CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: himun_hino

[Idea] Tazkirah kompak

  [Copy link]
Post time 13-12-2018 01:36 PM | Show all posts
BILA DISEBUT BAKHIL?

Al-Hasan al-Basri rahimahullah bertanya tentang bakhil? Beliau menjawab:-

"Iaitu seseorang memandang apa yang diinfakkannya itu musnah, dan apa yang dia menahan dari untuk menginfakkannya sebagai kemuliaan (satu keuntungan).

Rujukan:- Al-Adab As Syar'iyah, Ibnu Muflih:3/299
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 03:26 PM | Show all posts
SOLAT 2 RAKAAT KETIKA PERTIKAIAN DENGAN SAUDARANYA MUSLIM (SUNNAH YANG DITINGGALKAN)


Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:-

"Penebus setiap pertikaian adalah solat 2 rakaat."

(Lihat As-Shahihah no. 1789)

-Pertikaian yang dimaksudkan adalah perdebatan/pertengkaran antara seseorang dengan saudaranya atau temannya. Diharapkan dengan solat tersebut kesalahannya akan diampuni, emosinya terkawal & tidak  terjadi permusuhan di antara keduanya."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 08:34 AM | Show all posts

TIDAK MEMAHAMI MAKSUD AL QURAN PENYEBAB UMMAT SALING BERSELISIH..

Ibn Abbas radhiallahu 'anhu adalah Sahabat Nabi yang paling faqih dalam menafsir Al Quran.
Suatu hari Khalifah Umar al- Khatab bertanya kepadanya:
“Mengapa umat ini saling berselisih, padahal Nabi mereka satu.
Kiblat mereka juga satu dan Kitab suci mereka juga satu?”.

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu lalu menjawab:
“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Al-Qur’an itu diturunkan kepada kita.
Kita membacanya dan mengetahui maksudnya.

Kemudian datang suatu kaum yang membaca Al-Qur’an,
namun mereka tidak memahami maksudnya.

Maka setiap kaum bepegang kepada pendapat masing-masing.
Maka disebabkan itu mereka saling berselisih.
Dan jika telah saling berselisih, mereka akan saling menumpahkan darah."


Sumber:
Kitab Al I’tisham, Imam Asy-Syathibi, (II/691)
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 08:35 AM | Show all posts
DISAYANGI ISTERI ITU ADALAH SUATU NIKMAT

Syaikh Muhammad bin Soleh Utsaimin rahimahullah berkata:

"Menurutku, sungguh termasuk Nikmat kurniaan Allah kepada seorang Suami adalah
apabila Allah jadikan isterinya menyayanginya."


Sumber:
Silsilah al-Liqà' asy-Syahri 31

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 05:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:15 PM | Show all posts
Berikut perbuatan dosa yang Allah segerakan balasannya;

1. Durhaka Kepada Orang Tua

Allah SWT telah memberikan hak atas kedua orang tua kita untuk dihormati setelah kita menyembah kepada-Nya. Kemurkaan Allah juga bergantung pada murkanya orang tua.

Rasulullah SAW bersabda;

"Ada dua pintu (amalan) yang disegerakan balasannya di dunia yaitu kedzaliman dan durhaka (pada orang tua)". (HR Hakim)

Balasan atas dosa kita kepada kedua orang tua akan semakin disegerakan manakala orang tua yang didzalimi mengadu kepada Allah SWT. Doa yang mustajab tersebut akan menembus langit dan akan diamini oleh semua malaikat sehingga Allah pun mengabulkannya.

Rasulullah SAW bersabda;

"Tiga doa yang tidak tertolak : doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang terdzalimi".(HR Baihaqi)



2. Berzina

Perbuatan selanjutnya yang dirasakan langsung balasannya di dunia adalah berzina. Berzina dikategorikan dalam dosa besar yang mana Allah SWT sangat membenci perbuatan ini.

Allah SWT akan melaknat setiap langkah pelaku zina yang dengan sengaja melakukannya. Allah SWT akan pula menutup setiap pintu rezeki bagi mereka yang terus melakukan zina dan tidak bertaubat.

Dampak buruk dari zina selain gajaran dosa besar adalah terjangkit penyakit AIDS. Inilah balasan bagi orang yang melakukan perzinahan. Untuk itu jangan sekali-kali mendekati perbuatan zina, terlebih lagi melakukan zina jika tak ingin laknat Allah menimpa diri kita.



