PETALING JAYA: Bekas ketua perisikan Datuk Hasanah Ab Hamid dijangka didakwa pada Khamis berhubung dakwaan penggelapan dana AS$12 juta (hampir RM50 juta), kata sumber.
“Dia kemungkinan akan dikenakan pertuduhan pecah amanah oleh seorang penjawat awam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis,” kata sumber kepada FMT.
Hasanah menerjah ke muka depan akhbar kerana kontroversi suratnya kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat sebelum pilihan raya umum lepas untuk meminta Washington menyokong kerajaan Barisan Nasional.
Bekas ketua pengarah Organisasi Risikan Luar Malaysia (MEIO) itu ditahan pada Ogos, dilapor berkaitan dakwaan penggelapan dana kerajaan untuk pilihan raya umum 9 Mei.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membuat rampasan bernilai AS$6.3 juta.