CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3169|Reply: 0

SEMINGGU MENJELANG FINAL PIALA MALAYSIA, JOM THROWBACK SIKIT.

[Copy link]
Post time 22-10-2018 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Miro_Amirul at 22-10-2018 11:25 PM

Seminggu sahaja lagi menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal menyaksikan pasukan Perak dan Terengganu akan berentap  di Stadium Shah Alam untuk merebut piala yang berusia hampir 98 tahun ini, namun berapa ramai di antara kita yang tahu sejarah awal terciptanya kejohanan piala berprestij yang menjadi rebutan ramai ini.


Seperti diketahui umum, Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak Malaysia, dan berikut merupakan sejarah ringkas terciptanya Piala yang menjadi rebutan seluruh pasukan di Malaysia.

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an bilamana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu, perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan di bahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.

KAPAL HMS MALAY


Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia.Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Hal ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.

Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini ialah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara. Manakala Pahang merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yang keempat bagi mereka.


Berikut Merupakan Senarai Pasukan Yang Pernah menjulang Piala Malaysia


Piala Malaysia
Tahun
Juara
Jaringan
Naib Juara
2017
Johor Darul Ta’zim
2 – 0
Kedah
2016
Kedah
1–1 (6-5 Penalti)
Selangor
2015
Selangor
2 – 0
Kedah
2014
Pahang
2 – 2 (5-3 Penalti)
Johor Darul Ta’zim
2013
Pahang
1 – 0
Kelantan
2012
Kelantan
3 – 2
ATM FA
2011
Negeri Sembilan
2 – 1
Terengganu
2010
Kelantan
2 – 1
Negeri Sembilan
2009
Negeri Sembilan
3 – 1
Kelantan
2008
Kedah
3 – 2
Selangor
2007
Kedah
3 – 0
Perak
2006
Perlis
2 – 1
Negeri Sembilan
2005
Selangor
3 – 0
Perlis
2004
Perlis
1 – 0
Kedah
2003
Selangor MPPJ
3 – 0
Sabah
2002
Selangor
1 – 0 (gol emas)
Sabah
2001
Terengganu
2 – 1
Perak
2000
Perak
2 – 0
Negeri Sembilan
1999
Brunei
2 – 1
Sarawak
1998
Perak
1 – 1 (5-3 Penalti)
Terengganu
1997
Selangor
1 – 0 (gol emas)
Pahang
1996
Selangor
0 – 0 (5-3 Penalti)
Sabah
1995
Selangor
1 – 0 (gol emas)
Pahang
1994
Singapura
4 – 0
Pahang
1993
Kedah
2 – 0
Singapura
1992
Pahang
1 – 0
Kedah
1991
Johor
3 – 1
Selangor
1990
Kedah
3 – 1
Singapura
1989
Kuala Lumpur
2 – 1
Kedah
1988
Kuala Lumpur
3 – 0
Kedah
1987
Kuala Lumpur
1 – 0
Kedah
1986
Selangor
6 – 1
Johor
1985
Johor
2 – 0
Kuala Lumpur
1984
Selangor
3 – 1
Pahang
1983
Pahang
3 – 2 (Masa Tambahan)
Selangor
1982
Selangor
1 – 0
Terengganu
1981
Selangor
4 – 0
Singapura
1980
Singapura
2 – 1
Selangor
1979
Selangor
2 – 0
Singapura
1978
Selangor
4 – 2
Singapura
1977
Singapura
3 – 2 (Masa Tambahan)
Pulau Pinang
1976
Selangor
3 – 0
Singapura
1975
Selangor
1 – 0
Singapura
1974
Pulau Pinang
2 – 1
Perak
1973
Selangor
2 – 1
Terengganu
1972
Selangor
3 – 1
Perak
1971
Selangor
3 – 1
Perak
1970
Perak
1 – 0
Kelantan
1969
Selangor
1 – 0
Pulau Pinang
1968
Selangor
8 – 1
Pulau Pinang
1967
Perak
2 – 1
Singapura[table=98%]
Piala HMS Malaya
1966
Selangor
1 – 0
Tentera (TLDM)
1965
Singapura
3 – 1
Selangor
1964
Singapura
3 – 2
Perak
1963
Selangor
6 – 2
Pulau Pinang
1962
Selangor
1 – 0
Pulau Pinang
1961
Selangor
4 – 2
Perak
1960
Singapura
2 – 0
Perak
1959
Selangor
4 – 0
Perak
1958
Pulau Pinang
3 – 3 (3-1 Ulangan)
Singapura
1957
Perak
3 – 2
Selangor
1956
Selangor
2 – 1
Singapura
1955
Singapura
3 – 1
Kelantan
1954
Pulau Pinang
3 – 0
Singapura
1953
Pulau Pinang
3 – 2
Singapura
1952
Singapura
3 – 2
Pulau Pinang
1951
Singapura
6 – 0
Perak
1950
Singapura
2 – 0
Pulau Pinang
1949
Selangor
3 – 2
Tentera
1948
Negeri Sembilan
2 – 2 (2-1 Ulangan)
Selangor
1942-1947
Tidak dipertandingkan
1941
Singapura
2 – 1
Pulau Pinang
1940
Singapura
2 – 0
Kedah
1939
Singapura
3 – 1
Selangor
1938
Selangor
1 – 0
Singapura
1937
Singapura
2 – 1
Selangor
1936
Selangor
1 – 0
Singapura
1935
Selangor
3 – 2
Singapura
1934
Singapura
2 – 1
Pulau Pinang
1933
Singapura
8 – 2
Selangor
Piala Malaya
1932
Singapura
5 – 3
Selangor
1931
Perak
3 – 1
Singapura
1930
Singapura
3 – 0
Selangor
1929
Selangor
2 – 2 (Berkongsi Juara)
Singapura
1928
Selangor
2 – 2 (Berkongsi Juara)
Singapura
1927
Selangor
8 – 1
Singapura
1926
Perak
1 – 0
Singapura
1925
Singapura
2 – 1
Selangor
1924
Singapura
1 – 0
Selangor
1923
Singapura
2 – 1
Perak
1922
Selangor
3 – 2
Singapura
1921
Singapura
2 – 1
Selangor
#
Pasukan
Juara
Naib Juara
1
Selangor FA
33
15
2
Singapura
24
19
3
Perak FA
7
11
4
Kedah FA
5
7
5
Penang FA
4
9
6
Pahang FA
4
4
7
Negeri Sembilan FA
3
3
8
Kuala Lumpur FA
3
1
9
Kelantan FA
2
4
10
Johor FA
2
1
11
Perlis FA
2
1
12
Terengganu FA
1
4
13
Brunei Darussalam
1
14
Selangor MPPJ
1
15
Sabah FA
3
16
ATM FA
3
17
Sarawak FA
1
18
Johor Darul Ta’zim FC
1
1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.457764 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list