di wajahnya.
Saat dia pulang keluarganya telah menunggu dengan hidangan makan yang seadanya dan keluarga kecil ini pun makan dengan bahagia..


Raja pun hairan melihat orang ini.
Ia memanggil penasihatnya dan bertanya,
“Hai penasihatku,
telah lama aku hidup ditengah kegelisahan sedangkan aku memiliki segalanya. Tapi aku sungguh hairan melihat tukang kebun itu. Tak pernah tampak kesedihan di wajahnya, kadang2 ia tertidur di bawah rendangnya pohon, seperti tak ada beban dalam hidupnya, padahal ia tidak memiliki apa2.. !”


Si penasihat tersenyum dan berkata,
*“Semuanya ditentukan dengan formula 99.*
Bila tukang kebun itu terkena formula ini, maka hidupnya akan gelisah dan ia tak akan boleh tidur.”


“Apa yang kau maksud dengan formula 99..?”
tanya raja.


“Besok malam perintahkan perajurit untuk menghantarkan hadiah kepadanya. Sediakan satu kotak wang dan tulislah 100 Dinar. Namun isi lah kotak itu dengan 99 dinar saja...”


Raja pun menuruti saran dari penasihatnya.
Ketika hari mulai gelap, perajurit mengetuk pintu rumah tukang kebun ini dengan membawa hadiah.


Si tukang kebun membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat perajurit membawa kotak hadiah.


“Ini hadiah dari raja untukmu.”
kata si perajurit.


“Ya, sampaikan terima kasihku kepada raja.”
jawab tukang kebun sambil kegirangan melihat kotak dgn tulisan 100 dinar.


Belum pernah ia memiliki wang sebanyak itu.
Ia segera membawa masuk kotak itu dan menghitungnya bersama keluarga. Namun anehnya, jumlah wang didalam kotak itu hanya 99 dinar. Dia pun menghitung semula, tapi tetap jumlahnya 99..


Dia yakin, pasti ada wang yang jatuh.
Dia mencari2 di-sekitar pintu, tapi tak menemukan apa2..
Akhirnya dia mencuba untuk menelusuri sepanjang jalan menuju istana.
Semalaman ia mencari, tapi tetap tidak menemukan apa2..


Matahari mulai terbit, raja beserta penasihatnya menanti tukang kebun ini.


Tak berapa lama dia datang dengan wajah yang masam dan berkerut...


Raja pun terkejut dan bertanya kepada penasihatnya,
“Apa yang terjadi..?
biasanya dia datang tidak dengan wajah seperti in...!”


Penasihat raja menjawab,
“Duhai raja, begitulah kehidupan.. kita memiliki banyak hal namun kita mencari yang tidak kita miliki.
Orang ini mendapatkan 99 dinar secara percuma, namun ia sibuk mencari 1 dinar yang hilang..!”


Munculnya kegelisahan hati kerana kita mencari sesuatu yang tidak kita miliki, sementara kita tidak pernah mensyukuri banyaknya anugerah yang kita punya..!


Kisah ini memberi pelajaran yang sangat berharga bahawa nikmat ALLAH telah dicurahkan begitu banyak kepada kita, namun kita sibuk menanti sesuatu yang belum datang..


ALLAH SWT berfirman,


لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


"Demi sesungguhnya.. Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras..".
(QS Ibrahim:7)


Bila kita selalu sibuk mencari sesuatu yang tidak kita miliki, maka kita tidak akan punya waktu untuk menikmati kenikmatan yang sudah kita miliki...


Maka, janganlah kita sibuk mencari sesuatu yang hilang, namun lupa dengan 99 kenikmatan yang ada di depan mata...


🏡💟🏡💟🏡💟🏡
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 12:34 AM | Show all posts
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap  mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu."
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 12:46 AM | Show all posts
Kita Dan Ibu

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah menangis sepanjang malam.

Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan berlari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan  menjerit: “Tak nak! Tak nak!”

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan ais krim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana sahaja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton tv.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman. Kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama. Kita hanya ucapkan selamat jalan kepada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya samada kita ada teman istimewa, kita kata, “… Itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya. Kita kata, “Saya tak mahu menjadi seperti ibu.”

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan kawan… “Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan aku!”

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “Ibuuuu, tooooolonglahhhh…”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi. Kita dengan megah berkata, “…. Itu dulu, sekarang zaman moden.”

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung. Kita berkata, “Kami sibuk, tak ada masa nak datang.”

