CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: himun_hino

[Idea] Tazkirah kompak

  [Copy link]
Post time 24-6-2019 06:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah...

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim*  *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa*  *memperoleh rahmat dari Nya.*

*آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

Terima kasih Sahabat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2019 09:50 AM | Show all posts
Kewajipan Menjaga Lidah dan Kemaluan

Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.”(Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6474, 6807, at-Tirmizi, No: 2408, Ahmad, No: 21757)


Matan Hadith:



عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ

]التخريج : صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب حفظ اللسان , رقم الحديث 6474 , عن سهل بن سعد رضي الله عنه[



Pengajaran Hadith :

Allah SWT telah mencipta syurga dan neraka di akhirat sebagai destinasi abadi seseorang hamba. Apabila dia melakukan amal kebaikan, balasan syurga akan menanti dan sebaliknya jika melakukan amal kejahatan maka nerakalah tempat kembali.

Jaminan syurga kepada seseorang Muslim yang dapat menjaga mulut, lidah dan kemaluannya. Menjaga mulut ialah menjauhi makanan dan sumber yang haram. Menjaga lidah pula dengan memperbanyakkan berzikir, memohon keampunan dan bertaubat daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Seterusnya menjaga kemaluan daripada hubungan yang tidak halal dan yang diharamkan.

Keutamaan menjaga lidah kerana daripadanya akan lahir perbuatan yang akan membawa kepada dosa-dosa kemaluan dan sebagainya. Awasilah dalam berkata-kata. Jangan disebabkan tergelincir dan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjadi punca dosa dan dimasukkan seseorang ke dalam neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 09:52 AM | Show all posts
Edited by johan-adx at 25-6-2019 10:01 AM

Segera dalam Beramal

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar." (Hadith riwayat At-Tirmizi, No: 2306, Al-Hakim dalam al-Mustadrak, No: 7976, al-Tobrani dalam Mu’jam al-Awsatd, No: 3957)


Matan Hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوْ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ

]التخريج: سنن الترمذي , كتاب الزهد عن رسول الله صلى الله عليه وسلم , باب ما جاء في المبادرة بالعمل , رقم الحديث 2306 , عن أبي هريرة رضب الله عته , وقَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ[



Pengajaran Hadith :

Sesungguhnya Allah SWT yang menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Lalu akan dihidupkan kembali di alam akhirat yang kekal selama-lamanya.
Jangan mensia-siakan waktu yang masih ada sebelum datang penyesalan yang tiada berguna. Perbanyakan istighfar (memohon keampunan) dan tinggalkan maksiat serta seringlah mengingati kematian kerana kita tidak tahu bila saat kematian akan tiba. Sesungguhnya dengan mengingati kematian seseorang Muslim itu akan sentiasa teruja melakukan ketaatan.
Setiap Muslim hendaklah segera beramal sebelum datangnya tujuh perkara berikut :
1) Kefakiran yang akan melupakan kamu daripada kewajipan.
2) Kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas.
3) Penyakit yang membinasakan sehingga sukar untuk beramal soleh.
4) Masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran.
5) Kematian yang cepat dan secara tiba-tiba.
6) Kemunculan Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu.
7) Hari Kiamat yang sangat mengerikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 10:50 AM | Show all posts
Jangan Tegakkan Benang Yang Basah


Assalamualaikum.

Thank you sebab sudi share confession aku ni. Apa yang aku tulis ni sebagai peringatan untuk diri aku dan orang lain juga. Aku sayang semua orang dan aku sentiasa harapkan yang terbaik untuk semua orang. Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap ni mengguris hati siapa2.

Entah macam mana masa tengah scroll twitter semalam aku terjumpa satu tweet yang agak banyak kali diretweet (tweet ni sudah agak lama) tentang seorang gadis remaja yang telah diPM oleh seorang lelaki yg berniat untuk menegur pemakaian gadis tersebut. Bagi aku ayat lelaki tersebut mulanya agak halus cuma kemudiannya macam agak escalated tiba2 saja sebut methaphorically pasal kaitan rogol dan pakaiannya dan sebagainya. Maka gadis tersebut telah screenshot message lelaki tersebut dan dihebahkan di akaun twitternya.

Maka ramailah yang mempersoalkan tentang niat lelaki tersebut dan betapa salahnya cara “dakwah” lelaki tersebut dan dimaki-maki secara berjemaah oleh gadis itu dan penyokongnya.

Dan disebalik itu adalah seorang yg seperti setuju dengan apa yg dikatakan oleh penPM tersebut dan lelaki itu pula dihentam habis-habisan kerana dianggap macam “gila” and worse, dia dikatakan seolah “gila seks” hanya kerana dia kata akal dan mata lelaki ni kalau wanita2 boleh x-ray dan tengok apa yg mereka fikirkan ketika melihat wanita, mesti semua wanita rasa nak pakai tertutup elok.

Okay, habis pasal tweet tu. Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kita ni bila ditegur oleh orang, tak kisah lah stranger ke, sedara ke, siapa2 ke, kalau memang obvious yang kita ni buat benda yang salah dan ditegur akan kesalahan kita tu, tak perlulah nak melenting. Kenapa nak melenting? Apa yang kau buat memang salah pun. Kau boleh je pilih untuk diam dan muhasabah, kan?

Macam situasi di atas, terang2 pemakaian gadis itu agak kurang sopan, dan dia telah ditegur dengan cara yg bagi saya agak ok dan sangat private sebab telah diPM privately untuk dia seorang saja baca, bukan komen secara publicly, tapi kenapa anda pula yg gigih menyebarkan teguran yg telah dihantar secara private tersebut publicly? Tidakkan ini hanya menunjukkan betapa “kurang pandai” dan egonya anda?

