Edited by Kentang.Goreng at 20-10-2018 07:23 AM
NORLIDA AKMAR IDROS 19 Oktober 2018 2:17 PM Nur Fatihah menujukkan sebutir peluru yang dipercayai dilepaskan dari senjata api jenis M16 yang terkena sipi dari kelopak mata hingga pangkal hidung yang dipercayai dilepaskan dari Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di Kampung Bukit Pinang. Foto oleh FARIZ RUSADIO
PENDANG - Seorang jururawat yang sedang berpantang selepas melahirkan anak ketiganya nyaris maut apabila terkena peluru sesat dipercayai dilepaskan dari Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di Kampung Bukit Pinang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Nur Fatihah Azaini, 29, cedera pada pangkal hidung hingga kelopak mata kiri akibat terkena peluru yang tembus menerusi bumbung zink rumah keluarganya di Kampung Bukit Jambul.
Mohd Edy Ahmad Termizi, 30, menunjukkan kecederaan pada hidung bahagian kiri isterinya, Nur Fatihah Azaini, 29, yang terkena peluru sesat hingga terkena sedikit pada mata kiri di rumah ibu mereka di Kampung Bukit Jambul. - Foto Zuliaty Zulkiffli
Rumah tersebut terletak kira-kira 500 meter dari kawasan lapang sasar berkenaan dan dipisahkan dengan sebuah bukit dikenali sebagai Bukit Pinang.
Menurut Nur Fatihah, kejadian berlaku ketika dia sedang berbaring dengan bayi perempuannya, Nurul Hana Aqilah Mohd. Edy yang baru berusia 15 hari sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah.
Bumbung rumah yang berlubang akibat tembakan yang tersasar ke rumah mangsa.
"Saya terkejut apabila berasa seperti satu objek yang berat menimpa atas muka dan saya terus bangun sebelum mendapati bahagian muka berlumuran darah," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di sini hari ini.
Katanya, dia terus mendapatkan bayi perempuannya dan mendapati tiada kecederaan sebelum menjerit meminta pertolongan ibunya, Doyah Saad, 50, yang berada berhampiran.
Kawasan Lapang Sasar IPD Pendang yang menjadi tempat sekumpulan pelajar kadet sekolah melakukan latihan pengendalian M16 di Kampung Bukit Pinang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah Nur Fatihah Azaini di Kampung Bukit Jambul. - Foto Zuliaty Zulkiffli
"Darah terlalu banyak dan ibu ambil ais untuk menghentikan pendarahan sebelum saya dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya.
Ujar Nur Fatihah lagi, doktor memberitahu peluru tidak menembusi bahagian hidungnya sebaliknya peluru itu terkena sipi dari kelopak mata hingga pangkal hidung sepanjang kira-kira empat sentimeter. - K! ONLINE
|