Edited by Sang_Pencinta at 22-10-2018 03:32 PM
Majlis makan malam anjuran majalah fesyen Elle, sempena sambutan tahunan Women In Hollywood ke 25 di Los Angeles pada minggu lalu menjadi heboh apabila Lady Gaga yang berucap selepas menerima salah satu anugerah mengumumkan pertunangannya dengan agen bakat Hollywood, Christian Carino, 47. Penyanyi tersebut dan kekasihnya Christian dikatakan telah lama menjalin hubungan tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan umum.
Kredit Foto: Hollywood Life
Dalam ucapannya Lady Gaga, 32 mengesahkan gosip yang telah bertiup kencang sejak awal tahun ini. Penyanyi itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sehingga berjaya.' Terima kasih kepada pengurus saya, Bobby Campbell dan semua yang duduk di meja nombor 5, termasuk tunang tersayang Christian' katanya. Lady Gaga juga berterima kasih kepada pengarah Ryan Murphy yang menjadi orang pertama menawarkan watak utama dalam filem kepadanya.
Kredit Foto: Cosmopolitan
Tahun lalu Lady Gaga meluahkan perasaan gembiranya ketika mengadakan sebuah persembahan di New York kerana katanya kehadiran Carino di belakang pentas adalah satu bentuk sokongan kepadanya. Susulan itu gossip mula bertebaran kencang apabila Lady Gaga mula memakai sebantuk cincin permata berwarna pink. Pakar barang kemas menganggar harganya sekitar USD 1 juta (RM4.16 juta). Ketika itu pasangan tersebut mengunci mulut dan tidak membuat sebarang pengesahan.
Kredit Foto: New York Daily News
Selain membuat kejutan pengesahan pertunangannya, Lady Gaga juga mengambil peluang bercakap mengenai beberapa isu yang dianggapnya penting dalam industri hiburan Hollywood seperti sexism di mana layanan buruk sering diterima pelakon wanita.
Merujuk keputusannya memakai suit pada malam itu Lady Gaga berkata ianya adalah simbolik kepada semua mangsa pelecehan sek.sual dalam industri hiburan. 'Sebagai wanita muda, kami sering dipaksa untuk menerima sahaja layanan buruk lelaki terutamanya yang berkuasa, hari ini saya memakai seluar panjang sebagai simbolik kuasa wanita untuk mengatakan tidak' katanya lagi.
Kredit Foto: US Weekly
Sebelum ini Lady Gaga pernah bertunangan dengan model dan pelakon Taylor Kinney, 37, tetapi putus pada tahun 2016 kerana dikatakan tidak sehaluan. Semoga pertunangan Gaga kali ini sampai ke jinjang pelamin. -CARI |