Gadis tersebut agak muda usianya. Dan ada yg kata budak itu masih muda, nanti besar dia fahamlah. Tapi anda faham tak yang kes rogol ni tak mengenal usia? Kes rogol ni bukan hanya libatkan wanita dewasa sahaja yang jadi mangsa. Ya memang ada yg bertudung litup pun jadi mangsa rogol, tapi janganlah kita ini menjadi mangsa rogol kerana kita sendiri yang “menjemput” perogol itu. Tidakkah hina jika ditakdirkan begitu? Faham tak?

Lagi sekali aku cuma nak cakap, kalau kita buat salah dan orang tegur, jawab elok2 dan terima fakta yg kita memang buat salah. Tak perlu mahu menegakkan benang yang basah. Apatah lagi kalau apa yang kita buat itu sudah terang lagi bersuluh salah dari segi agama dan undang-undang. Bukan pasal tutup aurat sahaja, termasuk perkara lain macam buang sampah merata-rata, speeding, lalu emergency lane dan sebagainya.

Pernah dulu aku ditegur oleh housemate aku sendiri tentang kesalahan yang aku buat dan benda ni ramai je yang buat dan memang aku jenis keras kepala degil dan biasanya aku akan melawan balik cuma dalam hatilah. Tapi bila dia tegur tu walaupun agak direct dan menusuk tajam kedalam kalbu, aku tak boleh nak lawan sebab apa yang dia cakap tu betul dan apa yang aku buat tu memang salah. Menangislah aku teresak-esak kat depan dia sebab aku sedar aku salah. Aku masih buat benda yang dia larang tu tapi sekurang-kurangnya ayat dan kata-kata dia tu aku pegang sampai sekarang dan aku ambil sebagai muhasabah untuk diri aku. Tak ada guna pun untuk aku marah2 dia kerana menegur kesalahan aku dan menyibuk hal “peribadi” aku sebab aku sedar yang aku memang salah. Aku ambil ni sebagai contoh saja, bukan nak riak.

Aku mohon sangat janganlah asyik guna ayat “hidup aku ikut suka akulah”. Tolonglah. Mungkin disebabkan kesalahan yang kau buat tu dah bagi effect kat hidup orang lain dan menyusahkan dan memusnahkan hidup orang lain.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 04:46 PM | Show all posts
Berbakti kepada Ibu Bapa

Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi RA berkata: "Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda SAW. Lelaki tersebut bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah masih ada ruang untuk aku berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal?." Baginda menjawab: "Ya, mendoakan dan memintakan keampunan untuk kedua-duanya, melaksanakan wasiatnya, menyambung jalinan silaturahim mereka dan memuliakan teman mereka." (Hadith riwayat Abu Dawud, No. 5142, Ibn Majah, No. 3664, Ahmad, No. 15479)


Matan Hadith:

عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيِّ قَالَ: بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا؟ قَالَ: نَعَمْ, الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا

]التخريج : سنن أبي داود , كتاب الأدب , باب في بر الوالدين , حديث رقم 5142 , عن أبي أسيد مالك بن ربيعة الساعدي رضي الله عنه[



Pengajaran Hadith :

Seseorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, tetapi adakah ia memadai atau terbatas ketika mereka masih hidup sahaja?. Di dalam al-Qur’an dan hadith terdapat banyak suruhan yang memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua-dua ibu bapanya, dan ia tidak terbatas ketika mereka masih hidup.

Terdapat beberapa amalan kebajikan yang boleh dilakukan oleh seseorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya setelah meninggal dunia dan perkara yang paling mudah serta dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta memohon keampunan bagi dosa kedua-dua ibu bapanya sama ada yang masih hidup lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia.

Marilah sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini?. Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
_Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_

_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._

*Al Marhum Prof Hamka*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 11:59 AM | Show all posts
Bahaya Lidah



    Mukadimmah:

    Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah. Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka.

    Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara:

        Jangan bercakap bohong: Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.

        Jangan mungkir janji: Kata Imam Ghazali ,”Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik.”. Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya.

        Jangan mengumpat: Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita. Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. Sebenarnya sama saja dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja, dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau membubarkan kumpulan itu. Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan mengumpat. Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul dan mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”

        Jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain: Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.

        Jangan memuji diri-sendiri: Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.” Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-lekas beredar.
        Jangan melaknat: Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.

        Jangan doakan kecelakaan untuk orang lain. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

        Jangan mengejek atau memperkecilkan orang lain. Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita. Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.

    Senarai soalan & jawapan:

    S: Bagaimana pula jika kita perlu berdebat untuk mempertahankaan diri kita?

    J: Bertengkar yang dilarang ialah bertengkar yang melampaui batas. Jika bertengkar dengan tujuan mempertahankan diri, itu dibolehkan. Tetapi harus ada hadnya, jangan sampai emosi menguasai diri kerana ianya boleh membuatkan kita lupa kebenaran. Berdebat dan berpidato perkara ilmiah seperti di sekolah atau universiti dibenarkan.

    S: Jika berkomunikasi dengan rakan dan saudara, kita mungkin tidak tahu yang kita menyakiti hati mereka. Apa yang perlu kita buat?

    J: Itulah sebabnya kita perlu berbicara bila perlu sahaja. Bila bercakap, pilih perkataan yang baik supaya jangan sampai ornag lain terasa hati. Kita boleh juga bertanya sahabat agar memberitahu jika kita menyakiti mereka. Sahabat yang baik ialah mereka yang benar dalam perkataan mereka. Jika kita salah, sahabat ini suka tegur. Sahabat yang baik bukanlah sahabat yang selalu setuju dengan kita dalam semua perkara. Kita perlu berusaha tegur sahabat kita yang melakukan kesalahan dengan cara yang baik. Orang yang ditegur pula jangan marah-marah. Ada satu perumpamaan orang-orang sufi – Seseorang yang menegur akan kebaibanmu, dan jika ternyata perkara yang ditegur itu benar, adalah seumpama seseorang yang memberitahu dalam jubahmu ada kala jengking. Kala jengking itu boleh menyepit dan meracuni kamu sehingga menyebabkan kematian. Jadi kita tidak sepatutnya marah pada orang yang memberitahu ada kala jengking pada kita, sebaliknya kita perlu berterima kasih pada mereka. Sebab itu ada kalanya mendengar apa yang musuh beritahu kita adalah lebih baik kerana mereka jujur menegur kesalahan kita, sedangkan kadang-kadang rakan rapat tidak berani menegur kesalahan kita.

