CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1017|Reply: 10

[Tempatan] Semakin ramai anggota Parlimen (MP) ponteng Dewan Rakyat

  [Copy link]
Post time 23-10-2018 11:10 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Isu kehadiran anggota Parlimen (MP) ke mesyuarat Dewan Rakyat sekali lagi dibangkitkan malam ini apabila seorang ahli Parlimen mengadu ramai MP dari kedua-dua belah gagal hadir ke sesi perbahasan meskipun isu yang dibincangkan berkepentingan nasional.

Awang Hashim (Pas-Pendang) menarik perhatian bahawa kehadiran pada sesi petang persidangan hari ini amat rendah iaitu tidak lebih 20 peratus.

"Saya mengira dari pukul 4 petang hingga sekarang (7.30 malam) paling ramai hanya 38 orang sahaja (berada di dalam dewan) daripada 222 ahli Parlimen," katanya semasa memulakan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat malam ini.

"Perkara itu perlu dititikberatkan jika semua pihak serius untuk membuat perubahan terhadap institusi Parlimen," katanya.

Beliau turut menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya mengambil serius keadaan itu dan mencari kaedah untuk mencegahnya. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi YB. Kuasa Ada.  Datuk seri dah dapat. Ekonomi dah Terkangkang. Matawang Makin pariah. Pedoli apa nak masuk bersidang Kat pelemen?


B A N G S A T
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:59 PM | Show all posts
yang penting elaun masyuk dek.
korang yang mengundi ni jah bodoh dok jadi batak macai dah macam beruk sakai akak tengok dok back up tuhan2 politik masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:03 AM | Show all posts


najib troll lagi. kaw kaw belasah satu gomen sorang2. real punya pendekar bugis.

tak dapat tidur malam. hahaha

terbaik la jib.



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:04 AM | Show all posts


tak dapat tidur malam. ahhahaha




Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm...masa angkat sumpah bukan main berkobar2 ye. Dasar manusia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2018 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Parah ni. Sorang menteri/timbalan pun takde. Timbalan pun sibuk mengalahkan PM ke, atau buat-buat sibuk. Boring la sejak PHancing duduk belah kerajaan

Tapi iols suka timbalan speaker Nga Kor Ming . Tenang jer kawal keadaan. Kalau si Pandikar, dah dihalau keluar dewan MP yang bantah cakap dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2018 08:10 PM | Show all posts
Kerajaan perlu ada disiplin hadir sidang Dewan Rakyat
October 25, 2018 3:47 PM


KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon mahu para menteri dan timbalan menteri menjaga disiplin mereka dan menyertai sidang Dewan Rakyat seperti yang diharapkan.

Rashid memahami kesibukan menteri dan timbalan menteri, tetapi mereka sepatutnya merancang jadual dengan lebih teratur agar tanggungjawab mereka di Dewan Rakyat dipenuhi.

“Saya minta menteri hadir sebagaimana diaturkan. Kalau menteri tak dapat hadir, timbalan menteri kena hadir,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Beliau ditanya pemberita tentang kehadiran menteri dan timbalan yang dikatakan rendah pada sidang kali ini.

Ketiadaannya menteri dan timbalan menteri untuk menyambut soalan daripada wakil rakyat pagi tadi ditegur Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong.

Terdahulu, wakil rakyat Pakatan Harapan Ali Biju meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan status rancangan membina ibu pejabat polis baharu di Saratok, tetapi soalan itu dijawab oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Md Jidin.

Wee berkata soalan yang ditujukan kepada kementerian harus dijawab oleh kementerian berkenaan sama ada secara lisan atau secara bertulis kerana begitu aturan di Parlimen.

Beliau berkata kerajaan tidak sepatutnya menganggap sidang Parlimen seperti “pasar malam”.

“Kita kena tegas. Kita kena beri amaran kepada menteri dan timbalan menteri. Kalau tidak hadir, tidak menghormati Parlimen. Kalau tidak mereka akan sambil lewa,” katanya pada sidang media selepas kejadian.

Semalam, Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata kehadiran rendah adalah normal kerana wakil rakyat, para menteri dan timbalan mereka mempunyai urusan lain yang perlu ditangani.

Katanya, kehadiran 100% juga sukar dicapai apabila perbahasan berlarutan sehingga lewat malam.

“Semua orang faham menteri pun ada urusan di pejabat. Kita bukan macam Parlimen di Australia, semua dalam satu bangunan, kementerian mungkin di sebelah kiri, Parlimen di tengah, mereka boleh datang secepat mungkin,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana ni? Bos-bos pun ponteng kerja ni. Gaji dah dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
si munafik @dodolgemok mmg tak kata apa la... jgn hj hadi ponteng je die bising haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 26-10-2018 03:53 AM
si munafik @dodolgemok mmg tak kata apa la... jgn hj hadi ponteng je die bising haha

Dah mula dah, munafik laa, kaper laa, Syiah la. Ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061120 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list