3. Berlaku Curang Dalam Berdagang

Dalam perniagaan terdapat dosa yang langsung dibalas saat masih di dunia yaitu curang dalam timbangan. Kecurangan yang umum dilakukan adalah dengan mengurangi takaran timbangan.

Perbuatan ini akan langsung disegerakan balasannya di dunia. Balasan yang akan diterima adalah musim paceklik yang berkepanjangan, ketidakbahagiaan hidup dan juga didzalimi oleh sesama pedagang.

Rasulullah SAW bersabda;

"Barangsiapa menjadikan akhir zaman sebagai orientasi hidupnya, maka Allah akan jadikan kekayaan dalam hatinya, Allah himpun kekuatannya dan dunia akan menghampirinya meski ia tidak menginginkannya. Dan sebaliknya barang siapa menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah jadikan kefakiran ada di depan matanya, Allah cerai beraikan urusannya dan dunia tidak menghampirinya kecuali apa yang sudah Allah takdirkan untuknya." (HR Tirmidzi)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya

Abdul Malik Abdul Malik
1 year ago

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.

Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.

Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 C Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. Hadis Riwayat Ahmad
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

#2 C Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Hadis Riwayat Muslim
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

#3 C Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek astaghfirullah hal adzim, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

#4 C Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. Hadis Riwayat Bukhari
#5 C Lafaz Tasbih

Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. Hadis Riwayat Muslim
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

#6 C Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Wahai Abdullah bin Qois, katakanlah laa hawla wa laa quwwata illa billah, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. Hadis Riwayat Bukhari
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

#7 C Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.Hadis Riwayat al-Thabarani
#8 C Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Hadis Riwayat Muslim
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!

Kesimpulan

Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.

Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2019 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
MEMBERSIHKAN DIRI DARI DOSA ITU TERSANGAT MUDAH

Syeikh Muhammad Soleh Utsaimin rahimahullah berkata:

"Hendaknya seseorang menjaga pakaiannya
yang satu ini (iaitu pakaian ketakwaan) agar dia
senantiasa bertakwa kepada Allah Azza Wa Jalla.

Dan hendaknya seseorang selalu memikirkan
keburukan dosa yang ada pada dirinya sendiri.

Membersihkan diri dari keburukan dosa dan
kemaksiatan itu LEBIH MUDAH daripada
membersihkan pakaian daripada kotoran.


Menghilangkan kotoran pada pakaian perlukan
tenaga, wang ringgit, air dan bahan pembersih.

Sedangkan menghilangkan dosa  maksiat itu
SANGAT MUDAH SEKALI.

Firman Allah SWT:

{                   }[ 135]
"Dan (juga) orang-orang yang apabila
mengerjakan perbuatan keji (dosa) atau
menganiaya diri sendiri, lalu mereka ingat akan
Allah,  memohon ampun terhadap dosa-dosa
mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni
dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengetahui)" Q.S Ali Imran 135.

Istighfar dan taubat menghapuskan semua dosa
dosa yang lalu."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 40, 50, 60 tahun, maka nasihat Fudhail kepadanya : *"Berarti  kamu sekarang  berjalan menuju Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!"*

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 40,50,60 tahun:

*JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat*

*JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS,  BERSOLEK, dan BERPAKAIAN*

*JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yg kurang diperlukan utk mendukung amal shalih*

*JANGAN  BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kpd kita*

*JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yg dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat*

*JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dgn rasa sabar dan bersyukur*

*PERBANYAK doa mengharap keredha-an Allah agar khusnul Khatimah (mati dlm kesudahan yg baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yg tak baik)*

*TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya*

*Siapkan/tuliskan  WASIAT yg berguna utk kaum kerabatmu*

*Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang renggang sebelumnya*

*MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi*

*TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati*

*MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu*

*Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain*

*Berhentilah dari semua MAKSIAT!!!*

*MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu*

*TANGAN, berhentilah dari meraih yg bukan hak mu*

*MULUT, berhentilah makan yg tidak baik dan yg tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat*

*Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yg terjadi dan menimpa*

*Penuhi terus hati dan lisan kita dgn istighfar & taubat utk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2019 06:46 PM | Show all posts
Fwd-


When should you be on a social media detox?

