View: 2425|Reply: 26
|
[Dunia]
China cipta bulan tiruan, ganti lampu jalan
[Copy link]
|
|
PENGERUSI kontraktor ruang persendirian di Chengdu, China, baru-baru ini mendedahkan rancangan untuk melancarkan satu satelit 'bulan buatan' yang didakwa cerah seperti cahaya bulan dan mampu menggantikan lampu jalan tradisional.
Projek bercita-cita tinggi itu diumumkan pada acara inovasi dan keusahawanan nasional yang diadakan di Chengdu, sebuah bandar dengan 14 juta penduduk di Sichuan, wilayah barat China.
Pengerusi kontraktor ruang persendirian Aerospace Science and Technology Microelectronics System Research Institute Co (Casc) Chengdu itu mendedahkan rancangan untuk melancarkan satelit pencahayaan yang dipanggil 'bulan tiruan' itu dan mampu memancarkan cahaya dalam kawasan dengan diameter 10 hingga 80 kilometer.
Satelit inovatif itu yang 'direka sebagai pelengkap bulan pada waktu malam' telah menjalani proses pembangunan sejak bertahun-tahun tetapi dengan kemajuan teknologi yang pesat, ia dijangka siap pada tahun 2020.
Walaupun butiran tepat satelit itu belum lagi didedahkan, beberapa saluran media melaporkan bahawa ia akan mempunyai lapisan bersalut yang boleh memberi refleksi cahaya dari matahari dengan sayap seperti panel solar yang boleh disesuaikan supaya cahaya dapat difokuskan ke lokasi yang tepat.
"Kecerahan dan masa perkhidmatan satelit itu boleh diselaraskan dan ketepatan pencahayaan dapat dikendalikan jarak puluhan meter," kata Wu.
Tidak diketahui sama ada projek itu mendapat sokongan pemerintah China atau pihak berkuasa Chengdu, tetapi para pegawai dari bandar itu menyatakan bahawa mereka tertarik dengannya dan ia boleh mengurangkan kos lampu jalan dan meningkatkan kemasukan pelancongan tempatan.
Walaupun idea bulan tiruan itu nampak menarik, ia juga menimbulkan banyak persoalan orang ramai.
Pengguna di platform media sosial China, Weibo mempersoalkan sejauh mana cahaya buatan itu akan memberi kesan kepada corak tidur dan haiwan.
Pengarah Sekolah Aeroangkasa di Harbin Institute of Technology, Kang Weimin memberitahu CIFNews bahawa satelit itu hanya akan menghasilkan cahaya yang tidak akan menjejaskan kitaran kehidupan haiwan.
Keamatan cahaya yang dipancarkan oleh bulan tiruan ini juga adalah perkara yang tidak diketahui.
Walaupun People's Daily memetik Wu sebagai berkata bahawa cahaya itu cukup cerah untuk menggantikan lampu jalan, Agensi Berita Xinhua memetiknya sebagai berkata bahawa kecerahannya hanyalah lima kali berbanding lampu jalan konvensional.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berapa lama bulan tiruan bertahan? Bila dh tak berfungsi jadi puing2 bersepah di angkasa lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahh, menarik. Tak sabar nak tengok hasilnya |
|
|
|
|
|
|
|
Klau bulan betul2 penuh langit xde awan mmg terang kwsn yg gelap..so idea bulan buatan ni mmg blh pakai klau awan x lindung kwsn yg nak diterangi. Cuma ini akan jadi satu lagi sumber pencemaran cahaya je. |
|
|
|
|
|
|
|
tingin nak tengok bulan made in china |
|
|
|
|
|
|
|
utk menghasilkan cahaya spt bulan memerlukan saiz yang besar....satelit yg sgt2 sgt besar
saiz yg sgt besar tentu mendapat tentangan dari US yg bimbang satelit tu boleh menjadi pangkalan tentera China di angkasa - read trump Space Corps.
i pircaya ada motif ketenteraan disebalik ni..sama mcm kes kapal pengangkut pesawat dulu beli dari ukraine atas alasan untuk sektor pelancongan ujung2 jadi aset tentera
jangka hayat satelit bukan lama pun hanya utk pencahayaan dan pelancongan habiskan beratus juta? prfghhtttttt |
|
|
|
|
|
|
|
bukan boleh percaya cina ni, habis dia letak lampu disko kat satelit
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 20-10-2018 09:23 PM
bukan boleh percaya cina ni, habis dia letak lampu disko kat satelit
Pening kepala cahaya bulan macam ni. Tu belum lagi minum arak atau telan ketum |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 20-10-2018 08:42 PM
utk menghasilkan cahaya spt bulan memerlukan saiz yang besar....satelit yg sgt2 sgt besar
saiz yg s ...
Bulan jadi spy?
|
|
|
|
|
|
|
|
Keta bmw,ferrari tiruan pun ada.. telur,susu tiruan pun ada.. bulan pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
bukan spy lg...pangkalan terus spy spy skrg pakai drone jah
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu lampu jln la lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zjen at 20-10-2018 10:47 PM
penah baca bulan kang barangkali buatan manusia zaman dulu dulu, sbb planet bulan ada something yg beza berbanding planet lain, yg detail masih belum pasti, ada byk rahsia yg di simpan oleh amerika
kalu betul bulan ialah ciptaan manusia, bermaksud Quran, kitab yahudi dan kristian rata2 ckp bulan ciptaan elohim semua bullshit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zjen at 23-10-2018 02:19 PM
China barangkali dah dpt cari bahan cipta bulan, so deols nak buat yg second
cerita dongeng org cina ada sikit beza dgn dongeng bangsa lain, deols ada byk kisah ttg manusia terbang ke bulan dan tinggal kat sana, tulah pasal deols sambut perayaan kuih bulan ... tapi jalan citer dongeng dia iols dah x ingat, dulu penah baca |
|
|
|
|
|
|
|
zjen replied at 20-10-2018 10:45 PM
penah baca bulan kang barangkali buatan manusia zaman dulu dulu, sbb planet bulan ada something yg ...
Mengarut cerita kau ni sister.. Akak tersenyum sendirian |
|
|
|
|
|
|
|
Secanggih apa pun bulan buatan Cina itu pasti tak boleh dirujuk untuk menentukan 1 Ramadhan,1 Syawal dn 1Dzulhijjah bagi ummat Islam di Cina. |
|
|
|
|
|
|
|
zjen replied at 20-10-2018 10:45 PM
penah baca bulan kang barangkali buatan manusia zaman dulu dulu, sbb planet bulan ada something yg ...
Dulu2 pungguk rindukan bulan. Sekarang pungguk dah moden dan urban.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 20-10-2018 11:34 PM
Musti haiwan2 malam akan keliru bulan sentiasa menderang hari2 waktu malam yg kegelapan suda tiada lagi. Drakula vampire china hari2 cari makan, serigala jadian tak berubah menjadi manusia. Haiwan buas happy2. Kohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 20-10-2018 11:22 PM
Musti haiwan2 malam akan keliru bulan sentiasa menderang hari2 waktu malam yg kegelapan suda tiada l ...
dikhabarkan udang galah plg banyak dan senang tangkap waktu bulan mengambang. Mau pupus trus udang galah pasni klu projek ni jd... koh3 |
|
|
|
|
|
|
|
cahaya bulan akan terasa terang kalau ko kat kampung yang tiada electricity atau dalam hutan.
kalau ko kat bandar dengan semua rumah terang benderang, aku rasa cahaya bulan ni insignificant kot.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|