View: 6498|Reply: 68
|
Dia Fadila genggam Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Penyanyi Dia Fadila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke -58 di Dewan Tunku Canselor, di sini hari ini.
Penyanyi berusia 34 tahun itu mendedahkan hasratnya untuk menyambung pengajian kerana terkesan dengan sumbangan arwah bapa mertuanya yang merupakan bekas Naib Canselor UM, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Abdullah Sanusi Ahmad.
"Keinginan menyambung pengajian di universiti tertua dan terbaik di Malaysia ini turut didorong oleh kakak ipar saya yang menjadi pensyarah di sini," ujarnya yang sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Pemilik nama sebenar Nur Fardilla Nadia Abu Bakar itu mengambil masa selama empat tahun bagi menamatkan pengajiannya. Dia memulakan pengajian pada 2014.
Pelantun lagu Andai itu memilih tajuk kajian Stail Nyanyian Saloma Daripada Perspektif Vokal Klasikal Barat: Register (Vokal).
"Vocal register atau penempatan vokal adalah satu elemen yang sangat penting dalam nyanyian ataupun teknik vokal.
"Seorang vokalis tidak boleh memaksimakan kualiti dan jangkauan vokal, pembentukan posisi pita suara (vocal cord) atau kualiti ton tanpa menguasai vocal register.
"Jadi saya cuba mengkaji bagaimana Seniwati Saloma menyanyikan lagu-lagu beliau sehingga menjadi malar segar sehingga kini," ujarnya yang sangat bersyukur kerana suaminya, Redza memahami hasratnya menyambung pengajian. - K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Beribu ribu ribu tahniah Dia Fadilla |
|
|
|
|
|
|
|
dia buat research lah eh.. jutaan tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hessa at 23-10-2018 09:39 AM
tahniah Dia, wah minggu ni semua kisah org2 berjaya, hari tu baca ttg (atlet) pandalela renong dgn fitri (Player hoki) dapat degree (Sport Science), kali ni org2 seni pulak (Dia Fadila, Sufian & Dr. NorZizi) bagus uolsss..kipidap |
|
|
|
|
|
|
|
good work.. tahniah..
bilerr lahh aku pulakk nak menyambung ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah! |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah. tahniah. tahniah. kita perlukan lebih ramai artis yg bijak pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh tahniah Dia! |
|
|
|
|
|
|
|
minggu konvo lah katakan..
rasa nak sambung belajor lagi..
#roadtophd
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Dia Fadila...
Terus fokus kat GV ye..
Untung2 top 3 final nanti dalam gengaman
hiks! |
|
|
|
|
|
|
|
Wah husband dia org berhave |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah! |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.belajarlah selagi minat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Taniah
nak tgu ada x yg ckp ala UM je pun
sama cam kt benang pian UITM je pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|