CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 14

[Tempatan] Cikki tinggakan anak lembam dan bergelandangan di pusat siber

[Copy link]
Post time 23-10-2018 03:06 PM | Show all posts |Read mode




KANAK-KANAK lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun terpaksa tinggal di pusat siber di Kempas, Johor Bahru, sejak awal bulan ini sebelum ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru apabila ditinggalkan ibu kandungnya.

Lebih malang, ibunya dikatakan berpindah rumah dan gagal ditemui menyebabkan mangsa terpaksa mendapatkan perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai JKM Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, kisah malang kanak-kanak berkenaan terbongkar apabila dia dikesan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, 12 Oktober lalu.

Menurutnya, ketika ditemui kanak-kanak itu didapati berada di kawasan berhampiran pusat siber tanpa pengawasan dewasa.
ADVERTISING

“Walaupun lembam dan tidak memiliki sebarang dokumen, kanak-kanak itu masih boleh berkongsi maklumat berkaitan identiti dirinya, tempat tinggal lama dan maklumat ibunya.

“Kanak-kanak berkenaan, Muhammad Haffizzudden Husain, menyatakan ditinggalkan ibu kandungnya, Norzimah Abdullah, 42, di tempat awam sebelum pemilik pusat siber mengajaknya tinggal di premis berkenaan, sejak awal Oktober lalu,” katanya.

Normawarni berkata, kanak-kanak itu kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tampoi sebagai penempatan sementara.

“Pada 14 Oktober 2018, kanak-kanak berkenaan dibawa oleh pelindung ke tempat kerja ibunya dan tempat tinggal keluarganya berhampiran Pasaraya A-Mart Kempas.

“Bagaimanapun mengikut maklumat, keluarganya sudah berpindah dan hasil semakan, ibu kandung kanak-kanak berkenaan pernah menerima bantuan segera daripada JKM pada Julai tahun lalu untuk tujuan pulang ke Kluang, Johor.

“Malah kanak-kanak berkenaan bersama keluarganya juga pernah ditempatkan di Anjung Singgah, Johor Bahru untuk penempatan sementara,” katanya.

Normawarni berkata, sepanjang kanak-kanak itu tinggal di institusi JKM, tiada sebarang permohonan lawatan diterima pengurusan dari ahli keluarganya.

“Kanak-kanak berkenaan dalam keadaan sihat dan dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan,” katanya.

Kes disiasat mengikutSubseksyen 17 (1) (d) Akta Kanak-kanak 2001

Menurutnya, orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan waris dan keluarga kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi talian 07-2232606.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 2:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 03:41 PM | Show all posts
babi la mak jenis nih...

ditinggalkan ibu kandungnya, Norzimah Abdullah, 42, di tempat awam sebelum pemilik pusat siber mengajaknya tinggal di premis berkenaan


sengaja...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 03:44 PM | Show all posts
kesiannya lahai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau pun lembam tapi makan lebih dari cukup sebab gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 03:52 PM | Show all posts
mak mcm ni pls masuk neraka
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik masih mampu tersenyum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2018 04:24 PM | Show all posts
gembira je muka dia, sedihnyaaaa
semoga Tuhan sentiasa lindungi adik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:27 PM | Show all posts
bantuan jkm ambil, tanggungjawap lepaskan.. taguna punya ibu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 04:29 PM | Show all posts
ikut logik si ayjay bodoh tu, suka hati mak dia la nak tinggalkan anak dia, anak dia hak dia, kat memana. korang kecih aphal plakkk.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap.mak dia.mereput.sakit xde.org jgaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:31 PM | Show all posts
semoga ko tabah dik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 05:21 PM | Show all posts
kesiannya.

dah besar mcm ni, tak ramai nak amik jadi anak angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian ko dek....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak ni. Tetap happy go lucky je. Kenapa lah mak awak kejam
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 07:06 AM | Show all posts
camanalah hati mak dia sanggup buang anak yang dah dibela 12 tahun...
takkan langsung tak sayang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.572952 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list