CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 13

[Tempatan] Jawatan PM, MB, KM hanya dua penggal

[Copy link]
Post time 18-10-2018 11:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal adalah langkah segera kerajaan untuk mereformasi sistem politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu adalah sebagai menghormati mandat diberikan rakyat untuk Pakatan Harapan (PH) melakukan perubahan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal. Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk kita melakukan perubahan. Maka reformasi tadbir urus menjadi keutamaan.

“Kita telah memulakannya dengan menukar pemimpin institusi kritikal seperti institusi kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR),” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat, hari ini.

Reformasi yang digariskan beliau itu terkandung dalam Tonggak 1: Mereformasi Tadbir Urus Ke Arah Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmatan Awam yang diletakkan dalam Keutamaan Pertama: Menambah Baik Tadbir Urus pada Semua Peringkat.

Dr Mahathir turut berkata, langkah tegas dan berkesan akan dilaksana untuk mempertingkat mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat dengan sistem pentadbiran undang-undang akan dimantapkan dengan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya diurus dua individu berlainan.

Katanya, kuasa autonomi Parlimen akan dipertingkat dengan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, sistem jawatankuasa pemilih akan diwujudkan, jawatankuasa ini akan memperaku pelantikan jawatan utama di SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

“Hubungan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan semula semangat federalisme.

“Kerajaan negeri akan diperkasa melalui proses pengagihan kuasa Pusat bagi beberapa fungsi termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 11:48 PM | Show all posts
Edited by JohnnySins at 18-10-2018 11:49 PM
Dr Mahathir turut berkata, langkah tegas dan berkesan akan dilaksana untuk mempertingkat mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat dengan sistem pentadbiran undang-undang akan dimantapkan dengan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya diurus dua individu berlainan.

dua individu berlainan pun tetap bawah agc...wakakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 12:05 AM | Show all posts
itu pun sebelum kena penggal dgn rakyat pru15 nanti. nampak sekarang cam rakyat semua duk belakang najib.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm...oklahh...iols x suke MB baru nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 07:32 AM | Show all posts
akakmonaBN replied at 19-10-2018 12:05 AM
itu pun sebelum kena penggal dgn rakyat pru15 nanti. nampak sekarang cam rakyat semua duk belakang n ...

blh sampai ke 5 tahn.....

salah gaya sblm PRU15 dah kena singkir....
tgok skrg ni....demo sana...demo sini...
bila anwar naik, lagi byk demo....tetiap hari jemmm.....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2018 06:51 PM | Show all posts
Sarawak wants to study proposal to limit tenure of PM MBs and CMs to two terms, says Abang Johari
    Friday, 19 Oct 2018


KUCHING: Sarawak agrees in principle with the federal government's plan to limit the tenure of the Prime Minister, mentris besar and chief ministers to two terms.

However, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg said the state wanted to study the details of the proposal first before committing its support.

"We have to look at it but in principle, it's good," he told reporters after opening a new hotel here on Friday (Oct 19).

Abang Johari was asked to comment on Tun Dr Mahathir Mohamad's announcement on Thursday (Oct 18) that a two-term limit would be introduced as an immediate measure to reform the political system.

The Prime Minister also said constitutional amendments were needed for this to happen, adding that he was confident of getting a two-thirds majority in Parliament required to amend the Federal Constitution.

Abang Johari said the state constitution would also have to be amended in order to cap the chief minister's tenure at two terms.

"Sarawak is autonomous. We have to amend our own constitution," he said.

Asked if the state would do so should the Federal Constitution be amended, he said he would have to discuss it with the political parties in the ruling Gabungan Parti Sarawak (GPS) coalition and get their views first.

GPS comprises Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Sarawak United People's Party, Parti Rakyat Sarawak and Progressive Democratic Party, which all quit Barisan Nasional in June.

The coalition has 19 MPs.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakan tun nak jadi PM lebih dari sepenggal..  Sempatkah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak had 2 penggal jer. Tak ler monopoli jawatan KM sampai 33 tahun. Rekod tok uban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2018 07:56 PM | Show all posts
Perkhidmatan dua penggal: P. Pinang sedia jadi rujukan negeri lain
Oktober 19, 2018 16:23 MYT

GEORGE TOWN: Pulau Pinang menyambut baik keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadkan jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar selama dua penggal.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana negeri yang mahu mengambil langkah sama menghadkan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar, dan Pulau Pinang sendiri sedia menjadi rujukan.

Katanya, walaupun tempoh untuk meminda perlembangaan akan mengambil masa lama, namun beliau percaya perkara itu dapat dilaksanakan dengan baik.

"Kita buat secara berasingan sebab ini janji manifesto, jadi kita mengambil tindakan selepas kita dipilih semula. Lain-lain negeri boleh rujuk bagaimana kita buat pindaan pada perlembangaan.
"Kita merujuk pada Peguam Negara pada bulan Ogos dan beliau beri maklum balas dan ulasan," katanya.

Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang sendiri sudah membuat pindaan pada perlembagaan negeri dan kini menunggu masa untuk dibentangkan pada sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN), November ini.

Katanya, tempoh menghadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal di negeri itu adalah janji pertama di dalam Manifesto PH di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman pelaksanaan menghadkan perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pembentangan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) 2016-2020, pada Khamis.

Langkah itu adalah sebahagian daripada keutamaan dan pene kanan baharu dalam mereformasikan tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:09 PM | Show all posts
5 penggal mcm atok..   
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:29 PM | Show all posts
Had kan satu penggal terus lah senang. Nanti boleh tengok drama antara team mencaras sesama sendiri.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:48 PM | Show all posts
Jgn nanti tukar gomen tukar pulak lagi.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
akakmonaBN replied at 19-10-2018 12:05 AM
itu pun sebelum kena penggal dgn rakyat pru15 nanti. nampak sekarang cam rakyat semua duk belakang n ...

Sapa kat belakang najib? Lalat n langau? Semah debab pun taknak duk belakang jibun. Tongong kau
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 19-10-2018 07:11 PM
Adakan tun nak jadi PM lebih dari sepenggal..  Sempatkah

Dulu pun lobaicai tanya sempatkah Madey jadi PM? So now tanya pulak sempat lagi? Tongong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.276783 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list