You should get off social media when…

You find yourself being anxious looking at other people’s posts

You’re overthinking

You’re overcritical with yourself

Looking at other people’s posts make you dissatisfied with your life

You’re always procrastinating

Your concentration is affected

Your free time is being taken up by social media

You’re not living in the moment

You don’t know how to appreciate life without having to capture it on your smartphone

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
@kakburn sini kak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 19-1-2019 12:07 AM
@kakburn sini kak.

Thank you very much nancy
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yūnus:5 - Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 19-1-2019 02:57 PM
Yūnus:5 - Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, d ...

terima kasih juga kak burn.saya harap akak ok2 selalu dan dalam lindunganNya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts

Bila engkau ingin berdoa, sementara waktu yang engkau miliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi oleh begitu banyak keinginan, maka, jadikan seluruh isi doa mu

            ISTIGHFAR

agar Allah memaafkanmu
Karena bila Dia memaafkanmu, maka semua keperluanmu akan dipenuhi-Nya tanpa engkau memintanya

                                  -  Ibnul Qayyim Al-Jauziah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 09:48 AM | Show all posts
Empat Sifat Yang Diharamkan Api Neraka

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:
( ألا أخبركم بمن تحرم عليه النار؟ تحرم على كل قريب هين لين سهل)

Terjemahan Hadis:

“Tidakkah aku beritahukan akan orang yang diharamkan api neraka ke atasnya? Diharamkan neraka untuk orang yang dekat (disenangi orang lain), merendah diri, lembut (budi pekerti) dan mudah (berurusan).”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

Beberapa pengajaran penting:

Hadis tersebut menjelaskan berkenaan dengan empat sifat yang dapat menyelamatkan diri seseorang itu dari azab Allah SWT iaitu merendah diri, hati yang lembut, disenangi orang dan memudahkan urusan orang lain. Kesemua sifat tersebut tidak akan wujud di dalam diri seseorang jika dia tidak memiliki hati yang bersih kerana hati yang bersih itu akan melahirkan sifat-sifat yang baik dan terpuji.

Untuk mendapatkan sifat-sifat tersebut , kita perlu berusaha untuk menanamkan sifat tawadhu’ di dalam diri kita sepertimana sikap yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan seorang Badwi yang amat kasar dengan menarik jubah Baginda dengan kuat, namun Baginda tidak marah, malah membalas kekasaran tersebut dengan kelembutan.

Orang-orang yang memiliki sifat-sifat ini akan dicintai Allah SWT kerana Allah SWT amat mencintai orang-orang yang lemah lembut di dalam setiap tutur katanya, mahupun perbuatannya. Sifat-sifat yang baik ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Baginda yang menyatakan dengan maksud “Sesungguhnya Allah itu adalah Maha Lembut dan Menyukai kelembutan (budi pekerti) dalam segala sesuatu” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Semoga kita berusaha memperoleh kekuatan untuk menerapkan keempat-empat sifat ini iaitu bersikap ramah dan disenangi orang lain, merendah diri, lembut budi pekerti dan mudah berurusan dalam pergaulan kita sesama manusia, insyaAllah.

Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
RENUNGAN BAGI KAUM WANITA, YANG INGIN MENJADI ISTERI SOLEHAH

Imam Adz-Dzahabi rahimahullahberkata:

"Wajib juga atas seorang isteri untuk senantiasa memiliki SIFAT MALU terhadap suaminya, Menundukkan pandangannya di hadapan suami,MENTAATI PERINTAH SUAMI, Diam ketika suami berbicara, menyambut suaminya pulang, Menjauhi hal hal yang boleh membuatkan suami marah, Berdiri menghantar suami ketika keluar, Menawarkan dirinya kepada sang suami saat tidur, Tidak berlaku khianat ketika suami tiada di sisi, Sering berwangian disamping suami, menjaga aroma mulut dengan bersiwak, Selalu berhias di hadapan suami, Tidak berghibah, Memuliakan keluarga dan kerabat sang suami, Melihat apa yang sedikit dari suami sebagai suatu yang banyak."

Kitab “al-Kaba’ir” , 1/66

Majmu’ah Manhajul Anbiya

http://www.manhajul-anbiya.net/renungan-bagi-kaum-wanita-yang-ingin-menjadi-isteri-shalihah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita redha, semua akan oke... ALLAH ADALAH SEBAIK2 PERANCANG..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 10:06 AM | Show all posts
Banyak TIDUR persamaannya adalah Pendek Umur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.259843 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list