Sebentar tadi, ikon fesyen Wak Doyok berkongsi berita sedih menerusi laman Instagramnya memaklumkan bapanya, Mohd Nor Abdul Hamid telah meninggal dunia.
"Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya," tulisnya.
Memetik mStar Online, Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang dan meninggal dunia akibat sakit usus bengkak.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/25/143545zmth5ht0gxgtt1gm.jpg) Kredit foto: IG Wak Doyok
Takziah diucapkan kepada keluarga Wak Doyok. - CARI |