CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1243|Reply: 23

[Tempatan] Dulu Klinik 1Malaysia kini Klinik Komuniti

[Copy link]
Post time 23-10-2018 03:42 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Sebanyak 293 Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata daripada 347 K1M semasa, 20 daripadanya pula akan dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat.

Menurutnya pihak kementerian akan melaksanakan pelan reformasi perkhidmatan K1M untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada, selain menyusun keperluan dan pengurusan sumber.

“Reformasi ini bakal menambah baik mutu penjagaan kesihatan kepada golongan sasar dengan menambah fungsinya kepada Rawatan Pesakit Luar yang memberi fokus kepada rawatan dan kawalan penyakit tidak berjangkit serta Kecemasan Asas.

“Sekali gus ia membezakan fungsi antara Klinik Komuniti dan Klinik Desa yang mempunyai fokus perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu impak positif penjenamaan semula K1M kepada Klinik Komuniti pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pada 27 Jun lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan kesemua K1M akan dinilai sebelum diputuskan untuk dinaik taraf, dijenamakan semula atau ditutup.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, kementerian akan menempatkan Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi di semua 293 buah Klinik Komuniti secara berperingkat.

Sumber : BERNAMA
Berkaitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 03:44 PM | Show all posts
upah naik signboard company mana dapat tender???

banyak RM tuuu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 03:46 PM | Show all posts
upah buat resit baru, letterhead baru, plastik isi ubat semua tu, comapny mana lak dapat tender??

banyak RM tuuu, masyukkkk.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 03:53 PM | Show all posts
tokmuda replied at 23-10-2018 03:46 PM
upah buat resit baru, letterhead baru, plastik isi ubat semua tu, comapny mana lak dapat tender??

...

mmg masyuk sbb semua tender terbuka buat rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:00 PM | Show all posts
bangcak replied at 23-10-2018 03:53 PM
mmg masyuk sbb semua tender terbuka buat rakyat.

apa kena mengena tukar nama klinik dgn kesihatan rakyat??


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:12 PM | Show all posts
tokmuda replied at 23-10-2018 04:00 PM
apa kena mengena tukar nama klinik dgn kesihatan rakyat??

lainkali baca artikel sampai abes.
naiktaraf dan tutup sebahagiannya.

kalu dah naiktaraf mmg kena tukar nama la.

mcm badan pencegahan rasuah dulu singkatan BPR.
lepas naiktaraf ke suruhanjaya dia tukar nama SPRM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2018 04:15 PM | Show all posts
bangcak replied at 23-10-2018 04:12 PM
lainkali baca artikel sampai abes.
naiktaraf dan tutup sebahagiannya.

naik taraf kena tukar nama??

toll berapa kali naik taraf tak tukar nama pun, yg tukar harga toll, makin naik.


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:17 PM | Show all posts
tokmuda replied at 23-10-2018 04:15 PM
naik taraf kena tukar nama??

toll berapa kali naik taraf tak tukar nama pun, yg tukar harga tol ...

tanya la geng2 umngok yg naiktaraf toll.
rakyat tak ambik pusing pon krisis dalaman syarikat toll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 04:23 PM | Show all posts
apa lah yg ditakutkan sgt dgn perkataan 1Malaysia...
mcam la dijenamakan semula tu x guna duit
kata hutang byk, duit xde...
beballlllllllllll
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:36 PM | Show all posts
i tak faham setiap kali betukar tampok pimpinan, semua nak tukar.. costing kan semua tu.. pastu bising duit tak ada, pastu sibuk suruh rakyat berkorban sikit.. apo?! kekalkan aje lah..  tak boleh sebab pemimpin dulu yang buat? eh hello tukar nama pun orang still panggil klinik 1 malaysia, diilhamkan oleh siapa? siapaaa? siaappppaaaaaaaaaaaaa????? najib!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh mcm lembu

jumlah klinik 1 malaysia 347, 20 naik taraf, 34 tutup. 347 - 20 - 34 = 293.

yg 293 ni yg akan tukar nama jadi klinik komuniti. yg naik tarafnya 20 je jd klinik kesihatan.

alih2 ada pulak yg dgn konfidennya bgtau kena tukar nama sbb naik taraf. yg naik taraf 20, yg kena tukar nama sbb naik taraf 293

patut la kena tipu memanjang










































Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:53 PM | Show all posts
Nanti kalu Anwar naik, Jambatan Bengkok tu kita tukar buat Jambatan Lurus la pulak ye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:53 PM | Show all posts
kah3 modal umno & bn nak bahan.. asal boleh je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat itulah kejayaan menteri PH. Tukar nama & logo. Terus dapat dato melaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 05:32 PM | Show all posts
harizs replied at 23-10-2018 05:12 PM
Setakat itulah kejayaan menteri PH. Tukar nama & logo. Terus dapat dato melaka

lol... ..kalau u ambik alih company baru pun ..ada lah rebranding sana sini... jgn major changes  sgt cam negara PAHANG tukar jadik GAPANg ke dll cth jer ni hehe memang haru
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tokmuda replied at 23-10-2018 03:44 PM
upah naik signboard company mana dapat tender???

banyak RM tuuu.

Signboard, letterhead, invoice, plastik tu semua simpan dulu dlm stor....

5thn lg blh guna balik...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 06:05 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 23-10-2018 06:03 PM
Signboard, letterhead, invoice, plastik tu semua simpan dulu dlm stor....

5thn lg blh guna bali ...

kena suruh macai BN gi pungut sebab katanyer 9 bulan jer PH bertahan.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 06:12 PM | Show all posts
Kerajaan PH Mesia Baru ni hanya pandai buat rebranding..


Lepas tu diorang ambik credit !!!


Membazirkan duit rakyat buat logo baru.... bukannya murah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik taraf ke?
Ubat ubatan pun naik taraf?
Kalau dulu setakat demam selsema sikit2 je dorang cover
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
aku anggap tukar Sign board tukar logo tukar resit kosnya singgit aje utk satu klinik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.157334 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list