CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 1

[Dunia] Kedutaan Saudi taja 1,000 al-Quran ke Kemboja, Thai.

[Copy link]
Post time 24-10-2018 04:01 AM | Show all posts |Read mode
Kedutaan Saudi taja 1,000 al-Quran ke Kemboja, Thai
23 OKTOBER 2018




Al-Quran. - Foto ihsan internet



KUALA LUMPUR - Kedutaan Arab Saudi sedia membantu Ngo Antarabangsa membekalkan al-Quran bagi sekolah-sekolah tahfiz yang dikendalikan oleh pertubuhan itu khususnya di Kemboja dan Thailand.
Sebagai permulaan sebanyak 1000 naskah al-Quran akan disampaikan kepada Ngo Antarabangsa.



“Justeru itu saya amat berterima kasih kepada Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Sheikh Abdul Rahman M Al Herfi yang sedia membantu membekalkan naskah al-Quran itu di beberapa sekolah tahfiz yang kami kendalikan di Kemboja dan Thailand,” kata Pengerusi dan Ketua Ngo Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican ketika ditemui di sini.

Beliau berkata pada peringkat awal beliau turun padang di Kemboja pada tahun 1999 keadaan sekolah tahfiz amat daif.
<iframe frameborder="0" src="http://tpc.googlesyndication.com/safeframe/1-0-30/html/container.html" id="google_ads_iframe_/6273129/GSK_SinarHarian/GSK_SinarHarian_D_News_MREC_300x250_InArticle_0" title="3rd party ad content" name="1-0-30;14467;[img=1,1][/img]


[img][/img]
{&quot;uid&quot;:5,&quot;hostPeerName&quot;:&quot;http://www.sinarharian.com.my&quot;,&quot;initialGeometry&quot;:&quot;{\&quot;windowCoords_t\&quot;:0,\&quot;windowCoords_r\&quot;:980,\&quot;windowCoords_b\&quot;:653,\&quot;windowCoords_l\&quot;:0,\&quot;frameCoords_t\&quot;:1356.09375,\&quot;frameCoords_r\&quot;:884,\&quot;frameCoords_b\&quot;:1606.09375,\&quot;frameCoords_l\&quot;:584,\&quot;styleZIndex\&quot;:\&quot;auto\&quot;,\&quot;allowedExpansion_t\&quot;:0,\&quot;allowedExpansion_r\&quot;:0,\&quot;allowedExpansion_b\&quot;:0,\&quot;allowedExpansion_l\&quot;:0,\&quot;xInView\&quot;:0,\&quot;yInView\&quot;:0}&quot;,&quot;permissions&quot;:&quot;{\&quot;expandByOverlay\&quot;:false,\&quot;expandByPush\&quot;:false,\&quot;readCookie\&quot;:false,\&quot;writeCookie\&quot;:false}&quot;,&quot;metadata&quot;:&quot;{\&quot;shared\&quot;:{\&quot;sf_ver\&quot;:\&quot;1-0-30\&quot;,\&quot;ck_on\&quot;:1,\&quot;flash_ver\&quot;:\&quot;0\&quot;}}&quot;,&quot;reportCreativeGeometry&quot;:false,&quot;isDifferentSourceWindow&quot;:false,&quot;goog_safeframe_hlt&quot;:{},&quot;inFakeDecryptionExperiment&quot;:false}" scrolling="no" marginwidth="0" marginheight="0" width="300" height="250" data-is-safeframe="true" sandbox="allow-forms allow-pointer-lock allow-popups allow-popups-to-escape-sandbox allow-same-origin allow-scripts allow-top-navigation-by-user-activation" style="border-width: 0px; vertical-align: bottom;">

“Al-Quran pun tidak ada dan mereka terpaksa berkongsi malah ada yang terpaksa buat salinan  photostat. Namun masih tidak mencukupi. Sejak saya datang ke Kemboja, saya bawa sendiri al-Quran, muqaddam, sejadah, kain pelikat, kopiah dan telekung kerana kebanyakan benda itu sukar diperolehi.

“Syukurlah hari ini kebanyakan sekolah tahfiz  di Kemboja sudah menggunakan al-Quran yang asli,” katanya.
Dalam pada itu Sheikh Abdul Rahman berkata langkah yang diambil oleh Ngo Antarabangsa amatlah baik malah satu contoh terbaik dengan memberi penekanan pendidikan agama kepada kanak-kanak dan generasi muda.

Beliau juga melahirkan rasa kagum dengan usaha gigih Ngo itu yang berjaya membina 5 buah masjid, 10 surau, 3 sekolah tahfiz dan pelbagai lagi projek bagi manfaat rakyat di Kemboja. Selain itu, Mustapha juga berjaya membina sebuah sekolah anak yatim dan sekolah tahfiz di Thailand.

Mustapha melahirkan rasa terharu atas keprihatinan Sheikh Abdul Rahman yang ingin membantu.
Mustapha berkata: “Peringkat awal saya ke Kemboja, fokus utama adalah membuat perigi bagi penduduk pedalaman mendapatkan air bersih . Setakat ini Ngo Antarabangsa telah membina sebanyak 5,350 buah perigi untuk masyarakat pedalaman yang daif tanpa mengira agama.  Seterusnya pembinaan masjid, surau dan sekolah agama tahfiz”.

“Bantuan tajaan al-Quran ini amat besar ertinya bagi saya menyalurkan naskah ini kepada pelajar tahfiz di Kemboja dan Thailand.  Saya merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Arab Saudi dan Sheikh Abdul Rahman yang sentiasa membantu program anjuran kami,” katanya. - Bernama









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
terus naik derajat sudick
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.253795 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list