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan airmata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:21 AM | Show all posts
“Aku tak solat, tapi aku hidup senang” – Padah Istidraj


ISTIDRAJ adalah situasi di mana Allah mengurniakan rezeki berlimpah ruah sedangkan kita masih melakukan maksiat pada Allah.

Antara ciri-ciri orang yang istidraj :

1. Sengaja meninggalkan solat.

2. Sengaja meninggalkan puasa.

3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.

4. Berat untuk bersedekah

5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.

6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.

7. Menganggap mudah perintah- perintah Allah.

8. Merasa umurnya panjang dan menunda-nunda taubat.

9. Tidak mau menuntut ilmu

10. Lupa akan kematian.

Tetapi Allah tetap memberikan kita :

1.  Harta yang berlimpah.

2.  Kesenangan terus menerus.

3.  Dikagumi dan dipuja puji banyak orang.

4.  Tidak pernah diberikan sakit.            

5.  Tidak pernah diberikan musibah.

6.  Hidupnya aman-aman saja.

Hati-hati…

Ini kerana Allah telah membiarkan kita lalai dengan dunia dan menundakan hukuman atas maksiat yang kita lakukan didunia ini.

Jangan berasa terlalu senang dan, tenteram dengan hidup kita saat ini,seolah -olah hidup kita penuh berkat dari Allah.

Lihat dan muhasabah diri kita..

Bila semua kesenangan yang Allah berikan pada kita hanya membuat kita semakin jauh dari Allah dan melupakan segala perintahNya, berwasapadalah. Bimbang Allah memberikan kurniaanNya dengan murka.

Dari Ubah bin Amir radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَايُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ

“Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah,

فَلَمَّا نَسُوامَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَاعَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

“Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al-An’am: 44)

(HR. Ahmad, no.17349, Thabrani dalam Al-Kabir, no.913, dan disahihkan Al-Albani dalam As-Shahihah, no. 414).

Semoga kita dilindungiNya daripada Istidraj dan sentiasa taat pada perintah Allah.

Sumber Dari: http://www.kumpulankonsultasi.co ... .html#ixzz4Vbyb0AYs

Tinggalkan Komen Anda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2018 10:14 AM | Show all posts
Tazkirah: Lima jenis sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KumbangPoIkaDot at 26-10-2018 09:41 PM

PENTINGNYA ZIKIR

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah
berkata:

"Kedudukan zikir bagi hati umpama air bagi ikan,
maka bagaimanakah keadaan ikan jika ia tidak
berada di dalam air?"

Ruj: al-Wabil ash-Shayyib: 96

####-------------####-----------####----------####

SEBARKAN SALAM

Saidina Abdullah bin Mas'ud r.a.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"As-Salam ialah satu antara nama-nama
Allah SWT yg Dia telah turunkan ke dunia ini
maka hendaklah kamu sebarkan salam itu
antara kamu. Ini adalah kerana apabila
seseorang lelaki lalu berhampiran
mana-mana kaum lalu dia memberi salam
kpd mereka dan mereka menjawab salamnya
itu maka dia mendapat kelebihan satu darjat
mengatasi kaum itu kerana dia telah
memperingatkan salam itu kpd mereka.
Sekiranya mereka tidak menjawab salamnya
itu maka malaikat yg lebih baik drpd manusia
menjawab salamnya itu."

HR Bazzar dan Tabarani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2018 07:42 AM | Show all posts
Kenapa perlu berisghtifar?



Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tarmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Tarmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.
Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran.

"Agar tenang", "agar dosa diampunkan", "agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya..

ISTIGFAR AGAR MEMPEROLEH PENGAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T DALAM SURAH AN-NISA, AYAT 110

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

ISTIGHFAR AGAR MEMPEROLEH PERLINDUNGAN DARI ALLAH S.W.T
Dari surah Al-AnfaI, ayat 33
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad saw) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun"

Dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.

"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga dan yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meninggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).

ISTIGHFAR AGAR MENDAPAT KESENANGAN DAN TERLEPAS DARI KEADAAN RISAU DAN RESAH.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa Al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah S.W.T"
Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah S.W.T"
Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "beristighfarlah kepada Allah S.W.T"
Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya  sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”






Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman (seperti itu)”.
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah An-Nuh ayat 10-12 yang bermaksud

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu  sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

Contohilah Hasan Al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

ISTIGHFAR SEBAGAI USAHA MEMAKBULKAN DOA
Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"

Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu `Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.



Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.

Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".
Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"
Maka kata Imam Ahmad : Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."
Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.

Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.

"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (Hadis Muslim)

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selalu beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.

Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.

Mudah mudahan tazkirah ini akan memberi manfaat kepada kita dan menjadikan kita orang yang selalu memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh,



Ust. Mohamad Islah bin Soleh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 11:50 AM | Show all posts
Edited by gigimukelabu at 4-9-2020 10:13 PM

Rajinkan senyum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 01:18 PM | Show all posts
Fwd- Mari sama-sama renungi pesanan Saudara Mahmud Marwan WM tentang meniti perjalanan di usia 40 tahun. Semoga tazkirah yang disampaikan ini bermanfaat untuk kita semua.

Dikala umur mu 40 tahun...

Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sbgnya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita.

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri dgn Allah, rajin2 Solat Jemaah, tunaikan Zakat, Haji, Umrah, puasa dan sebagainya. Tunaikan yg Wajib dahulu, dan tingalkan larangan insyaAllah.

~ Tazkirah utk diriku dan sahabat semua, dikongsikan kepadaku oleh kakanda tersayang.. —

Sumber dari Facebook Marman Mahmud WM
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 09:56 PM | Show all posts
Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu

عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Dari Al Qasim bin Ghannam dari bibinya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW bahwasanya ia berkata; “Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.”[HR. Tirmidzi No: 155].

Pengajaran:

1. Keutamaan amalan kepada seorang Muslim ialah solat di awal waktu

2. Sakit dan kematian tidak diduga ketibaannya. Menyegerakan kewajipan yang fardhu seperti solat apabila masuk waktu boleh menjadi pendinding kelalaian solat. Kita tidak tahu bila saatnya kita akan dijemput menghadap Allah. Yang paling dibimbangi, maut menjemput sebelum sempat solat kerana tidak menunaikannya pada awal waktu

3. Orang yang melalaikan waktu solat akan dimasukkan ke dalam neraka wail. Firman Allah:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4 ) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ (5)

(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (al-Maun: 4-5)

Saidina Abbas menerangkan: Wail adalah satu wadi (kawasan lembah yang dalam antara dua gunung dalam neraka jahanam). Ia menjadi tempat kediaman bagi orang yang melewat-lewatkan solat dari waktunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:59 PM | Show all posts
7 Kebaikan Bersedekah

1- mengundang datangnya rezeki. Memberikan berkah pada harta yang ada pada kita, menjauhkan pada bencana, serta menambah keuntungan. Khalifah Ali bin Abi Thalib menyatakan, “Pancinglah rezeki dengan sedekah”.

2- dapat menolak bala. Menjauhkan dari api neraka dan melepaskannya dari kepicikan dunia akhirat. Menjadi naungan di hari kiamat nanti.

3- bisa menyembuhkan penyakit. Menghilangkan kesalahan dan membersihkan kecemaran serta mensucikan dari dosa.

4- dapat menunda kematian dan memperpanjang umur.

5- sedekah dapat mendatangkan pertolongan yang diperlukan dalam usaha yang dikerjakan.

6- sedekah dapat meruntuhkan segala benteng setan dan mematahkan segala kekurangan mereka.

7- sedekah memupuk cinta kasih terhadap sesama.

sumber : https://www.hidayatullah.com/kaj ... anfaat-sedekah.html


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 11:22 AM | Show all posts
1. Ada orang lupakan terus mak ayah

2. Ada orang masih ingat dekat mak ayah tapi tak berpeluang langsung balas jasa mereka ketika hidup

3. Ada orang masih ingat dekat mak ayah dan berpeluang untuk balas jasa mereka. Golongan ini paling beruntung. Hargailah setiap saat, peluang yang ada.

Hatta hidup seribu tahun sekalipun, belum tentu kita mampu balas jasa mereka. Usaha, pengorbanan mereka begitu mulia hingga darjat diangkat di sisi Allah. Janganlah tinggal doa untuk mereka setiap hari, yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

- Dunia ini hanyalah tempat untuk mengumpul bekalan di akhirat. Berbuat baik kat ibubapa ni seolah bonus point yang besar untuk bekalan kita kat sana. Nasihat untuk diri sendiri juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 12:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 03:47 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 03:52 PM | Show all posts
redha dengan ujian Allah SWT (100 pesanan terakhir Rasulullah)

berapa ramaikah di antara kita redha apabila ALLAH memberikan ujian dan dugaan? bagi mereka yang beriman, mereka menganggap itu adalah ujian yang akan meningkatkan keimanan tetapi bagi yang tidak beriman, pasti menganggap ALLAH tidak sayangkan mereka dan sengaja mahu menyusahkan.

