CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10429|Reply: 48

Sakitnya Hati Kena Tipu! Ini 10 Tips Memilih Hotel Secara Online, No 1 Dan 2 Pal

[Copy link]
Post time 25-10-2018 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini heboh di laman sosial kisah seorang lelaki bernama Xavier yang tertipu ketika menempah penginapan untuk percutian kedua ibu bapanya ke Korea. Memilih hotel yang bersesuaian bukannya mudah, apa lagi jika kita belum pernah ke tempat lawatan sebelumnya kerana foto dan rating sesebuah hotel online kadang-kala tidak menggambarkan keadaan sebenar.



Kredit Foto: Carian Google


Walau bagaimanapun, kesilapan memilih dan risiko untuk ditipu boleh dielakkan. Berikut 10 tips untuk memilih hotel secara online yang mungkin berguna buat anda;

1. Ketahui Tujuan dan Keperluan Setiap Ahli Rombongan



Kredit Foto: Aku Seorang Pengembara


Adakah anda berpergian dengan keluarga atau teman-teman? Siapa yang tidak gemar berjalan jauh? Ada warga emas atau kanak-kanak dalam rombongan? Begitu juga dengan tujuan; semak itinerari lawatan. Adakah anda akan berjalan kaki ke sebahagian tempat atau menyewa pengangkutan sepenuhnya? Adakah lawatan bertujuan untuk enjoy semata-mata , membeli-belah , tujuan perniagaan atau rasmi?

2.  Lokasi,Lokasi,Lokasi

Kredit Foto: Tnooz


Selepas mengetahui semua maklumat dalam tips 1, barulah anda gunakan laman web untuk mencari hotel cadangan. Berdaftarlah dengan Agoda, Booking.com, Hotel.com. Airbnb dan sebagainya. Jika anda kerap menggunakan perkhidmatan yang sama, anda mungkin akan dapat keistimewaan , contohnya Genius Member bagi pengguna kerap booking.com. Lihat lokasi  hotel cadangan. Sort (atau susun) hotel cadangan berdasarkan jarak yang dikehendaki. Sudah tentunya anda tidak mahu menyewa hotel yang terlalu jauh, atau di yang berdekatan dengan kawasan berisiko. Jika anda ingin berjalan kaki, lihat jarak di maps.google.com, jika anda ingin menggunakan pengangkutan awam, lihat kedudukan stesen bas, keretapi atau LRT. Jika anda bercadang untuk keluar makan malam, lihat jika ada food court di sekeliling penginapan.

3. Banding Harga dan Kemudahan Ditawarkan




Kredit Foto: Onestophoteldeals.com


Jika harga dan bajet menjadi pertimbangan utama buatmu, sort pilihan hotel berdasarkan harga, dan banding mengikut kemudahan yang ditawarkan. Adakah pengangkutan percuma dari lapangan terbang diberikan? Jika anda mahu lebih murah, fokus kepada penginapan hostel atau hotel dengan bintang rendah. Paling penting adakah sarapan, wifi dan peralatan mandi disediakan? Jangan puas dengan satu  website, cuba pula laman web yang lain dan bandingkan harga hotel yang anda hendak pilih. Kadang-kadang hotel yang sama memberikan harga yang berbeza untuk dua website.


4. Rujuk Laman Web Hotel, Lihat Tarikh Kemas Kini



Kredit Foto: VEVS.com


Setelah ada senarai pendek hotel yang ada potensi dipilih, semak laman web hotel tersebut. Rujuk tarikh laman web itu dikemaskini. Adakan terdapat renovasi? Adakah tarikh gambar itu dimuat naik adalah terkini, atau gambar lama? Hotel yang bangga menunjukkan gambar terkini dan susun atur lobi mereka biasanya menyediakan kemudahan yang baik dan diselenggara selalu.

5. Baca Ulasan Pelanggan Yang Terkini



Kredit Foto: Blue Magnet Interactive


Baca ulasan pelanggan terutamanya yang terkini. Adakah hotel mendapat penarafan yang memuaskan? Adakan terdapat komen yang serius seperti masalah keselamatan atau tandas tersumbat? Kemudian lihat jika ada komen balasan daripada Pengurus Hotel tersebut. Walaupun hotel terbaik juga mempunyai komen negative, mereka sering cuba memuaskan pelanggan dengan mengambil kira review pelanggan. Adakah pengurus hotel telah membuat penambahbaikan terhadap komen tersebut atau komen yang sama masih berulang?
  
