View: 2937|Reply: 44
|
[Tempatan]
EDISI SENTAP: ”Kalau Anak Makcik Kahwin Dengan Orang Macam Hampa, Makcik Tak Res
[Copy link]
|
|
Terdapat segelintir masyarakat yang masih memandang rendah kepada kerjaya orang lain kerana dirasakan tidak mempunyai masa depan. Stigma negatif atau sikap sebegini harus dibuang kerana setiap rezeki itu bukankah telah ditetapkan oleh Allah.
Seperti seorang lelaki ini yang meluahkan rasa terkilan apabila ditegur oleh seorang pelanggan berpangkat ‘makcik’ yang mempersoalkan kerjayanya sebagai seorang peniaga buah di pasar malam. Bukan sahaja merendahkan dirinya, tetapi pada masa sama makcik tersebut turut mengagungkan kejayaan anak-anaknya yang berjawatan besar di ibu negara.
Mungkin makcik tersebut tidak tahu bahawa peniaga sebegini mungkin nampak lekeh di mata orang tetapi tidak bererti tiada isi di dalam. Jangan jadikan faktor luaran sebagai tiket untuk kita merendahkan orang lain. Ikuti luahan Taufiq seperti di bawah. Sakit hati juga bila membacanya!
Masa berniaga tadi… abam dikejutkan dengan statement sentap dari sorang makcik….
Makcik ” Makcik tengok hampa yg dok niaga ni muka² muda lagi naaa…. macam muka belasan tahun pun ada… awai dua puluhan pun ada….”
Abam ” Macam tu la makcik…. anak² muda nak cari rezeki dengan berniaga…”
Makcik ” Tapi rugi la…. pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar… masuk kolej ka…. universiti ka…. bukan apa…. pasar malam ni bukan ada jaminan apa² pun kat hampa…. EPF SOCSO pun tak dak…. pencen lagi la tak dak….anak makcik 3 orang perempuan … tiga² masuk universiti…. lani tiga² kerja kerajaan…. ada la jaminan hidup…. lega hati… “
Abam ” Alhamdulillah… rezeki masing² makcik…. berniaga pun ok jugak…. pun ada jaminan jugak…. “
Makcik ” Jaminan apa nya…. nak beli apa² pun susah… nak buat loan lagi la susah…. nak habaq kat hg…. anak sulong makcik…. kerja kerajaan 6 tahun dah… lani ni boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat KL sana… hg tau la harga rumah kat sana ratus² ribu…. bukan senang nak dapat beli… “
Abam ” berniaga ni seronok…. duit hari² depan mata kami…. cukup buat kami puas…. berniaga ni kan sunnah Nabi “
Makcik ” Elehhhhh…. lani cakap pakai mulut boleh la…. kalau anak makcik nak kawin dengan orang macam hampa… makcik tak restu “
Tersentap sungguh laaaa…..
Moral of the story :
1. Berniaga dan ada pelajaran tu satu bonus…. tapi bukan bermaksud boleh perlekehkan orang yg berniaga tanpa pelajaran akedemik…. berniaga jugak satu tempoh pembelajaran….
2. Cukup² lah angkat bakul sendiri…. jadi muak orang dengar… paham kot naa!
3. Orang berniaga ni orang yg mencipta peluang… peluang apa? peluang ekonomi…sama² boleh berkongsi rezeki dengan orang lain
4. Kebanyakkan peniaga² ni jutawan senyap… tak suka nak show off… biar orang nampak selekeh… janji tak selekeh wang ringgit
5. EPF SOCCO? Ya penting… tapi bukan la jadi penanta aras berniaga tu tak daa jaminan… alternatif lain kan ada…
6. Tak sangka dalam era tahun 2018 ni pun masih ada orang berpandangan macam ni…. berubah lah!
Perjuangan orang berniaga ni berbeza… mungkin nampak ‘lekeh’ di mata sesetengah orang… yg lekeh tak bererti tak berisi di dalam… bila perlu baru tunjuk… tak suka menunjuk-nunjuk…itu saja….. Peace
Sumber : Taufiq Tajuddin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak baik makcik cakap macam tu. Sebenarnya peniaga2 ni la yang ada lagi banyak duit berbanding yang makan gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 bukan versi abang hasanah la... berangan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ko p layan nau cik wok moncong tu pe hal tofik...layan awek je doh
Cik wok..cik embun..mak lampir..mak limah..usah di layan..depa cam kurap..lagi ko garu lagi sedap haaa..tp busuk laaa |
|
|
|
|
|
|
|
dah terang-terang kisah hasanah versi buah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik bodoh. Mentality kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Kalau penjaja atau pekedai itu berlagak macam kaya baru la engkau hina dia |
|
|
|
|
|
|
|
wahai makcik yg dangkal & materialistik, kalau setakat kerja kerajaan tu, hmmm takyah laa nak dibanggakan sangat, entah2 anak makcik tu pi ofis bukannya buat kerja sgt pun, sibuk membawang, sibuk menayang tudung/handbag/brg kemas atau sibuk online shopping je, hari jumaat pula sibuk dgn extended lunch
|
|
|
|
|
|
|
|
Naik pulak cerita ni
Ulang2 viral
Yelah btul la tu
Org meniaga ni lagi hebat sbnarnya
Makcik bawang tu pun mulut busuk sgguh kan
Apa2 pekerjaan pun asalkan rajin dah okla
Berbanding dgn yg pemalas banyak alasan asyik harapkan bantuan je
Lepas tu melalak dengki dgn org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tengoklah apa yang diniagakan. Bukan semua peniaga kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg wujud pun org2 tua bawang ke hulu ke hilir jaja kisah anak kerja kerajaan walau hanya pembantu je pun...tp riaknya tu mcm anak tu keje pengarah..padahal anak org lain keje lg best cuma taknak bercerita je...kesian pulak very limited pengetahuan am org2 tua bawang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn buat cite nak viral bagi laku brg jual online sudah |
|
|
|
|
|
|
|
minguk replied at 23-10-2018 05:18 PM
harap2 bukan versi abang hasanah la... berangan sendiri
Brother nanas tu jugak..kali ni buah langsat pulak. Skrip sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak tu gaji 3000 sebulan tak payah nak berlagak la. Tu gaji cukup2 makan je utk org berkeluarga yg tinggal di bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 23-10-2018 07:06 PM
Brother nanas tu jugak..kali ni buah langsat pulak. Skrip sama.
Hahahahahahaahha brother hasanah 2.0...
Gigih copy paste cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
kesimoulannya, semoga murah rezeki abam |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik tu x wujud pun. Jantan ni yg lapar like dahaga perhatian.
Bln 5 dia meroyan konon2 ada makcik keji dia. Bln 10 dia meroyan lg benda yg sama. Tukar sikit je jalan cerita.
Kalo betul, mmg malanglah nasib kau... Setahun 2kali kena hina... Org lain meniaga aman2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Diri sendiri yg insecure takde epf n socso cakap makcik pulak. Kalau makcik dia Akan ckp niaga pasar malam tak banyak duit bukannya bebel socso LA University laa tiada jaminan la |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 anak2 die y keje gomen tu pn main org dalam je..tu psl dpt gomen..kohkohkoh~
Lg satu,sedap plak tgk buah tu..buah duku kaa langsat kaa tu?salu konfius |
|
|
|
|
|
|
| |
|