"Aku tak kiralah yang bawa kereta tu mabuk ketum ke, keracunan flakka ke, sengaja ke tak sengaja ke tak perlu lari."
Pelakon Nazim Othman mengucapkan takziah terhadap ahli keluarga mangsa tragedi langgar lari di di hadapan Shaftsbury Square, Cyberjaya pada Rabu lalu.
Menerusi Instagramnya, Nazim turut meluahkan rasa marahnya terhadap suspek yang menyebabkan kematian Wan Amirah Wan Alias, 31.
Kredit foto: IG Nazim
Memetik laporan Harian Metro, Wan Amirah singgah ke Shaftsbury Square selepas pulang dari kerja berkemungkinan untuk membeli makan malam.
Mangsa berjalan menuju ke kereta sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu 'gila'.
Usaha mangsa cuba menyelamatkan diri gagal apabila dia dirempuh dan diseret hingga terperosok di bawah kereta berkenaan.
Kredit foto: FB
Laporan terbaru menunjukkan empat suspek membabitkan penuntut di universiti antarabangsa di Cyberjaya termasuk seorang warga tempatan direman empat hari bermula hari ini.
Mereka ialah lelaki Yemen berusia 22 tahun, dua lelaki Libya berusia 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berasal dari Sabah (32).
Salah seorang lelaki ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu ketika kejadian.
Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga arwah mendapat keadilan. - CARI |