CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1380|Reply: 14

[Tempatan] Empat beranak tumpang stor

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2018 05:58 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.
        Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun.
        Turut tinggal bersama mereka, ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.
        Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.
        Pasangan suami isteri itu, bagaimanapun bercerai pada Januari lalu, menyebabkan Nawja hilang tempat bergantung.
        Kerana kesempitan hidup itu juga, Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.
        Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.
        “Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.
        “Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.
        Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.
        “Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan  makanan kepada anak-anak.
        “Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak  apa-apa,” katanya.
        Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846.
        Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke stor berkenaan menimbulkan rasa kagum terhadap wanita itu kerana menitik beratkan aspek kebersihan dengan baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.
        Hanya ada sekeping tilam nipis, bantal,  kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta  sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing.
        Menurutnya, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.
        “Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.
        “Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.


hidup susah tapi pembersih..



                                             
                                                                                          


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lawa bersih
spai orang tak caya dia susah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon tangkap laki tu sb pandai menikah buat anak je...sebat 10 kali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2018 06:27 PM | Show all posts
putericahaya999 replied at 24-10-2018 06:10 PM
lawa bersih
spai orang tak caya dia susah

ada video, mmg bersih umah dia..
dgn baju2 yg TERgantung molek, tempat tido kemas..
anak4 pun tak bkepam..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2018 06:27 PM | Show all posts
krustykrab replied at 24-10-2018 06:18 PM
Mohon tangkap laki tu sb pandai menikah buat anak je...sebat 10 kali

harap bio bini baru tu pemalas bkepam bagai..
reti main fb ig jer..


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex-lakinya mana? Patut wartawan tu terus sebut nama penderma sperma tak guna tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2018 06:36 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 24-10-2018 06:32 PM
Ex-lakinya mana? Patut wartawan tu terus sebut nama penderma sperma tak guna tu.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846.


tu nama penderma sperma..
ati kering sungguh buat gini..


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
lonely_surina replied at 24-10-2018 06:36 PM
tu nama penderma sperma..
ati kering sungguh buat gini..

Masuk acc si penderma sperma ke?
Sampai ke ke tangan ex wife?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
lonely_surina replied at 24-10-2018 06:36 PM
tu nama penderma sperma..
ati kering sungguh buat gini..

Berapa ramailah empunya nama sedemikian. At least adalah binnya dan nombor ic sekali Anyway, lawa adik ni..pembersih lagi. Sesiapa yang berniat nak kahwin lagi tu, elok jumpa dia ni dulu. Tapi, mestilah sanggup tanggung 4 anak ekspress dan ibu mentua sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2018 06:42 PM | Show all posts
asfaz replied at 24-10-2018 06:39 PM
Masuk acc si penderma sperma ke?
Sampai ke ke tangan ex wife?

tgk mcm akaun bank anak yg sulung..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada yang membantu family ni.
Susah bila isteri bergantung sepenuhnya pada suami..Bila jadi macam ni memang susah jadinye..
Tapi bagus sikap pembersih dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:46 PM | Show all posts
kesiannya. tapi aku respect sangat sebab rumah tersusun bersih.

tak macam kes serumah 20 orang tu. pengotor nak mampus
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus akak ni. Bersih je umah. Anak pun dihantar ke sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 24-10-2018 11:15 PM

Nama pemegang akaun yg diberi oleh BSN sedikit berbeza daripada yg dlm artikel tp cuma dari segi ejaan iaitu Nur Iris Natasya. Mungkin akhbar silap eja. Semoga puan ni dpt sedikit semangat utk meneruskan usahanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka org pembersih wpun rmh buruk...kebersihan separuh dr iman dan sabar separuh dr iman...so adik Najwa you nail it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.192578 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list