6. Tanya Kawan!
Orang yang paling boleh diharap adalah kawan-kawan anda yang punya hobi yang sama, kaki melancong. Tanya jika mereka ada hotel kegemaran di destinasi anda. Dapatkan maklumat apa yang mereka suka dan tidak suka mengenai hotel tersebut.

7. Lihat Masa Check In dan Check Out



Kredit Foto: Carian Google


Sudah tentulah anda tidak mahu tiba di hotel pada pukul 9 pagi dan diberitahu masa check in adalah pukul 3 petang! Kerana kemungkinan perancangan perjalanan anda akan terganggu. Atau masa check out adalah pukul 10 pagi sedangkan penerbangan pulang anda hanya akan berlepas 11 malam. Semak jika anda diperbolehkan check in awal (atau tumpangkan bagasi) atau jika anda penerbangan lewat, tanyakan jika anda boleh berehat sementara menunggu masa berlepas. Penulis pernah dibenarkan menunggu sehingga jam 10 malam di hotel secara percuma kerana penerbangan delay.

8. Awasi Penipuan Ketika Pembayaran



Kredit Foto: The Independent Singapore


Jangan layan sekiranya anda dihubungi oleh individu yang mewakili hotel dan meminta anda membuat pembayaran langsung kepada akaun peribadi. Laman web seperti booking.com tidak menggalakkan anda membayar langsung kepada hotel atas sebab keselamatan. Anda hanya perlu menempah dan sama ada membayar dengan kad kredit atau tunai ketika ketibaan. Jika ada laman web yang hold sejumlah akaun, ianya hanyalah untuk mengesahkan tempahan anda.

9. Awasi Bayaran dan Peraturan Tersembunyi



Kredit Foto: Global Hospitality Portal


Adakah penggunaan wi-fi percuma? Perlukah membayar untuk tuala dan peralatan mandi? Bagaimana pula dengan penggunaan gimnasium dan kolam renang? Lihat pernyataan kecil mengenai bayaran, adakah cukai telah dimasukkan dalam jumlah bayaran? Kebanyakan negara memasukkan cukai dalam jumlah tetapi terdapat juga yang tidak memasukkannya, contohnya penginapan di negara Filipina. Perlukan deposit tunai ketika check in? Jika ya, ketahui jumlahnya. Elakkan juga hotel yang memerlukan anda meninggalkan paspot sebagai jaminan. Sekiranya ada kerosakan dijumpai semasa anda check in, ambil gambar dan laporkan serta merta supaya anda tidak di charge sewenang-wenangnya.
  
10. Hubungi Hotel Untuk Kepastian



Kredit Foto: 123RF.com


Sekiranya terdapat sebarang keraguan, hubungi hotel tersebut. Mungkin ada pengguna tetap booking.com tetapi hotel yang sama menawarkan harga lebih murah di Agoda, anda boleh merujuk kepada pengurus hotel untuk kadaran baru.

Semoga mimpi ngeri Xavier dan ibu-bapanya yang tersadai di Korea gara-gara masalah penginapan tidak terjadi kepada anda! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 11:42 AM | Show all posts
kadang2 review pun takleh pakai gak..
depends pada org sbnrnya..kadang guest acah2 diva, mengharapkan 5 star service tapi menginap kat hotel budget je (cth)..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya selalu guna booking.com dan bayar on arrival. So far belum pernah kena tipu tapi ada sekali lambat check in flight delay credit card kena charge dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang zaman internet di hujung jari. Sebelum book tu, rajin2lah baca review dan compare. Kalau semua buat sambil lewa, memangla hasilnya x memuaskan{:teatime
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya thanks for the tips, semoga kita berhati-hati dan dapat seronok bercuti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 12:55 PM | Show all posts
Jangan mudah tertipu dengan gambar hotel yang mereka paparkan sebab sesetengah gambar yang mereka paparkan tu bukan gambar terbaru.  Mungkin dah 5-10 tahun lepas.  Juga dari angle tertentu yang akan membuatkan bilik nampak luas pada hal tidak.  Sebab tu kena buat sikit research pasal tempat penginapan tu.  Tengok review paling latetst bertarikh bila dan cari tahu dulu untuk pastikan tempat penginapan tu benar2 wujud.  Baca semua kemudahan yang ditawarkan yang mana percuma yang mana berbayar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2018 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Jangan mudah tertipu dengan gambar hotel yang mereka paparkan sebab sesetengah gambar yang mereka paparkan tu bukan gambar terbaru.  Mungkin dah 5-10  ...


