CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 5

[Tempatan] najib yakin dapat menghadapi dakwaan di mahkamah dgn mudah

[Copy link]
Post time 24-10-2018 12:17 AM | Show all posts |Read mode


terbaik la jib, berani kerana benar.


sedutan dr fb najib

Saya tahu saya akan dapat menghadapi pendakwaan ini di mahkamah dengan mudah namun pada masa ini saya ingin bertanya akan kejujuran kerajaan PH untuk melihat pada gambaran lebih besar untuk menyelesaikan isu 1MDB, dan hentikan mainan politik mereka, jujur dengan semua rakyat Malaysia serta memastikan ekonomi Malaysia dan rakyatnya menjadi keutamaan dan bukan berterusan menjadikan lawan politik mereka sebagai keutamaan, siang dan malam.













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2018 12:19 AM | Show all posts


full. dr fb najib



Antara bahagian dari nota lengkap untuk perbahasan saya di Dewan Rakyat tengah hari ini:
-----
Kita juga dapati kerajaan hari ini terperangkap dalam dilema yang sama sebagaimana saya dalam menyelesaikan isu 1MDB dan mendapatkan semula setiap sen wang 1MDB yang didakwa hilang. Ia sentiasa menjadi objektif saya untuk mendapatkan kembali setiap sen wang 1MDB dan tiada wang hilang.
Jika anda lihat kepada aliran wang, setiap satu pindahan wang 1MDB yang dikatakan hilang selepas ia diterima atau dijamin syarikat pelaburan Abu Dhabi. Beberapa pegawai kanan turut didapati menerima secara langsung dan menggunakan dana berkenaan atau terlibat dalam penipuan. Siapa lagi dipihak sana juga terlibat?
Ia bukan mudah untuk menuduh mereka secara terbuka kerana ia akan menyebabkan insiden diplomatik antara dua negara. Sebab itu kerajaan BN telah cuba menandatangani perjanjian dengan mereka sebanyak dua kali untuk mendapatkan semula wang yang hilang, pertama pada 2015 dan kedua pada 2017.
Melalui penyelesaian pertama pada 2015 di mana saya telah berunding dengan Tengku Mahkota Abu Dhabi sendiri, kita menerima pendahuluan US$1 bilion daripada IPIC, kita telah buat keputusan untuk menukar deposit yang dibayar kepada Aabar dan unit dana bagi mendapatkan mereka membayar penuh prinsipal dan kesemua bayaran faedah bagi bon US$3.5 bilion yang dijamin IPIC.
Bagaimanapun, selepas perubahan pengurusan Aabar dan IPIC, mereka tiba-tiba memberitahu kita yang mereka tidak menerima aset berkenaan yang dijadikan pembayaran di mana mereka mendakwa pembayaran dan jaminan yang dibuat kepada anak syarikat bukan milik mereka.
Kita amat terkejut pada masa itu kerana pembayaran itu disahkan oleh peguam yang menyemak dan memeriksa perjanjian itu dan juruaudit antarabangsa yang mengaudit akaun turut mengesahkan pembayaran dan jaminan. Ini penyebab kepada terjejasnya perjanjian penyelesaian 2015 dan kita perlu membayar balik bayaran US$1 billion yang IPIC bagi kepada kita pada bulan Jun 2015 bersama faedah pada tahun 2917.
Atas dasar manfaat penyelesaian bersama bagi memelihara hubungan dua negara, kerajaan kita meneruskan rundingan. Ini menjurus kepada penyelesaian April 2017 di mana salah satu klausa menyatakan IPIC perlu membayar semula US$3.5 bilion kepada 1MDB sebelum 31 Disember 2020. Selain perjanjian penyelesaian itu, pihak Abu Dhabi juga bersetuju untuk membeli secara berasingan unit dana US$2.5 bilion yang dipegang 1MDB dan dijamin oleh Aabar melalui dua dokumen berasingan.
Apa sudah jadi kepada perjanjian penyelesaian April 2017 ini? Apakah perkembangannya? Bolehkah kerajaan mengeluarkan dokumen ini kepada orang awam? Mengapa pegawai kanan Abu Dhabi tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka?
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini berkata projek TRX adalah menguntungkan dan dapat mendapat kembali pelaburan, perbelanjaan dan bayaran faedah bagi projek itu. Bagaimana pula dengan Bandar Malaysia? Apakah perancangan bagi memaksimakan aset 1MDB ini? Bagaimana juga dengan tanah Pulau Indah dan di Pulau Pinang?
Adakah kerajaan jujur dalam mendapatkan semula wang yang hilang dari 1MDB atau memaksimakan potensi keuntungan 1MDB atau mereka akan hanya mengheret kaki mereka serta berterusan dengan mainan politik dan mencabuli serta menakutkan pemimpin BN?
Saya telah menerima hakikat saya telah didakwa berkaitan 1MDB. Ia adalah kuasa kerajaan untuk mendakwa saya mengikut kehendak mereka. Saya telah didakwa menerima RM2 bilion. Saya juga telah didakwa kerana memulangkan wang RM2 bilion dan saya juga telah didakwa kerana memindahkan wang dari akaun saya kepada satu lagi akaun saya.
Pada masa yang saya, walaupun saya didakwa secara rasmi kerana wang RM2 bilion telah dikembalikan, terdapat juga banyak lagi dakwaan yang saya telah membayar beratus pihak lagi dengan RM2 bilion yang sama ini. Mana lojiknya?
Saya juga telah mendedahkan dokumen bank yang membuktikan beratus juga ringgit telah dibayar kepada akaun saya terus dari akaun bank Menteri Kewangan Arab Saudi sebagai derma. Mengapa faktor ini tidak diambil kira dan beratuk pihak masih menerima tekanan dari pihak berkuasa mengenai bayaran dari akaun saya?
Setiap sen 1MDB ialah dari pinjaman. Memang tidak masuk akal yang niat saya ialah untuk mencuri wang yang dipinjam dan letaknya di dalam akaun atas nama saya sendiri kerana wang yang dipinjam akhirnya perlu dibayar balik.
Saya tahu saya akan dapat menghadapi pendakwaan ini di mahkamah dengan mudah namun pada masa ini saya ingin bertanya akan kejujuran kerajaan PH untuk melihat pada gambaran lebih besar untuk menyelesaikan isu 1MDB, dan hentikan mainan politik mereka, jujur dengan semua rakyat Malaysia serta memastikan ekonomi Malaysia dan rakyatnya menjadi keutamaan dan bukan berterusan menjadikan lawan politik mereka sebagai keutamaan, siang dan malam.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 01:15 AM | Show all posts
bila 1mdb ni nak ditukaq nama macam klinik 1Malaysia na bro? wakakakkaakkakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 03:18 AM | Show all posts
kadang2 akak lebih percaya bibir pink daripada mamak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 05:02 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-10-2018 03:18 AM
kadang2 akak lebih percaya bibir pink daripada mamak

kutty ni lagi banyak benda dia messed up masa zaman dia 22 tahun diktator
nasib baik la masa tu tak ada socmed

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:47 AM | Show all posts
Lagi banyak cakap lagi banyak kes akan timbul... baik kau diam diam jer najib..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.311419 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list