CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3008|Reply: 44

[Tempatan] Empat beranak tumpang stor

[Copy link]
Post time 24-10-2018 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Empat beranak tumpang storADILA SHARINNI WAHID
23 OKTOBER 2018


Seorang ibu tunggal empat anak terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai.


KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.
Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun.


Turut tinggal bersama mereka, ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.
Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.


Pasangan suami isteri itu, bagaimanapun bercerai pada Januari lalu, menyebabkan Nawja hilang tempat bergantung.
Kerana kesempitan hidup itu juga, Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.
Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.
“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.
“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.
Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.
“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan  makanan kepada anak-anak.
“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak  apa-apa,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke stor berkenaan menimbulkan rasa kagum terhadap wanita itu kerana menitik beratkan aspek kebersihan dengan baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.
Hanya ada sekeping tilam nipis, bantal,  kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta  sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing.
Menurutnya, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.
“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.
“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.

sinar harian.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 11:45 AM | Show all posts
muka anak dia comel2..semoga dipermudahkan, jgn buat benda tak elok dah la mek muka laku lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:53 AM | Show all posts
Walaupun susah, tapi kebersihan tetap dijaga.
Semoga semua urusan kakak ni dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:55 AM | Show all posts
mieymiey replied at 24-10-2018 11:53 AM
Walaupun susah, tapi kebersihan tetap dijaga.
Semoga semua urusan kakak ni dipermudahkan.

betul..betul.. semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:55 AM | Show all posts
kemas jer bilik dia. bagusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:56 AM | Show all posts
bekas suami tak bagi nafkah ke untuk anak anak kak? kalau tak bagi memang taguna betul ex suami dia tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2018 11:56 AM | Show all posts
wahhhh kemas rumah dia.. macam ni lah bagus, miskin tapi pengemas.. rumah elok je bukan macam sesetengah orang miskin, ada rumah sendiri tapi macam kandang lembu!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:57 AM | Show all posts
kemas nye bilik.. moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 12:03 PM | Show all posts
pengemas ni.harap ade bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca ni dlm fb, siap ada tag laki sendiri lagi bagitau dia rela bermadu kalau dpt madu pengemas macam ni hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:07 PM | Show all posts
jantan melayu mmg kalu cerai mak, dengan anak skli dia lempaq buang ka camana?

anak 4 pun buleh buat tak tau kan.. hebat sunguuh orang lelaki nih..

tau pancut aja.. jadi anak biar kan...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:07 PM | Show all posts
mrsT replied at 24-10-2018 11:55 AM
betul..betul.. semoga dipermudahkan segala urusan

Kan? Orang kata, biar rumah tak cantik asalkan bersih dan kemas dah cukup sejuk mata memandang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkn dan dimurah rezeki..in sha allah ..amiin

Nak jgk puji tang kemas bilik nye..mcm ni la bagus walopon kepala otak berserabut..tp kemas n bersih.selalu dh la miskin pengotor..org nk melawat rmh pon jd x selesa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:21 PM | Show all posts
bekas laki tak guna ke sampai nafkah anak-anak pun tak ada..
patutnya jantan macam ni yang diburu dek jabatan agama..
bukan dok mengendap orang dalam bilik je..
semoga bekas laki mati pucuk terus..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:21 PM | Show all posts
Edited by haryatie at 24-10-2018 12:23 PM

malang betul nasib prempuan kalau tersalah pilih suami
ke mana pegi bekas suami jntn x guna tu..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:32 PM | Show all posts
pembersih dan pengemas...semoga dipermudahkan urusan dia sekeluarga.
semoga bertemu jodoh baru dengan lelaki yang jauh lebih baik, jauh lebih kaya dari ex.

gitu akak doakan, sebab akak suka orang pembersih macam kamu. anak-anak pun tetap pergi ke sekolah, takde pulak nak hentikan dan acah-acah homeschooling.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 01:35 PM | Show all posts
pembersih & kemas jee... doakan terbaik buat anak2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 01:38 PM | Show all posts
Semoga hidup makcik ni dan anak-anaknya dipermudahkan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 01:39 PM | Show all posts
yang penting rumah akak ni bersih

tak macam 23 orang dasar pemalas tu

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 02:30 PM | Show all posts
kesian nya...

jgnlah terpedaya dgn lelaki2 msia nie esp jenis yang tau tabur benih jer..

kesian tpaksa kerja keras nak bela anak2 tinggalan dia...

kepada si bapa nie, jgn dah tua nanti sibuk pulak kata anak tak kenang budi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.494795 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list