Betul tu, kadang kadang gambar nampak cantik tetapi sebenarnya hempeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 01:51 PM | Show all posts
Biasa nya bab luas bilik tu yang lain gambar lain dapatnya. Dan review tu penting, bacalah agar tidak menyesal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 03:33 PM | Show all posts
kena rajin baca review then tgk type pgkomen
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 08:08 PM | Show all posts
ai pun guna booking.com.
kekadang tu bayar in advance memang murah banyak dari bayar kat hotel upon arrival itself.
so kekadang tu booking 3 or 4 bulan awal ai dah bayar siap2  sebab nak murah punya pasal. tapi non refundable plak tu kalau cancel trip memang burn lah.
tapi again nak murah punya pasal ai berserah n bertawakkal je lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 25-10-2018 08:08 PM
ai pun guna booking.com.
kekadang tu bayar in advance memang murah banyak dari bayar kat hotel upon ...

Risikonya kekadang kalau bayar awal nak tukar susah

Mana tau jumpa hotel yg lagi bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 replied at 25-10-2018 03:33 PM
kena rajin baca review then tgk type pgkomen

Kalau review hal remeh temeh cth staff sombong atau breakfast tak sedap sy tak kisah sangat

Tapi kalau ada bed bugs, bising dr roadway atau weak water pressure bagus elakkan hotel jenis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 08:41 AM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 25-10-2018 08:40 PM
Kalau review hal remeh temeh cth staff sombong atau breakfast tak sedap sy tak kisah sangat

Tap ...

samalah..kalau begbugs tu yg bahaya
sbb boleh ikut kita blk sekali..
sbb tu klu dh jmpe hotel yg ok
sy selalu book n byr later with zero cancellation
tp sbnarnya cara ni extra sikit hrga dia dr byr now
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Review for same hotel pun bacalah dari beberapa website yang berbeza.
Also, kalau kat Europe, ada hotel check-in sangat lewat petang dan check-out seawal 10am! Lambat kena charge. Ada juga sebelum keluar, kena kemas bilik. Kalau tak, diorang charge. Dahlah in euro. Mau 300-500 tu. Hehehe tahu pun bila dapat bil credit card nanti atau check balance debit card  Adik ipar kena di Switzerland.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 11:28 AM | Show all posts
i Genius Member Booking.Com,so dapatlah extra 10% out of the offer given,tp still mahal lagi banding traveloka ke,Agoda ke,so dh jarang guna booking.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 11:33 AM | Show all posts
klu bring along family or in a big group, better pakai AirBNB, sbb cheaper dari hotel, tp klu setakat berdua or anak dua tiga better pakai hotel
Suka hotel yg tgh2 city yg senang jalan kaki but then makanan halal susah nk cari,klu nk jauh boleh hotel lagi murah,makanan halal ada tp kos pengangkutan pulak mahal
i mmg tak suka hotel jauh2,sbb buang masa, so i lagi suka spend more on hotel yg nearby to attractions
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 12:34 PM | Show all posts
tip yang bagus.tq..memang kena rajin google satu2, baca review and komen, bandingkan harga, tanya kekawan kot ada yang pernah pegi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 07:23 AM | Show all posts
terima kasih penulis berkongsi tips yang bagus!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:30 AM | Show all posts
i selalu baca review di trip advisors...
sana ada travellers photo instead of management photo which nak tunjuk yg cantik je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 11:58 PM | Show all posts
thanks for the tips
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.426335 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list