    S: Bagaimana berdepan dengan manusia yang berlidah tajam? Apakah ayat atau doa mudah untuk menghadapi mereka?

    J: Surah yang boleh diamalkan ialah surah Al-Falaq kerana antara ayatnya termasuk memohon perlindungan daripada orang yang hasad. Untuk zikir, boleh amalkan ‘Ya Allah, Ya Latif’ 100 kali sehari. Jika ingin orang yang selalu mengumpat kita berasa segan dan menghormati kita, amalkan ‘Ya Allahu Ya ‘Aziz’ (maksudnya: Ya Allah Yang Perkasa) 41 kali setiap hari. Sekiranya diamalkan, orang akan nampak kita ada kewibawaan tersendiri.

    S: Bagaimana isteri ingin menjaga lidah kerana dikatakan ramai isteri masuk neraka kerana lidah. Bagaimana menghadapi orang yang kasar dan sukar luahkan kemaafan. Bila orang berkasar balik dengannya, dia tak boleh terima pula.

    J: Isteri dan suami perlu berkomunikasi dengan baik. Isteri perlu buat baik dulu dengan suami, barulah cakapnya mudah didengar. Jika ingin menegur, cari orang yang suami hormati, atau hadiahkan majalah dan seumpamanya. Jangan lawan kekerasan dengan kekerasan. Cuba nasihat dengan lembut dan doakan. Doa yang baik ialah doa Nabi Daud yang bermaksud “Ya Allah lembutkan hatinya (ketika sebut –nya, gambarkan siapa yang kita ingin dilembutkan hatinya), sepertimana Nabi Daud melembutkan besi.”

    S: Jiwa yang ikhlas dan hati yang jujur akan membuatkan kita tidak suka mengumpat. Bagaimana untuk menegur orang yang lebih tua daripada mengumpat, terumatanya jika dilakukan di dalam masjid?

    J: Hati yang bersih akan mengeluarkan perkara yang baik juga. Jika orang yang mengumpat itu orang yang lebih tua daripada kita, contohnya ibubapa, majikan kita, usahakan untuk cari orang yang dihormati oleh mereka untuk menegur. Yang kedua, mungkin kita boleh cari bahan bacaan berkaitan mengumpat dan hadiahkan kepada mereka. Cuba juga berjumpa dengan AJK masjid dan minta diberi tazkirah khusus membincangkan perkara-perkara yang perlu ditinggalkan di dalam masjid. Ada diriwayatkan dalam Ihya’ Ulumiddin, kisah dua orang wanita yang berpuasa tetapi tidak tahan dan meminta izin berbuka dengan Nabi SAW. Mereka menghantar wakil meminta izin daripada Nabi SAW dan Nabi SAW memberi 2 bekas kepada wakil itu dan minta kedua-dua wanita itu muntah di dalam bekas-bekas tersebut. Kedua-dua mereka muntah daging-daging yang berdarah dan bernanah sedangkan mereka sedang berpuasa. Orang ramai menjadi hairan. Lalu Nabi SAW menerangkan bahawa wanita tersebut menahan diri mereka daripada memakan makanan yang halal, namun telah mengumpat dan merosakkan pahala puasa mereka dengan umpatan tersebut. Semoga kita dapat mengambil pengajaran.

    S: Zaman sekarang orang beperang dengan lisan, tak perlu menggunakan bom, tambahan pula dengan adanya teknologi semakin mudah menyebarkan fitnah. Mengapa dunia semakin maju namun umat Islam semakin mundur?

    J: Memang benar, dan lidah sebenarnya lebih bahaya berbanding bom. Lidah juga lebih tajam daripada mata pedang kerana jika seseorang itu dibunuh, habis di situ sahaja. Namun fitnah yang dilemparkan, kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa keturunan. Oleh sebab itu, facebook, email dan sebagainya perlu digunakan untuk tujuan yang betul, bukan sebaliknya. Jika menerima berita yang diragui, jangan pula kita sebarkan. Orang yang menunjukkan ke arah kebaikan, akan mendapat pahala kebaikan yang dilakukan orang tersebut. Manakala orang yang menunjukkan kepada kejahatan, akan menerima dosa orang yang melakukan kejahatan itu juga. Semoga kita dijauhkan daripada jadi begini. Jagalah lisan agar tidak membawa pergaduhan, atau perselisihan faham. Semua orang termasuk pemimpin, guru, dan orang ramai perlu menjaga lisan masing-masing. Berbicara cuma perkara yang perlu saja, kerana lebih banyak kita berbicara, lebih banyak kemungkinan kita menokok-tambah cerita yang pada permulaannya benar. Sebab itu ada dikatakan “Siapa yang banyak cakap, akan banyaklah silapnya.” Bila dah banyak silap, banyaklah dosanya, dan dosa boleh bawa kita ke neraka.

    S: Walaupun lidah diam, anggota lain pula tidak dijaga, contohnya jari yang menaip fitnah, telinga yang mendengar gossip dan mata yang melihat perkara yang tidak sepatutnya, dan hati yang tiada rasa redha dan syukur. Mohon pandangan ustaz.

