CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1426|Reply: 22

[Tempatan] Batal projek mega, jimat RM300 bilion - PM

[Copy link]
Post time 23-10-2018 09:07 AM | Show all posts |Read mode
KEPUTUSAN kerajaan membatalkan beberapa projek mega adalah disebabkan kekangan kewangan serta dapat menjimatkan kos sehingga mencecah RM300 bilion.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara projek yang dibatalkan termasuklah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Gas Trans-Sabah dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

“Kita bukan suka-suka batal (projek mega). Macam-macam perkara yang kita tak mampu bayar tetapi dilakukan juga, itu masalahnya dan ia menelan kos sebanyak RM300 bilion.

“Kita sekarang ini tengah kurangkan belanja kerajaan, kita terpaksa jual aset untuk bayar hutang.

“Contohnya kalau batal ECRL, tidak ada kesan kepada kita sebab diberikan syarikat asing. Malah mereka (syarikat asing) bawa masuk pekerja asing dan peralatan dari negara mereka... yang hilang kerja ialah mereka (pekerja asing) bukannya rakyat kita," katanya pada program Bicara Minda, di Seksyen 15, di Shah Alam, hari ini.

Dr Mahathir berkata, wang kerajaan yang dipinjam dan dilaburkan itu sepatutnya boleh diambil balik sekiranya tidak menguntungkan.

“Tetapi ia (wang) dicuri, dan pencuri itu tidak beritahu di mana duit itu disimpan. Jadi itu masalah, tapi tak lama lagi kita dapat cari,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, negara menyasarkan untuk menjadi negara maju pada 2025

“Negara perlu mencapai gagasan baharu itu berikutan wawasan awal pada 2020 tidak mampu dicapai kerana sudah kehilangan banyak dasar asal yang direncana oleh saya dahulu.

“Malaysia sudah kehilangan banyak masa iaitu selama 14 tahun dan segala usaha ke arah wawasan 2020 juga tidak dilaksanakan sebaiknya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Oktober 2018 @ 9:34 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 11:40 AM | Show all posts
kos the crooked bridge berapa pulak????
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:44 AM | Show all posts
budak sekolah tak buat homework 3 pages cikgu bagi, kira budak tu dah jimat 3 pages tak??



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:50 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-10-2018 11:40 AM
kos the crooked bridge berapa pulak????

dan juga kos nak buat proton 2.0????
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatan bengkok dan keta 'potong'  pakai duit derma,satu sen pon tak libatkan duit rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:11 PM | Show all posts
tak sabar tunggu selesai 5 thn...
nak tgk PH jadi pilihan rakyat lg atau tak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak senyum kambeng.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sebut la satu trilion terus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
penyokong2 ph mesti kagum giler bila dengar mahathir sebut 300 bilion tu

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ni la jadinya bila yg mentadbir negara urus ekonomi dgn kewangan mcm meniaga ikan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:30 PM | Show all posts
serius xpaham kenapa nak kena jual aset utk settle hutang
kalau hutang baik, settle lambat interest kan rendah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
C1k_J4h replied at 23-10-2018 12:30 PM
serius xpaham kenapa nak kena jual aset utk settle hutang
kalau hutang baik, settle lambat interest ...

tak lelong harta nanti rakyat tak percaya hutang 1 trillion. nanti kena tunai plk semua janji2 manis tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm tak percaya je ni
betul ke tun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengundi atas pagar mcm aku ni tengok je.. hari tu dpt call suruh bg pendapat pentadbiran tun m.. semua aku bagi tak puas hati.. pastu next election nak undi siapa.. aku cakap BN.. huhu.. aku dah undi PH 2 kali.. tapi aku tak puas hati cara PH mengemudi kerajaan. Tapi org BN pun jgn cepat puas hati. Salah  guna kuasa korang pun sila setelkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sohai pon boleh jd pm mcm ni. takde duit jual jam kepam anak, atok takde duit jual aset cancel projek kemudahan rakyat solution tambah pendapatan error 404 not found
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:58 AM | Show all posts
ecrl katanya lobai nak ambil alih??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 09:18 AM | Show all posts
dah batal...tak buat...jimat kos apanya......
Kos tu bolah la dikatakan jimat bila projek itu buat...ni buat pun tak...
Awat taknyatakan berapa kos bayar ganti rugi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau kat mana duit yg dicuri tu kena tunggu 'pencuri'tu bgtau ka? Hebat sgt 'pencuri' tu sampai kena tunggu dia bgtau dulu baru blh tau kat mana duit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry TUN aku tak setuju dgn statement ni.....kalau money trail yg diheboh2 kan sblm ni betul pada aku tak susah nak dibuktikan, lagipun benda ni dah cerita berthn2 sblm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:17 AM | Show all posts
OK...macam tu ye penjimatan tun buat...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.530412 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list