CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 19

[Tempatan] Najib tak suka bengkok, Najib suka lurus.

  [Copy link]
Post time 24-10-2018 03:49 AM | Show all posts |Read mode
Najib: ‘Saya tak suka bengkok, saya suka lurus’Mohamad Fadli -

October 23, 2018 4:42 PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak secara peribadi tidak suka dengan rekaan jambatan yang bengok, mengatakan ia menelan belanja yang tinggi dan tidak menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

Bekas perdana menteri berkata dia lebih menggemari rekaan yang lurus.

“Pertamanya, saya tak suka bengkok, saya suka lurus. Kalau nak buat jambatan buatlah lurus kerana kalau bengkok sambung dengan tambak sedia ada memang tak masuk akal,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan perdana menteri minggu lalu.




Najib berkata idea jambatan menggantikan tambak Johor, yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1996, tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat persetujuan Singapura.

“Saya nak buat jambatan lurus sebab lagi jimat dan reka bentuk agak indah. Bukan saya tentang tapi fikir ada cara dan kaedah lebih sesuai,” katanya.

Perbincangan mengenai projek jambatan baharu menggantikan Tambak Johor yang digunakan sejak 1923 diadakan sejak 1997 namun menemui jalan buntu sehinggalah ia dibatalkan pada 2006 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada 16 Oktober lalu berkata idea jambatan bengkok kini dalam perancangan semula.

Putrajaya mengalu-alukan cadangan daripada kerajaan negeri itu namun mengatakan ia bukan keutamaan ketika ini.

Ia digelar jambatan bengkok kerana jambatan itu direka untuk melengkung dalam perairan negara sebelum bertemu dengan bahagian tambak di Singapura.

Perobohan tambak dalam perairan negara dijangka membolehkan kapal dagang melalui Selat Tebrau dan merancakkan industri di Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang, dan melancarkan aliran air di Selat Tebrau.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2018 03:49 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-10-2018 11:57 AM

Macamana ni? Lurus lurus pun kepit juga! @tokmuda
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 04:53 AM | Show all posts
anuwar brahim senang
lurus dia sapu
bengkok lagi selera
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:51 AM | Show all posts
Najib tau ke tidak sebab kenapa jambatan tu kena buat jadi bengkok?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 24-10-2018 06:51 AM
Najib tau ke tidak sebab kenapa jambatan tu kena buat jadi bengkok?

Dia ingat design jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:17 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-10-2018 03:49 AM
Macamana ni? Lurus lurus pun kepit juga! @tokmuda

Haloh  haloh haloh.. tersipu sipu ai tengok u
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2018 08:40 AM | Show all posts
ada haku kisah ko suka lurus ke bengkok..klu masuk 2.6b dlm akaun baru semua benda jadi suka kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:04 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-10-2018 03:49 AM
Macamana ni? Lurus lurus pun kepit juga! @tokmuda

mesti gebu peha bangjib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 10:44 AM | Show all posts
kaki pun kena lurus, jangan bengkok
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-10-2018 03:49 AM
Macamana ni? Lurus lurus pun kepit juga! @tokmuda

Epik sungguh pic ni. Pic sepak bola tu mmg najib ke edit?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:52 AM | Show all posts
kelana36 replied at 24-10-2018 06:51 AM
Najib tau ke tidak sebab kenapa jambatan tu kena buat jadi bengkok?
Sebab nak kasi Kapten Kelana fly kat bawah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:07 AM | Show all posts
kelana36 replied at 24-10-2018 06:51 AM
Najib tau ke tidak sebab kenapa jambatan tu kena buat jadi bengkok?

anda rasa Najib ada masa nak baca artikel dan nak study isu sebenar????



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:15 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-10-2018 03:49 AM
Macamana ni? Lurus lurus pun kepit juga! @tokmuda

hikhihkhihk...pic yg 1st tu epic fail betul...wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:20 AM | Show all posts
kelana36 replied at 24-10-2018 06:51 AM
Najib tau ke tidak sebab kenapa jambatan tu kena buat jadi bengkok?

AKU beri nikmat kepada orang-orang yang lurus  dan taqwa kepadaKU ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:21 AM | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 24-10-2018 06:52 AM
Sebab nak kasi Kapten Kelana fly kat bawah..

Give me Pitts Special or Extra 300 yang guna untuk red bull air race tu,  no problem  
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:41 AM | Show all posts
Fitrah kehidupan tetap ada yg lurus dan bengkok.  Ianya saling memerlukan dan ada manfaatnya tersendiri.  Bukan semuanya harus lurus dan dn ada yg  dibuat bengkok.  Lihat aje serangka tengkorak manusia tentu tak semuanya lurus atau bengkok,  tetapi  dijadikan sesuai dgn  fungsinya.  Cuma bagi niat, keikhlasan dan amanah, maka itu dituntut kpd sikap yg lurus.  Yg wajib lurus jgn dibengkokkan begitu juga sebaliknya.  Dipaksa, mudharat jadinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 11:44 AM | Show all posts
kelana36 replied at 24-10-2018 06:51 AM
Najib tau ke tidak sebab kenapa jambatan tu kena buat jadi bengkok?

kan...nmpk sgt bangang nyer najib ni....patutlah umno hancur kerana beliau

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:59 AM | Show all posts
ok kenapa kena bengkok?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy pun nk tau ngapa bengkok
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 01:30 PM | Show all posts
Mahathir buat bengkok sebab nak bagi nampak macam huruf S = Singapore  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.086750 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list