    J: Di dalam ilmu tasawwuf, kita disuruh menjaga diri daripada maksiat zahir yang tujuh iaitu maksiat yang dilakukan lidah, telinga, mata, tangan, perut, kemaluan dan kaki. Walaupun lidah diam, anggota lain perlu juga dijaga. Cuma yang ingin ditekankan hari ini bahawa lidah itu sangat berperanan, kerana tangan tidak akan menaip sekiranya dia tidak mendengar lidah orang lain mengata dahulu. Jadi apapun dimulai dengan lidah juga. Seperti yang dikatakan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, lidah ini merupakan anggota yang paling cepat membinasakan manusia, di dunia dan di akhirat. Oleh itu, jaga lidah dahulu, InsyaAllah anggota lain akan terpelihara.

    S: Ada tak keharusan untuk mengumpat?

    J: Imam Ghazali ada menyebut bahawa ada keharusan mengumpat dalam 5 hal:

        Isteri yang mengadu kepada kadi atau hakim perihal dia dan anak dizalimi suaminya.
        Bercerita tentang kezaliman orang yang sudah terkenal tentang kezalimannya agar masyarakat tahu dan dapat menghindarkan diri daripada memilihnya menjadi pemimpin sebagai contohnya.
        Gelaran yang diberi kepada seseorang untuk membezakan dia daripada orang lain yang sama nama. Contohnya, ada ramai Mat di sebuah kampung, dan salah seorang digelar Mat Bulat kerana berbadan besar.
        Seorang yang ingin mengambil seseorang sebagai menantu. Sekiranya ada orang mengetahui tentang keburukan orang itu perlu diberitahu kepada bakal mertuanya.
        Bercerita masalah pada kaunselor dibolehkan selagi tidak menokok-tambah cerita asal.

    S: Jika kita ada masalah berat tentang keluarga, dan merasa perlu untuk bercerita dengan seseorang untuk meringankan tekanan. Dalam bercerita pastinya akan dibuka keaiban ahli keluarga, adakah ini termasuk mengumpat?

    J: Jika ingin bercerita, pastikan orang itu benar-benar amanah, dan bukan sebarangan kaunselor. Seeloknya cari orang Islam yang tahu hukum-hakam agama supaya dia boleh memberi pandangan mengikut hukum agama, dan bukan mengikut perasaan atau sentimen-sentimen tertentu.

    S: Saya surirumah, dan minta tolong anak meringankan tugas harian seperti buang sampah. Anak tidak membantu dan saya cuba tegur anak, namun saya pula ditegur suami.

    J: Suami-suami di luar sana perlu sangat berterima-kasih kepada isteri yang banyak berjasa menjaga suami dan anak-anak. Hatta sehelai stokin yang kecil sekalipun suami tak mampu basuh sendiri. Contohilah suami terbaik, iaitu baginda Rasul SAW. Rasul SAW juga ada berkata ,”Yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik dalam keluarganya dan aku ini baik dalam keluargaku.” Kita boleh lihat dalam banyak sejarah kehidupan Nabi SAW yang direkodkan bahawa Nabi SAW membantu isteri-isterinya memerah susu, menjahit kasut dan sebagainya. Namun jika azan dilaungkan, Nabi SAW akan segera berhenti dan menuju masjid, dan seolah-olah Nabi SAW sudah tidak kenal keluarganya. Itu bermakna Nabi sangat menjaga hubungan dengan Allah, dan juga hubungan dengan manusia. Ada satu hadis yang nampak mudah di mata kita namun sangat besar pengajarannya. Aisyah r.a. apabila ditanya bagaimana akhlak Rasul SAW. Dijawabnya bahawa akhlak Nabi itulah Al-Quran. Nampak mudah, namun mari kira ambil rahsianya. Yang ditanya itu merupakan isteri Nabi SAW. Mari kita lihat contoh seseorang yang mungkin berjalan dalam keadaan tawadduk di luar rumah. Namun dirumahnya, mungkin sebenarnya dia adalah seorang yang suka berpakaian tak sopan di rumah, mungkin suka menyanyi dalam bilik air, mungkin dialah yang paling banyak tengok bola, mungkin dia garang dengan isteri dan anak-anaknya. Semua ini hanya diketahui oleh isterinya sahaja. Jadi apabila, Saidatina Aisyah mengatakan yang akhlak Nabi itu adalah Quran, itu menunjukkan keihklasan yang sangat tinggi dan kemuliaan akhlak Nabi SAW. Ini kerana kita semua mampu menjaga akhlak di luar rumah, namun kita belum tentu mampu menjaga akhlak di dalam rumah.

    S: Jika kita menceritakan keburukan seseorang tanpa menyebut namanya, dengan niat agar orang dapat mengambil pengajaran, adakah dikira sebagai mengumpat?
    J: Ada dua keadaan, pertama jika niat mengumpat, walaupun tak sebut nama, tetap dihukum seperti mengumpat. Kadang-kadang seseorang mengata seorang ulama yang lain, namun tidak menyebut namanya, tapi dengan niat menunjukkan yang dia lebih bagus, itu juga dikira sebagai mengumpat. Tetapi jika niatnya ikhlas untuk memberi pengajaran, InsyaAllah boleh dapat pahala.

    Kesimpulan:

    Kita banyak menceritakan kebinasaan hari ini, lalu apakah cara yang boleh menyelamatkan? Imam Ghazali menyatakan yang kita hendaklah:

        Ber’uzlah (bersendirian): Ini tidaklah bermakna kita perlu pergi ke gua untuk berseorangan. Sebenarnya boleh juga dilakukan di dalam rumah kita sendiri. Istilah lain yang turut digunakan ialah berkhalwat, tapi jangan disalah-faham dengan tangkap khalwat pula. Pada takrifannya, berkhalwat bermaksud kita duduk bersendirian sambil memuhasabah diri. Jadi, jika tiada keperluan berjumpa orang, lebih elok kita ber’uzlah di rumah saja.

        Lebih banyak diam. Diam itu adalah kepala kepada hikmah.

