CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 5

FAM, Pilih Pemain Pun Ikut Bulu Ke?

[Copy link]
Post time 19-10-2018 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Sebaik saja senarai nama pemain kebangsaan diumumkan pada 2 Oktober lalu, hati penulis tertanya. Di mana nama Safawi Rasid? Fadhli Shas? Hazwan Bakri? Corbin Ong? 4 pemain ini mempamerkan prestasi hebat sepanjang peringkat suku akhir Piala Malaysia bertemu Pahang. Mereka wajar disenaraikan oleh jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk pertemuan persahabatan menentang Sri Lanka (12 Oktober) dan Kyrgystan pada 16 Oktober.  


Bukan untuk mempertikai kewibawaan Tan Cheng Hoe dan pemain yang disenaraikan pada kali ini, tetapi peminat bolasepak tanahair pastinya menghidu 'sesuatu' yang tidak kena dengan pemilihan skuad kebangsaan apabila pemain yang mempamerkan prestasi cemerlang diperingkat kelab tidak dipanggil mewakili skuad kebangsaan.  


Peminat bolasepak tanah air pastinya sudah muak dengan sikap sesetengah kelab yang enggan melepaskan pemain ke skuad kebangsaan tidak kira peringkat belia mahupun senior. Pasti kita masih mengingati bagaimana Datuk Ong Kim Swee terpaksa berjuang ke kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun tanpa pemain dari JDT, Pahang dan Pulau Pinang. Alasan ketiga-tiga pasukan ini? Jadual padat dan tidak cukup pemain.


Foto Berita Harian


Menghairankan kerana ada kelab yang memiliki belasan bintang dalam skuad utama tapi masih memberikan alasan dangkal sebegitu. Malah, panggilan pulang 14 pemain JDT pada Mac 2018 sebelum perlawanan menentang Lubnan pada kelayakan Piala Asia membayangkan betapa mudah FAM diperkotak-katikkan sesetengah pasukan dalam Liga Malaysia.


Apakah saingan separuh akhir Piala Malaysia menjadi punca untuk Tan Cheng Hoe tidak menyenaraikan pemain pemain utama skuad penuh bintang itu ke  skuad kebangsaan? Jika begitu alasan Cheng Hoe, bagaimana pula dengan pemain-pemain dari  Perak dan Sabah? Adakah ada sesetengah pasukan dalam Liga Malaysia yang mempunyai kuasa yang sebegitu besar untuk memastikan pemain mereka tidak dipanggil semata-mata untuk memberi tumpuan kepada piala domestik?


Isu tangan ghaib dalam pemilihan pemain ini bukan perkara baru dalam FAM, malah seakan telah menjadi rahsia terbuka di kalangan peminat bolasepak tanahair. Tetapi mutakhir ini, isu ini kelihatan begitu jelas, dan lebih parah apabila ia jelas memihak ke sesuatu pasukan.


Foto: FAM




FAM seharusnya menjadi sebuah badan induk bola sepak yang berkecuali, adil dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa malahan dari golongan monarki sekalipun. Jika pemilihan pemain kebangsaan pun FAM tidak dapat bersikap berkecuali, mampukah FAM dipercayai oleh peminat bola sepak tanahair untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia?


Tragedi kegagalan skuad Harimau Malaya yang berakhir di peringkat kumpulan Piala AFF 2016 tidak seharusnya berulang, Cheng Hoe sewajarnya diberikan kebebasan untuk memilih pemain tidak kira dari mana-mana kelab sekalipun, untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan yang mampu memberikan saingan dan mencapai sasaran yang ditetapkan FAM. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu ke? Dalam sukan-sukan lain pun sama. Badminton, takraw, etc. Ada persatuan sekadar nak publisiti je, tak function pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Fam ni ada nama je tp function ntah apa2,makin jahanam lpas tmj take over n xde prubahan even dgan president baru.mimpi jelah nk masuk final aff suzuki cup 2018 ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
X heran pun..sejak Dulu mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:05 AM | Show all posts
pilih ker tak bulu, panjang pendek, mereka ttp kalah wlpon di bayar gaji tinggi menggunung
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 daaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052344 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list