Allah telahpun memberi peringatan dalam suruh Al-Ankabut ayat 2-3, bermaksud, ''patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuiji dengan sesuatu cubaan? dan demi sesungguhnya kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka supaya dengan ujian seperti itu, nyata apa diketahui ALLAH mengenai orang yang sebenarnya beriman dan ternyata pula diketuai mengenai orang yang berdoa.'

ayat itu mengingati kita, tidak semudah itu untuk mengatakan kita beriman sebelum diuji dengan dugaan ALLAH. ini kerana ujian itu merupakan satu syarat sama ada kita redha atau tidak dengan ujian yang ALLAH turunkan.

Rasulullah s.a.w sendiri diuji dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sepanjang menyebarkan agama islam kepada kaumnya. hebatnya ujianitu bukan sedikit malahkaum keluarganya juga menerima ancaman. selain tu, para sahabat juga menghadapi perkara yang sama.

di dalam keadaan seperti ini, tidak ada yang lebih utama selain kesabaran dan keimanan terhadap ALLAH dan menganggap ia bukan penghalang unutk menyebarkan agama.

hadis iman muslim, Rasulullah saw berkata, ''betapa ajaibnya orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang yang mukmin. jika memperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jikan ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya,''

perlu diingat, ujian juga adalah tanda kasih dan cinta ALLAH terhadap kita. hadis oleh Iman at-Tarmizi daripada Anas, Rasulullah saw berkata, ''apabila ALLAH cinta kepada sesuatu kaum, mereka diuji. barang siapa redha menerima ujian itu, ALLAH redha pula kepadanya. dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka ALLAH murka kepadanya.

ramai yang tidak sedar, sesuatu ujian yang ALLAH turunkan pasti ada hikmah yang tersembunyi. mereka yang menyedari tidak akanmerintih sebaliknya tabah menghadapi.

ini dijelaskan di dalam satu hadis daripada Abu Said al- Khudri dan Abu Hurairah, Rasulullah saw berkata, ''tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan ALLAH menghapuskan sebahagian daripada dosanya.''

setiap ujian yang menimpa seseorang itu pasti akan diberi pahala oleh ALLAH sebesar mana ujian tersebut, maka besar jugalah ganjaran pahala yang akan diperolehi. sebagai hamba, seseorang itu hendaklah sentiasa rehda dengan ujian yang melanda. orang yang redha akan menjadi hamba yang dikasihi oleh ALLAH. apabila ALLAH mengasihi, maka tempat yang paling layak buat hamba yang redha ini adalah disisi ALLAH si syurga kelak. insyaALLAH

oleh itu, segala bencana yang menimpa, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin merupakan penghapus dosa yang pernah dilakukan sebelum ini. sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpa sebagai nikmat dan menerima setiap musibah dalam redha akan mendapat balasan pahala daripda ALLAH selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 08:41 PM | Show all posts
8 Sifat Negatif Wajib Dibuang Demi Meraih Kejayaan

OLEH FAZLI ABDULLAH  •  9 OCT 2018  •  

Kadang-kadang di saat kita melihat kejayaan orang lain, pasti bermain difikiran kita;

Kenapa aku tidak sehebat mereka? Mereka mampu mendapatkan segala yang dimahu. Manakala aku hanya mampu melihat dan memasang angan yang tidak sudah.”

Perasaan ini terkadang menganggu diri. Dan kadang membuatkan hati lemah dan tidak dapat membendung kekecewaan. Ada masanya diri terasa seperti tiada apa yang berguna. Dan lebih menakutkan sampai ada yang menyalahkan takdir Allah S.W.T. Nauzubillah minzalik.

Setiap manusia, Allah S.W.T sudah mengatur rezeki masing-masing. Apa yang penting adakah kita sudah berusaha untuk memperbaiki diri? Sudahkah kita menjauhi sifat-sifat yang merencatkan kejayaan?

Mari kita ketahui apa sifat-sifat yang perlu dijauhi untuk mencapai kejayaan. Mungkin masih ada pada diri yang menyebabkan hidup kita tidak seperti mereka.

#1- Cepat Berputus Asa

Orang yang berjaya tidak ada istilah putus asa dalam hidupnya. Jika gagal, mereka bangkit dan berusaha lagi.