        Bercakap sekadar yang perlu sahaja. Jika tak perlu, jangan bercakap. Gantikan umpatan dengan zikir mengingati Tuhan. Imam Ghazali sempat khatam Quran sekali setiap hari, dan dua kali sehari di bulan Ramadhan. Imam Abdullah Al-Wali Al-Haddad, apabila berbicara, selang beberapa patah perkataan, akan diucapkan ‘La ila ha illallah’. Hari Jumaat beliau akan mengucapkan sebanyak 70 ribu kali ‘La ilah ha illallah’. Ini bermakna dia sangat sedikit berbicara, dan sangat banyak amalannya. Jadi mari kira bersama memperbanyakkan selawat terutamanya pada hari Jumaat yang mulia. Selawat boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan merupakan jalan paling cepat menghampirkan diri kepada Allah dan disayangi Rasulullah SAW.

Nukilan OnDaStreet: Serasanya, dahulu, kebanyakan yang disampaikan adalah dengan lidah. Dahulu, sesuatu yang disampaikan kebanyakannya melalui lidah. Bukanlah saya katakan kita dah kurang guna lidah, tetapi, “lidah alam maya” kini semakin kerap digunakan.

Ya, saya maksudkan dengan bicara kita dialam maya. Apa yang kita tulis melalui twitter dan facebook sebagai contoh adalah “lidah alam maya”, kerana bicara kita itu adalah secara langsung dan pantas. Jari jemari kita kini menjadi “lidah” menaip butir kata untuk interaksi dialam maya.

Berhati-hatilah sahabat-sahabatku. Ini satu peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang sudi.

Wallahualam… 🙂

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 12:00 PM | Show all posts
Tuntutan Menghubungkan Silaturrahim

Daripada ‘Abdullah bin 'Amru RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang itu digelar al-Wasil (penyambung silaturrahim) apabila dia bersifat al-Mukafi`i (orang yang menyambung silaturrahim jika saudaranya menyambungnya dan akan memutuskan apabila mereka memutuskannya), akan tetapi al-Wasil itu ialah seseorang yang apabila terputus silaturrahim, beliau segera menyambungkannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 5991, Abu Dawud, No: 1697, at-Tirmizi, No: 1908, Ahmad, No: 6496, lafaz hadith riwayat at-Tirmizi)



Matan Hadith:



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنَّ الْوَاصِلَ الَّذِي إِذَا انْقَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

]التخريج: سنن الترمذي , كتاب البر والصلة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم , باب ما جاء في صلة الرحم , عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه , وقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[


Pengajaran Hadith :

Islam agama yang mementingkan hubungan persaudaraan. Hubungan silaturrahim yang baik dan bersifat al-Wasil akan mengukuhkan lagi hubungan sesama Islam. Al-Wasil (penyambung silaturrahim) itu bukanlah orang yang mengharapkan balasan daripada saudaranya (jika saudaranya bersilaturrahim maka diapun akan membalas dengan bersilaturahim) tetapi al-Wasil ialah orang yang segera menyambung silaturrahim jika silaturahim dengan saudaranya terputus.

Antara silaturrahim yang disyariatkan adalah saling mengasihi, memuliakan, memberi maaf kepada orang yang berbuat zalim kepadanya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan sebagainya. Kesemua itu dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT jua bukan bertujuan untuk mendapatkan pujian serta habuan dunia.

Seseorang Muslim hendaklah terus menghubungkan silaturrahim terutama dengan kaum kerabat dan saudaranya yang lain meskipun mereka tidak menerima tindakannya itu dengan kebaikan. Islam mengajar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan terhadap seseorang Muslim tidak boleh dijadikan penyebab terputus silaturrahim dan kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:17 PM | Show all posts
Rasulullah SAW Pembawa Rahmat ke Seluruh Alam

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadith riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadith ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim.


Matan Hadith:



عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.

]التخريج: سنن الدارمي , المقدمة , باب كيف كان أول شأن النبي صلى الله عليه وسلم ، حديث رقم 15 ، عن أبي صالح رضي الله عنه[



Pengajaran Hadith :

Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anbiya', ayat 107. Alam bermaksud seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Dinamakan sebagai Alam kerana ia adalah alamat atau tanda kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.

Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.

Rahmat yang dibawa oleh Nabi SAW mengatasi segala pemikiran dan sempadan berpandukan wahyu dan hidayah Allah SWT, bukan mengikut hawa nafsu dan logik akal. Hanya dengan wahyu dan petunjuk Allah SWT sahajalah yang akan membawa manusia kepada jalan kebenaran dan kejayaan. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah beramal dengan sunnah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, para sahabat baginda dan para salafusoleh yang telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:59 PM | Show all posts
Bekalan kita ke akhirat

    myMetroaddin


Fadly Samsudin

DUNIA hanya tempat persinggahan buat manusia ‘mengutip’ seberapa banyak bekalan untuk dibawa menuju ke alam abadi iaitu akhirat.

Dunia ialah ‘mazratul akhirat’ iaitu jambatan menuju ke akhirat. Setiap amalan manusia di atas muka bumi ini akan menentukan untung nasib mereka di akhirat.

Imam Al-Ghazali ada berpesan: “Ketahuilah dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana.”

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia.

Ini termasuk menafkahkan harta di jalan Allah SWT, bersedekah, berinfak serta melaksanakan ibadat wajib.

Berbicara mengenai amalan bersedekah dan berinfak khususnya, ketika menghadapi sakaratul maut, manusia akan merayu kepada Allah SWT supaya ditangguhkan kematiannya semata-mata untuk berbuat demikian.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ‘Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh.’” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Apa yang pasti, segala harta dunia yang kita miliki ini belum tentu menjadi milik kita. Bagaimanapun, setiap sen atau harta diinfakkan itu pasti akan menjadi pelaburan di akhirat kelak.

Kita semua mengetahui kisah seorang lelaki kaya pada zaman Nabi Musa iaitu Qarun.

Di dalam al-Quran disebutkan mengenai kekayaan Qarun. Dia seorang yang berlagak di hadapan orang ramai.

