CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3801|Reply: 25

ADUN Pilah Mangsa Ilmu Hitam?

[Copy link]
Post time 25-10-2018 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai khas Aminuddin Mohamed Yunus berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Nazaruddin Sabtu yang jatuh sakit sejak Mei lalu mungkin menjadi mangsa ilmu hitam.




Gambar Hiasan




Memetik mStar Online, Aminuddin berkata, Nazaruddin mula sakit selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu dan melarat selepas Hari Raya.


Menurutnya, Nazaruddin, 62, tidak menghadiri acara rasmi termasuk persidangan dewan selama empat hari baru-baru ini dan lain-lain majlis kerana masalah kesihatannya itu.

"Kami telah merujuknya ke hospital untuk rawatan dan doktor memberitahu bahawa dia mengalami tekanan.

"Bagaimanapun, kami juga membawanya untuk rawatan tradisional di lima tempat berbeza, dan mengejutkan apabila diberitahu bahawa dia mungkin menjadi mangsa ilmu hitam," katanya.




Foto: Utusan




Pengerusi Jawatankuasa Seni, Kebudayaan dan Tradisi Melayu itu juga tidak dapat bertanding dalam pemilihan PKR negeri Sabtu lalu.

"Memandangkan dia masih menjalani rawatan dan tidak dapat berkhidmat di tempatnya, kami telah melantik seorang pegawai untuk berada di pusat perkhidmatannya di Kuala Pilah yang akan beroperasi bulan depan," tambah Aminuddin.


Katanya lagi, Nazaruddin pernah mengadu ada merasakan seperti ada orang menyihirnya dan tidak dapat makan sejak jatuh sakit.


Namun, sejak kembali daripada rawatan tradisional selera makannya bertambah baik. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 10:59 AM | Show all posts
biasala tu..marah sebab kalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:03 AM | Show all posts
hmmm... dorang yang buat ni tak takut ka syirik?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:18 AM | Show all posts
sikit2 ilmu hitam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Org nogori mmg kuat lg main mende alah ni. Kwn ckp "Negeri *** punya lagi sedap", dlm kedai makan, balik da kena santau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:22 AM | Show all posts
edisi mistik paranormal nih mmg biasa berlaku among politicians pun

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2018 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak Umno ni bunoh membunoh pun depa buat, apalah sgt ilmu itam tuh .... dasar umno sekular liberal @tokmuda @Redskin @JohnnySins
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:26 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-10-2018 11:22 AM
edisi mistik paranormal nih mmg biasa berlaku among politicians pun

teringat kisah mona fendi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 11:37 AM | Show all posts
kan doktor dah kata dia alami tekanan..bukannya doc tu kata tiada penyakit..tekanan tu penyakit la..mcm meroyan tu pun tekanan gak..sikit2 salahkan jin setan..mentang2 depa takleh jawab..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:39 AM | Show all posts
karut...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
abas8888 replied at 25-10-2018 11:37 AM
kan doktor dah kata dia alami tekanan..bukannya doc tu kata tiada penyakit..tekanan tu penyakit la.. ...

Ya.. betul tu.. sy lebih senang terima kata-kata doktor yang dah bertahun menimba ilmu kesihatan, daripada dengar kata-kata serkap jarang yang entah iya entah tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 12:14 PM | Show all posts
x yah lah nak buat fitenah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 01:00 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 01:06 PM | Show all posts
pyropura replied at 25-10-2018 11:25 AM
Puak Umno ni bunoh membunoh pun depa buat, apalah sgt ilmu itam tuh .... dasar umno sekular liberal  ...

percaya pada supernatural dan metafizikal ka? hang dah tak kawan dengan penduboq2 etis tu dah ka? wakakakkakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 01:13 PM | Show all posts
bagi jela kat orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 01:14 PM | Show all posts
alasan tak pergi bersidang.. hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 02:11 PM | Show all posts
x mustahil pun..kes mona fendi korang pecaya pulak sheols guna ilmu hitam utk bantu ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 02:24 PM | Show all posts
matchstick replied at 25-10-2018 02:11 PM
x mustahil pun..kes mona fendi korang pecaya pulak sheols guna ilmu hitam utk bantu ahli politik

ahli politik tersebut yg percaya ilmu hitam mona fendi tu..orang lain percaya ahli politik tu kena kelentong je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes menteri dedulu siap berbunuhan sesama pesaing politik. Skang guna taktik halus ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Choy la org2 PH ni, ilmu itam la pelbagai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.167147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list