Kebanyakan orang berputus asa sedangkan mereka hampir berjaya. Mereka berhenti padahal kejayaan sejengkal lagi. Mereka menyerah kalah pada saat terakhir permainan sedangkan kemenangan sudah dalam genggaman.”
H. Ross Perot (Jutawan Amerika)

#2- Hidup Tidak Bertujuan

Apa tujuan hidup kita? Hidup perlukan tujuan agar langkah hidup kita lebih terarah dan tidak tersasar.

“Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.”
Lao Tze (Ahli Falsafah China)

#3- Tidak Berusaha

Usaha tanda kejayaan. Jangan sekadar mahukan sesuatu yang diharapkan tetapi usahanya tidak kunjung tiba. Berusahalah!

Kita tidak dapat menyeberangi lautan dengan hanya memandang ke laut.”
Rabindranath Tagore(Penerima Hadiah Nobel Sastera tahun 1913)

#4- Malas Menguasai Diri

Sikap malas membawa kehancuran pada hidup. Hidup bukan untuk bermalas-malasan tetapi hidup perlu melalui pengorbanan.

#5- Tidak Mencontohi Sikap Orang Yang Berjaya

Tidak salah meniru dalam perkara kebaikan iaitu tiru peribadi orang berjaya. Apa orang berjaya lakukan dan apa yang tidak dilakukan.

#6- Suka Bertangguh

Jangan bertangguh lagi. Esok belum tentu kita masih ada. Mulakan hari ini dan jangan tunggu lagi.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.”
Lao Tze(Ahli Falsafah China)

#7- Takut Akan Kegagalan

Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selamanya. Orang yang takut gagal tidak akan merasa kejayaan.

Kegagalan adalah asas kemenangan.”
Lao Tze (Ahli Falsafah China)

#8- Banyak Memberi Alasan

Alasan tidak akan membawa ke mana-mana. Jangan memberi alasan tetapi teruskan tindakan. Masa tidak menunggu alasan kita. Ia terus berlalu pergi.

Aku Perlu Berubah!

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Surah Ar-Ra’d: 11

Ubahlah pemikiran kita yang sering mengeluh dan merasa merendah diri. Terasa tidak layak menjadi sehebat mereka. Kita hanya melihat kejayaan mereka dan kita tidak nampak bagaimana susahnya mereka untuk mencapai kejayaan tersebut.

Minda kita haruslah dibersihkan dari sikap negatif yang melemahkan diri. Dan hanya memandang sahaja mereka berjaya tetapi contohilah juga usaha dan pengorbanan mereka.

Masihkah Ada Waktu?

Jangan risau peluang untuk berubah masih ada. Yang penting ada usaha dan doa. Kegigihan dan kesabaran haruslah juga turut serta. Kita tidak akan berjaya hanya sekadar berkata-kata. Kata-kata itu hanya dilidah. Mari buktikan dengan usaha gigih juga. Jika tersungkur, bangkit semula.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga akhir hayat.”
Joseph Conrad(Penulis)

Mulakan selangkah demi selangkah. Biarpun lambat, kita teruskan juga. Insyaallah, Allah akan membantu kita. Walau tidak sehebat mereka, kita sudah menunjukkan perubahan daripada sebelumnya.

Kejayaan adalah jumlah usaha yang kecil, dilakukan berulang kali dan setiap hari.”
Robert Collier (Pengarang Bestseller)

Bersangka Baik Dengan Allah

Yang paling asas adalah bersangka baik kepada Allah S.W.T. Kita sudah berusaha. Kita sudah lakukan segalanya. Tetapi masih belum nampak hasilnya. Bersabar.

Tersungkur tujuh kali, bangkit semula lapan kali.”
Pepatah Jepun

Mungkin usaha kita masih belum lagi cukup. Teruskan usaha dan meminta pertolongan kepadaNya. Hanya Dia yang mengizinkan kejayaan kita. Allah tidak zalim kepada hambaNya. Dalam usaha untuk berjaya, ada kebaikan yang sedang Allah kurniakan kepada kita. Ada ganjaran pahala atas kesabaran kita.

Kesimpulannya, kejayaan itu datang daripada Allah S.W.T kepada hambaNya yang berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan tidak menunggu kita tetapi kita haruslah bertindak untuk mendapatkannya. Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita.

Jangan hanya sekadar melihat kejayaan manusia yang berjaya. Jadilah juga seperti mereka. Insyaallah, kejayaan akan menjadi milik kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.088413 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list