Malah, ramai bercitacita ingin menjadi sepertinya dengan memiliki rumah serba mewah serta pakaian yang cantik.

Qarun seorang yang sangat bakhil serta derhaka terhadap perintah Allah SWT. Akibatnya, semua hartanya yang banyak itu tidak sedikit pun mendatangkan manfaat buat dirinya.

Sifat bakhil itu menyebabkan dia lupa kekayaan dimilikinya adalah kurniaan daripada Allah SWT. Akhirnya, Qarun diseksa dengan rumah serta hartanya dikuburkan sekali bersamanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami benamkan Qarun itu berserta rumahnya ke dalam tanah, maka tiada satu kaum yang dapat menolongnya selain daripada Allah, sedang ia tidak mendapat pertolongan apa-apa.” (Surah Al-Qashash ayat 81)

Apabila kita diuji hidup dalam kesusahan, itu sebenarnya adalah sebahagian ujian daripada Allah SWT untuk menilai tahap kesabaran serta reda pada diri kita.

Sekiranya ditakdirkan kita menjadi kaya raya, itu juga salah satu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur atau kufur atas nikmat itu.

Allah SWT memerintahkan hamba-Nya melakukan sesuatu walaupun dilihat begitu sukar dilakukan pada awalnya namun pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Bayangannya begini, manusia pasti tidak akan melepaskan peluang walaupun satu saat untuk melakukan amalan soleh sekiranya ‘akaun’ pahalanya dapat diakses serta diketahui kedudukannya.

Seperti kita boleh menyemak jumlah wang terkumpul di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang itu hanya boleh dinikmati selepas seseorang itu bersara kelak.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155 hingga 157 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami uji manusia itu dengan bermacam-macam ujian, adakalanya dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian dan kekurangan buahbuahan, berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar atas cubaan itu. Iaitu orang-orang yang ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan akan kembali kepada-Nya, untuk mereka rahmat daripada Tuhannya serta anugerah dan mereka itu mendapat petunjuk.’”

Kehidupan dunia dan akhirat perlu ada keseimbangan, namun Islam meletakkan kehidupan di akhirat yang lebih utama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berbuat bencana.” (Surah Al-Qashash,ayat 77)

Penulis wartawan Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 09:57 AM | Show all posts
Jauhi Tiyarah (Firasat Buruk)

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepada-Nya." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)



Matan Hadith:



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الطِّيَرَةُ مِنْ الشِّرْكِ وَمَا مِنَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ

]التخريج: سنن الترمذي ,كتاب السير عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في الطيرة , رقم حديث 1614 , وقَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَحَابِسٍ التَّمِيمِيِّ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَسَعْدٍ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[



Pengajaran Hadith :

1) Menurut ahli bahasa, perkataan "tatayyur” atau “tiyarah" diambil daripada kebiasaan orang jahiliyah apabila ingin melakukan sesuatu akan mengherdik burung dan melihat sama ada ianya terbang ke arah kanan atau kiri. Jika ia terbang ke arah kanan bererti petanda kebaikan, namun jika ke arah kiri bererti petanda kesialan.

2) Walau bagaimanapun, ada pendapat yang membezakan makna di antara "tatayyur" dan "tiyarah". Tatayyur adalah bersangka buruk yang muncul dalam hati, manakala tiyarah pula adalah tindakan yang diambil berdasarkan sangkaan tersebut. Kebiasaannya ia akan menyebabkan seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu kerana merasa gusar dan takut kepada tiyarah (firasat buruk).

3) Tiyarah akan berlaku disebabkan oleh bisikan dan godaan syaitan. Ia termasuk perbuatan syirik yang menafikan kesempurnaan aqidah. Rasulullah SAW mengingatkan umat baginda bahawa Allah SWT tidak memberikan sesuatu petanda atas tiyarah (firasat buruk) atau menjadikannya penyebab perasaan takut dan khuatir untuk melakukan sesuatu. Pesanan Baginda SAW agar memohon petunjuk dengan melakukan solat sunat hajat dalam setiap perkara dan bertawakal kepada Allah SWT akan menyebabkan hati menjadi tenang serta jiwa menjadi tenteram.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 09:58 AM | Show all posts
Musibah Penghapus Dosa

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)


Matan Hadith:



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

]التخريج : صحيح البخاري , كتاب المرضى , باب ما جاء في كفارة المرض , حديث رقم 5641 , عن أبي سعيد الخدري وعن أبي هريرة رضي الله عنهم[

Pengajaran Hadith :

1) Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah SWT akan sentiasa bersama-sama hamba-Nya ketika dalam ketaatan, manakala keampunan Allah SWT pula akan sentiasa bersama-sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.

2) Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.

3) Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
TZKRH

IBADAH

Seandainya Anda Tahu, Pasti Anda Berlumba Merebutnya

OLEH ABDULLAH BUKHARI    24 JUN 2019    2 MIN BACA

Manusia selalu mahu mendapat tempat tertinggi atau paling awal apabila menyentuh aspek duniawi, sehingga ada yang sanggup melanggar batas agama dan kemanusiaan kerana keghairahan mendapat gelaran ‘paling itu dan paling ini.’

Malangnya apabila menyentuh aspek ukhrawi atau rohani manusia berasa cukup dengan kadar minima. Perhatikan dialog ini:

“Mengapa tidak baca al-Quran sampai khatam? Kenapa dari muda sampai ke tua asyik baca Yasin sahaja sehingga surah lain pun masih merangkak-rangkak?”

Ini jawapannya:

“Oklah tu, daripada tak baca langsung al-Quran, sekurang-kurangnya saya baca juga Yasin. Yasin pun satu surah dalam al-Quran.”

Dialog bagi merebut kelebihan solat berjemaah;

“Mengapa tak datang solat berjemaah di surau masjid? Pahalanya sangat besar dan ia antara sunnah utama Rasulullah S.A.W.”

