CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 6

[Dunia] Bungkusan letupan dikirim kepada Obama, Clinton dan CNN

[Copy link]
Post time 25-10-2018 09:03 AM | Show all posts |Read mode



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bungkusan disyaki berisi bahan letupan telah dihantar kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan bekas calon presiden, Hillary Clinton serta CNN dalam masa selang beberapa jam, kata pihak berkuasa, semalam.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memaklumkan, menerusi pemeriksaan keselamatan rutin,  bungkusan terbabit berjaya disekat daripada sampai kepada dua tokoh Demokrat berkenaan.

Sementara itu, sebuah bungkusan lagi turut dihantar ke pejabat agensi berita CNN di New York.

CNN dilihat sering mengkritik pentadbiran Trump serta banyak mencetuskan kemarahan tokoh Republikan terbabit yang menggantikan Obama dan mengalahkan Clinton dalam pilihan raya 2016 lalu.

Sementara itu, akhbar New York Times melaporkan, bungkusan yang dikirim sama dengan alat letupan yang ditemui di rumah bilionair, George Soros di New York, Isnin lalu.

"Setakat ini peranti tersebut kelihatan seperti bom paip," kata seorang agen FBI, Bryan Paarmann

"Sama ada ia perbuatan individu atau satu rangkaian, masih belum dapat dipastikan buat pada masa ini," kata Ketua Polis New York, James O'Neill sambil menyatakan keyakinan si pelaku akan dapat dikenal pasti dan ditahan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Rumah Putih mengecam insiden tersebut yang disifatkan sebagai ‘perbuatan keji’.

“Semua ini adalah tindakan terkutuk dan siapa yang bertanggungjawab akan didakwa mengikut undang-undang paling tegas. Presiden dan pentadbiran beliau sedang mengikuti perkembangan ini,” Kata Setiausaha Akhbar, Sarah Sanders.

Insiden berlaku di saat negara itu bakal mengadakan pilihan raya pada 6 November depan yang dilihat sebagai pungutan suara terhadap Presiden Republikan, Donald Trump. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayap Republican punya kerja la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Warning la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 10:36 AM | Show all posts
keji permainan barat.  sama juga kes baling batu sembunyi tangan terhadap pembunuhan penulis washington post.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
White supremacist on the rise! New hitler in town!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2018 04:44 PM | Show all posts
patutnya trump kena sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059193 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list