Ini jawapannya:

“Oklah tu, walaupun saya tak datang solat berjemaah di Surau Masjid, saya masih solat di rumah. KIra saya masih baik berbanding orang yang langsung tak solat.”

Fadhilat saf pertama;

“Dah sampai surau masjid, kejarlah saf pertama! Besar pahalanya solat saf pertama.”

Ini jawapannya:

“Oklah tu, walaupun saya selalu berlengah untuk melangkah masuk saf hadapan, saya masih lagi solat berjemaah di surau masjid. Saya jauh lebih baik daripada orang yang langsung tak datang surau masjid.”

Perhatikan sabda Rasulullah S.A.W ini, agar ia mampu mencelikkan mata hati kita semua:

                                          
Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W pernah bersabda “Jika manusia tahu (kelebihan, kebaikan, keberkatan dan besarnya ganjaran yang terdapat) pada (laungan) Azan dan saf pertama, kemudian giliran melaungkan azan atau ruang pada saf pertama itu tidak banyak melainkan dengan cara membuat giliran, sudah pasti mereka akan melakukan undian (untuk jadi pelaung azan dan berpeluang solat pada saf pertama). Jika manusia tahu (kelebihan, kebaikan, keberkatan dan besarnya ganjaran yang terdapat) pada amalan datang awal ke solat jemaah, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba kepadanya. Jika manusia tahu (kelebihan, kebaikan, keberkatan dan besarnya ganjaran yang terdapat) pada solat Isyak dan Subuh, sudah pasti mereka akan datang (ke masjid) untuk mendirikan kedua solat itu walaupun terpaksa merangkak
Sahih al-Bukhari


Secara umumnya, hadith ini menggalakkan kita agar melaungkan azan, solat pada saf pertama, solat di awal waktu dan solat Isyak serta Subuh berjemaah.

Ayuh! kita ubah mentaliti kita daripada hanya mengutamakan soal duniawi kepada mengutamakan soal rohani dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 06:55 PM | Show all posts
*🏵"TERJAWAB SUDAH MENGAPA RASULULLAH MELARANG KAUM LELAKI MEMAKAI EMAS...."🏵*

Tentu kita pernah mendengar kalau dlm Islam melarang kaum lelaki memakai emas dan benda lain yg bercampur dgn emas yg kadarnya kalau kita bawa ke tukang emas dia akan dapat memisahkan antara emas dan campuran logam lainnya, juga umpamanya campuran emas dgn tembaga..maka hukum nya tetap juga haram..

Mungkin diantara kita tertanya-tanya kenapa Islam melarang pemakaian emas kpd kaum lelaki,  padahal ianya bukan barangan yg haram.

Kalau haram tentu wanita juga dilarang memakai emas.

Ternyata bukan karana takut kaum wanita disaingi tapi karana ada alasan lain yang baru ditemui yg dibuktikan pada abad ke 20 ini.

*Berikut Hadisnya :*

Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas [Al-Bukhari dan Muslim] masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas ditangannya, maka beliau memintanya supaya membuka cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim.

Ternyata diabad ke 20, para ahli fizik telah menyelidiki hal ini dan kemudian menyimpulkan bahwa atom pada emas mampu _"menembus"_ ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia, dan jika kaum lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka,  didapati penemuan didalam darah dan urine akan mengandungi atom emas dalam kadar yang melebihi batas *(dikenal dengan istilah migrasi emas)*.

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit *Alzheimer*.

Sebab jika tidak di buang maka dalam jangka waktu yang lama atom emas dalam darah ini akan sampai ke otak dan menyebabkan penyakit *Alzheimer*.

*_Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti kanak2_*

*Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.*

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

*_"Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut ke luar dari tubuh wanita melalui menstruasi."_*

*Itulah sebabnya Islam mengharamkan kaum lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.*

Inilah alasan agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam 1400 tahun silam.
Padahal baginda tidak pernah belajar ilmu fizik.

Allahu Akbar.
*SUBHAANALLAH...*

Semoga dengan maklumat ini kita khususnya sebagai seorang Muslim/mah dapat mengambil hikmah dari larangan ini dan diteguhkan iman kita agar tetap taat menjalankan Perintah Allah dan menjauhi laranganNya melalui Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah S.A.W.

*CATATAN :*
Untuk wanita yang *_sudah manopause_* sebaiknya ketika tidur malam perhiasan emas jangan dipakai.

*Semoga Bermanfaat*
Waallahu'allam bisaawab...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
BESEDERHANA DALAM MENYAYANGI DAN MEMBENCI..

Berkata Ali bin Abi Thalib -    - kepada Ibnul Kawwa:

"Tahukah engkau apa yang telah dikatakan orang-orang terdahulu?

Sayangilah orang yang engkau cintai sesederhana mungkin, boleh jadi dia akan menjadi orang yang paling engkau musuhi suatu hari nanti.

Dan bencilah orang yang engkau musuhi sesederhana yang mungkin, boleh jadi dia akan menjadi orang yang paling engkau sayangi suatu hari nanti."

Sumber:
Shahih Al-Adab Al-Mufrad (992).

Teks Arab:

      :
"   
                ".
[  :]

t.me/butiranfaedah/1948
Artikel: t.me/butiranfaedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2019 09:07 AM | Show all posts
Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan
Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)

Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."



Matan Hadith:

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

]التخريج: صحيح مسلم ,كتاب الْقَدَرِ , بَابُ تَصْرِيفِ اللَّهِ تَعَالَى الْقُلُوبَ كَيْفَ شَاءَ , حديث رقم 2654, عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما[

وَفِي رِوَايَةِ التِرْمِذِي: كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ: يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

وَفِي رِوَايَةِ إِبْنِ مَاجَه : وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ



Pengajaran Hadith :

1) Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.


2) Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).


3) Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya. Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 09:08 AM | Show all posts
Hukum Melakukan Amalan yang Tidak Dilakukan oleh Rasulullah SAW
Daripada Anas RA, beliau berkata: “Tidak ada orang yang lebih dicintai oleh para sahabat selain daripada Rasulullah SAW. Jika mereka melihat baginda (datang), mereka tidak akan bangun kerana mereka tahu bahawa baginda membenci perbuatan tersebut.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No.2754 dan Ahmad, No. 11895, 13132, berkata at-Tirmizi: “Hadith ini hasan sahih gharib.”)
Matan Hadith:
عَنْ أَنَسٍ قَالَ: لَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَكَانُوا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ .قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
]التخريج: سنن الترمذي , كتاب الأدب , باب ما جاء في كراهية قيام الرجل للرجل , حديث رقم 2754 , عن أنس بن مالك رضي الله عنه.[

Pengajaran Hadith :

  • Para sahabat RA adalah ikutan terbaik dalam mencintai dan menyanjungi Nabi SAW. Mereka merupakan teladan yang terbaik dalam mengenal dan beramal dengan sunnah baginda SAW. Para sahabat RA akan mempraktikkan semua amalan yang disukai oleh Nabi SAW dan meninggalkan semua amalan yang dibenci oleh baginda SAW walaupun amalan tersebut bercanggah dengan kesukaan atau kebencian mereka.
  • Sebagai seorang pemimpin, Nabi SAW telah menunjukkan suri teladan yang terbaik. Contohnya, para sahabat RA meninggalkan perbuatan berdiri untuk menghormati baginda SAW kerana mereka mengetahui bahawa baginda SAW membenci perbuatan tersebut. Jika baginda tidak membenci perbuatan tersebut pasti mereka akan berdiri untuk baginda. Perlu difahami bahawa baginda SAW membenci perbuatan tersebut kerana sifat tawadhu‘ baginda, bukan kerana perbuatan tersebut haram. Menurut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya 'Syarah Sahih Muslim' (6/313): “Dianjurkan memuliakan seseorang yang memiliki kelebihan dan menyambut mereka dengan cara berdiri ketika mereka tiba. Inilah yang dijadikan hujah oleh jumhur ulama untuk menyatakan sunat berdiri bagi memuliakan seseorang. Al-Qadhi berkata: “Ia bukanlah termasuk dalam kategori berdiri yang ditegah, tetapi tegahan adalah ditujukan kepada mereka yang mengarahkan orang lain berdiri untuknya sedangkan dia dalam keadaan duduk dan keadaan berdiri itu sepanjang masa dia duduk." Saya (An Nawawi) berpendapat, bangun berdiri untuk menyambut kedatangan seorang yang memiliki kelebihan adalah mustahab (sunat). Bahkan anjuran tersebut turut dinyatakan dalam beberapa hadith, manakala larangan mengenainya tidak dinyatakan dengan jelas."
  • Justeru, kita tidak boleh memahami maksud hadith daripada zahirnya sahaja atau hanya daripada satu hadith untuk beramal atau meninggalkan sesuatu perkara bahkan setiap Muslim hendaklah meneladani serta menerima tunjuk ajar para ulama yang muktabar kerana mereka lebih banyak memahami hadith sama ada ianya sunnah ataupun tidak, dan apakah hukum disebaliknya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 08:24 AM | Show all posts
Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi Keluarga

Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)

Matan Hadith:



عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى أَصْحَابِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ.

]التخريج: صحيح مسلم، كتاب الزكاة ، باب فضل النفقة على العيال والمملوك وإثم من ضيعهم أو حبس نفقتهم عنهم ،حديث رقم ٩٩٤، عن ثوبان رضي الله عنه[


Pengajaran Hadith :

1) Nafkah menurut istilah adalah perbelanjaan atau sara hidup yang dikeluarkan oleh seseorang kepada mereka yang di bawah tanggungjawabnya, bertujuan untuk membiayai kelengkapan dan hajat yang menjadi keperluan asas kehidupan seperti pendidikan, makanan, ibadah, tempat tinggal, ubat-ubatan, penjagaan anak-anak dan sebagainya.

2) Tanggungjawab memberi nafkah terletak ke atas ketua keluarga iaitu suami atau bapa. Antara kewajipan pemberian nafkah adalah menjaga kebajikan isteri dan anak walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri. Bahkan jika berlaku perceraian, suami masih wajib memberi nafkah sepanjang isteri berada dalam iddah dan nafkah menguruskan anak.

3) Seseorang Muslim mendapat pahala yang lebih besar apabila memberi nafkah kepada ahli keluarganya berbanding dengan membelanjakan hartanya kepada orang lain. Justeru itu, setiap suami atau bapa hendaklah memberikan komitmen dan bijak melaksanakan tanggungjawabnya kerana nafkah tidak bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Keutamaan nafkah adalah untuk memastikan kebajikan dan keselesaan setiap ahli keluarga bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau. Allah SWT tidak pernah menyulitkan hamba-Nya bahkan sentiasa memberi kemudahan buatnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 06:52 PM | Show all posts


بسم اللهالرحمن الرحيم.

اللهم صل وسلم علئ سيدنا محمد
اللهم صل وسلم وبارك عليه.

SEMAKIN BERTAMBAH USIA.

  Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam.. karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.  

*(Qs.Hud : 15-16)*

    Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... Karena Allah sedang menCerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat.

*(Qs.Al Isra:72)*




   Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita.... karena Allah sedang mengajarkan bahwa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah meNgecewakan.

*(Qs.Al Lukman : 22)*

   Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-gigi kita....karena Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam Tanah selamanya.

*(Qs.Ali Imran : 145)*  

  Semakin bertambah usia semakin ditarik Nikmat kekuatan Tulang & Sendi kita.... karena Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi Nyawanya akan di ambil...

*(Qs.An Nisa : 78)*




  Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita.... karena Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih.

*(Qs.Ali Imran : 185)*

   Begitu juga Hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian... karena Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia...

*(Qs.Al-An'am : 32)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.109998 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list